PANDAMARAN, 22 November – Semua tapak pasar pagi dan malam di Selangor akan dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing mulai Januari tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata perkara itu diputuskan kerajaan tempatan melalui beberapa mesyuarat sebelum ini.Menurut Ronnie, kesemua tapak akan diuruskan pihak PBT masing-masing tanpa melalui penganjur seperti sebelum ini.Katanya, hanya kerja pembersihan diberikan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Penduduk dan Persatuan Penjaja mengikut kesesuaian.Beliau berkata demikian semasa sidang media di pejabat Adun di sini pagi tadi.Ronnie berkata cara tersebut dapat mencegah penyelewengan kuasa selain mengelak pendatang asing menjadi penjaja.“Cara ini juga dapat menjamin kebersihan kerana JKKK akan lebih bertanggungjawab menjaga kawasan-kawasan terbabit,” katanya.Dalam pada itu, Ronnie berkata keputusan kerajaan tempatan tidak disenangi beberapa pihak kerana ada dalam kalangan mereka enggan bekerjasama dengan JKKK dengan menyalahkan ahli majlis.“Keputusan ini daripada kerajaan tempatan setelah diluluskan oleh Exco bagi kebaikan semua, bukan hanya kawasan Pandamaran tetapi seluruh Selangor, jadi jangan salahkan ahli majlis tertentu kerana ini adalah keputusan kerajaan negeri,” katanya yang kesal dengan tindakan Persatuan Penjaja (di bawah pengaruh MCA Pandamaran )yang mengecam seorang ahli majlis MPK dengan perkataan yang kurang sopan berhubung keputusan itu.Sementara itu, Ronnie berkata penjaja tidak perlu bimbang tentang kenaikan bayaran dan sebagainya kerana pihaknya memberi jaminan akan memberi bantuan kepada yang memerlukan.“Kita akan sentiasa menjaga kepentingan penjaja,” katanya
No comments:
Post a Comment