November 28, 2008

SELAMAT BERSIDANG KEPADA PERWAKILAN/PEMERHATI PKR BHG HULU SELANGOR



Selamat bersidang kepada semua perwakilan (12) dan pemerhati khas (10), diharap dapat menafaat dari perhimpunan kali ini, jika dahulunya semua perwakilan terpaksa mencari tempat tinggal dan "pot" untuk berehat/solat ditengahari, kali ini Bhg Hulu Selangor tidak lah sesusah, kerana cuma ambik 40 min melalui Guthrie Hgwy untuk ke Stadium Malawati.
Pengalaman lepas saya di Kongres Nasional di Ipoh, Penang, Seremban dan Kemaman tidak akan menyamai pengalaman di Shah Alam, kerana jika dahulu hendak memasang bendera pun, disaat akhir dan curi-curi, disebabkan pihak penguasa tempatan akan menurunkan bendera. Kali ini diberitahu sebanyak 5000 bendera dan billboard akan di pasang. Kongress diwaktu kita memerintah. Saya tidak sempat sampai lagi ke Stadium Malawati disebabkan menguruskan 2.3 hal di SUK pagi ini, insyallah akan ke stadium di sebelah petang.
Malam tadi kakak saya, Ketua Wanita Bhg dari utara baru sampai, termasuk lah adik saya yang juga SU Bhg telah sampai di hotel mereka di Shah Alam. Walaupun dijanjikan hotel tempat penginapan, perwakilan dari Selangor terpaksa beralah kepada perwakilan dari luar kali ini. Apa pun pihak kerajaan selangor telah menyediakan makanan tengahari dan malam selama 2 hari bagi seramai 10,000 orang pemerhati jemputan (semua ahli PKR), dan saya terdengar semua ketua kampung negeri Selangor juga akan hadir esuk pagi bersama mendengar ucaptama DSAI jam 9.45 pg.
Lagi sekali selamat bersidang, terlalu padat program dan perjuangan yang akan diteruskan kali ini selepas kongres. Bersedia untuk berpolitik dengan terbentuknya cawangan selepas kongres kali ini. Jika kita hendak menduduki barisan kepimpinan biar melalui pemilihan yang mutlak semasa tahun 2010, bukan dengan cara yang akan mengucarkacirkan bahagian dan menidakkan mandat yang diberi, setelah pengalaman di tahun-tahun 2002/2004 adalah terlalu pahit untuk melihat parti yang kita dukung untuk berpuak-puak.
Perjalanan masih jauh, sekali kita berumah ditepi pantai, sekali itu kita akan menghadapi ombak sebesar mana pun. Sesiapa yang memulakannya, mestilah bersedia menghadapinya dan mengakhirinya.
Shaiful Anuar Sulaiman
Setiausaha bahagian

No comments: