November 11, 2008

KURSUS SPIES UNTUK SU JKKK


















































10Nov2008 - Isnin
Bagi penulis untuk menghadiri kursus selama 3 hari ini agak berat hati tambahan pula jauh di Sabak Bernam, ditambah lagi Ahad 9Nov petang penulis ada hal yang telah dirancang. Bagaimanapun kerana tanggungjawab kepada kerajaan yang baru dilantik dan harapan menjadikan JKKK yang baik tidak seperti JKKK yang terdahulu maka digagahi juga untuk hadir.Perjalanan bermula jam 7.45pagi Jumaat 7Nov dengan memakan masa 2jam 30minit dengan jarak lebih kurang 165KM daripada Ampang. Walaupun bas disediakan di Pejabat Daerah Hulu Langat tapi atas sebab urusan yang perlu dikejar pada petang Ahad maka penulis terpaksa memandu sendiri.
suasana semasa pendaftaran
Pendaftaran bermula sejak jam 10pagi seterusnya taklimat oleh Perunding yang dilantik. Kursus ini yang mengambil masa 3hari 2 malam. Lebih kurang 300 SU JKKK seluruh Selangor hadir.
Apa Kursus SPIES
SPIES dianjurkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

Semasa perasmian YB Dr Halimah Ali selaku Exco bertanggungjawab memberi penekanan kepada modal insan tanpa melupakan pembangunan fizikal, begitu juga YB Sdr Yaakop Sapari dalam ucapan memberitahu bahawa hasil sumber alam akan dikembalikan kepada rakyat Selangor sebagai contoh hasil pasir semasa kerajaan dahulu cuma RM17juta sahaja walhal jika mengikut keperluan REDA unjuran boleh diperolehi adalah RM150juta. Oleh itu beliau mensasarkan unjuran hasil pasir akan meningkat kepada RM100juta. Hasil pasir itu akan diagihkan kepada warga emas, sumbangan pendidikan dan sebagainya. Beliau juga menyatakan YAB Menteri Besar berjaya menghasilkan dividen (RM6juta - tak pasti) hasil pengurusan tunai RM100juta yang lebih efisien.

Falsafah SPIES adalah Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional dan Social. Penekanan kepada Solat dan halal elemen penting dalam falsafah SPIES. Manakala meningkatkan intelektual, berfikiran positif, kreatif dan bersedia untuk berubah, yakin dengan ALLAH, memahami sosial Islam dan kepelbagaian bangsa menjadi asas penting untuk menjadi setiausaha JKKK.

Secara keseluruhan kursus ditawar amat baik kecuali kursus IT pada pandangan penulis tidak sesuai memandangkan asas penerimaan IT adalah berbeza bagi setiap SU JKKK. Kursus IT perlu diasingkan. Penulis lebih menyarankan dan mengharapkan supaya lebih banyak taklimat daripada wakil pejabat SUK, pejabat tanah, pejabat penghulu dan jabatan berkaitan sebagai pendedahan yang lebih dalam skop kerja SU JKKK.

Kursus ini dijalankan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS). ILDAS diletakkan di bawah pengawasan JAIS. Kursus-kursus yang ditawarkan boleh merujuk kepada lawan sesawangannya http://ildas.jais.net.my/news.php

No comments: