June 04, 2009

NASHARUDIN: TIDAK MUNGKIN PAS BERSAMA UMNO !




KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan kepimpinan PAS menolak dakwaan bahawa PAS akan bersama Umno.
Sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu spekulasi pihak tertentu sahaja.
Demikian kata Nasharudin ketika menjawab soalan bertalu wartawan ketika mengadakan didang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Timbalannya, Ustaz Nasharudin Hassan@Tantawi dan Setiausaha Pemuda, Ahmad Sabky Yusof.
Nasharudin juga menangkis dakwaan apabila diajukan soalan bahawa apa yang disebut dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS mengenai penafian PAS akan bekerjasama dengan Umno sebagai satu strategi 'self defence' tatkala kerusinya dicabar beberapa calon Tiambakan Presiden.
Sebaliknya beliau menyatakan ia adalah keputusan setakat ini bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno, sebaliknya memainkan peranan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyentuh apa yang disebut dalam ucapan perasmian mengenai persoalan melihat Umno/BN bukan pada kelemahan tetapi kelebihan.
Katanya kenyataan itu sebenarnya menjurus ke arah agar ahli dan seluruh kepimpinan PAS sedar akan perlunya usaha meningkatkan prestasi bagi mengatasi kelebihan yang ada pada parti lawan.
Sementara bercakap mengenai isu cadangan mengangkat Kelab penyokong PAS kepada Dewan, beliau menyatakan perkara itu masih dalam kajian lagi.
Ujar Nasharudin, PAS kini mula menerima sokongan yang cukup hebat dari kalangan pengundi bukan Islam hingga ada cadangan mahu menjadikan KPP sebagai ayap parti.
Namun, pelbagai langkah perlu diambil dan diteliti sebaiknya antaranya berhubung perlembagaan parti yang pastinay perlu disemak semula senadainya cadangan ini mahu dilaksanakan, katanya.
Setakat ini cadangan itu masih diperingkat pengkajian teknikal yang belum dibentang lagi hasil kajiannya untuk diperhalusi pula oleh Jawatankuasa PAS Pusat, katanya lagi.
Bercakap isu yang sama, Ketua Pemuda PAS pula melihat perkembangan sokongan bukan Islam kepada PAS sangat tinggi.
Ujar Salahuddin, ia membuatkan Umno/BN hari ini bimbang dan hal ini pastinya salah satu 'formula' yang akan menguburkan Umno/BN nanti.
Salahuddin turut menyatakan sekali lagi bahawa beliau tidak lagi akan menerajui Pemuda PAS, namun tetap berharap generasi pewaris akan memperkukuhkan sayap penting parti ini bagi memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. -->
(Berita ini dari Harakah Daily, 4 Jun 2009)

No comments: