June 05, 2009

Wajarkah Chin Peng Balik Semula ke Malaysia?


Balai Polis Bukit Kepong, di selekoh Sg. Muar, Johor diserang 200 pengganas komunis Kompeni Bebas ke-4 pada jam 4.15 pagi, 23 Februari 1950. Ketua Balai Polis ketika kejadian, Sarjan Jamil Mohd Shah.Biarpun berulang kali diseru menyerah 22 anggota polis bertugas mengambil keputusan mempertahankan balai diperbuat daripada kayu itu sehingga ke titisan darah terakhir. Dua isteri anggota polis dilaporkan turut mengangkat senjata, bertempur menentang serangan komunis melihatkan satu persatu anggota polis gugur.

Kira-kira jam 7 pagi, komunis menawan isteri Konstabel Mohamad Jaafar, Mariam Ibrahim, dua lagi ahli keluarga Konstabel Abu Bakar Daud, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditahan. Mereka semua dipaksa menyeru polis menyerah bagaimanapun pasukan keselamatan enggan meletakkan senjata. Berikutan itu, Mariam dicederakan, Fatimah dibunuh.Hanya selepas 5 jam bertempur, pengganas komunis berjaya menawan Balai Bukit Kepong. Pengganas komunis membakar berek kelamin berhampiran balai, dua wanita dan anak mereka hangus dalam tragedi itu, anggota polis cedera parah dan mayat di lempar ke dalam api.25 terkorban, 14 anggota polis, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan dan 4 orang awam, terselamat 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga.

Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua anggota polis dan keluarga gugur dalam peristiwa hitam 59 tahun lalu, 7 tahun sebelum negara meraih kemerdekaan.Fakta perlu diingat, pangganas komunis terbabit, anggota Parti Komunis Malaya diketuai Ching Peng.

Justeru wajarkah Ching Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

No comments: