June 04, 2009

MUKTAMAR DEWAN ULAMAK, MUSLIMAT DAN PEMUDA HARI INI !

Muktamar Dewan Ulamak
Muktamar Dewan Ulama akan berlangsung di Auditorium Muzium Alam Shah pagi ini. Perasmian dan pembentangan usul bagi Dewan Ulama muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48 itu akan bermula jam 8 pagi.
Sebagaimana yang telah sedia maklum jawatan tertinggi di peringkat Dewan Ulamak tidak ada pertandingan. Ketiga-tiga calon bagi jawatan utama dewan masing-masing menang tanpa bertanding.
Ust Harun Taib kembali mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat setelah meninggalkan jawatan tersebut dua tahun kerana bertanding Timbalan Presiden PAS.
Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat
Muktamar Dewan Muslimat yang bertema `Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat' akan dirasmikan akan bermula pagi ini di Dewan Banquet, Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).Muktamar yang akan bermula seawal jam 8 pagi esok akan dirasmikan oleh oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Dalam masa yang sama difahamkan, Dewan Muslimat Pas Pusat turut mengadakan pelancaran buku-buku terbitannya. Muktamar dibuka dengan bacaan Al-Quran, lagu NegaraKu serta disusuli dengan acara kemuncak ucaptama oleh Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustaz Nuridah Mohd Salleh.Manakala sidang perbahasan dan usul akan bermula jam 2 petang manakala pemilihan Ketua, Timbalan dan AJK DMPP dimaklumkan akan diadakan dalam tempoh perbahasan.
Jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Muslimat akan dipertandingkan.Persembahan Multimedia dari Jabatan IT Muslimat Dewan Muslimat PAS Pusat antara yang bakal menarik dalam perasmian dewan tersebut.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat
Sementara itu, Muktamar DPP Pusat akan disambung pagi ini setelah dirasmikan malam tadi oleh Timbalan Presiden. Mukatamar akan berlangsung jam 8.00 pagi ini di Taman Melewar. Ucaputama Ketua Pemuda yang bertemakan "Mempersada Perjuangan" akan dibahaskan oleh para perwakilan.
Ucaputama in adalah ucapan Salehuddin yang terakhir selepas ini sebagai Ketua Pemuda, Salehuddin tidak mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pemuda kerana ingin mencuba peluang bertanding sebagai Naib Presiden PAS bersama calon-calon yang lain.Beberapa usul dijangka hangat dibahaskan oleh perwakilan pemuda.
mr: selamat bermuktamar!

No comments: