September 20, 2010

MUSTAFFA KAMIL AYUB UNTUK CALUN TIMBALAN PRESIDEN PKR

SUARA BARU DEMOKRASI - KESINAMBUNGAN PERJUANGAN...bersama mewujudkan masyarakat madani demokratik de...ngan keadilan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran..

MUSTAFFA KAMIL AYUB UNTUK CALUN TIMBALAN PRESIDEN !!

DEMOKRASI SEBENAR MENGGALAKAN PERBEZAAN DAN PERTEMBUNGAN IDEA - NURUL IZZAH

Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 19 Sept - Calon yang akan bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diminta menunjukkan sikap kepimpinan dan kebertanggungjawaban sekaligus membuktikan Pemilihan 2010 sememangnya bebas dan berdemokrasi.
Ahli Parlimen Lembah pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau berasa gembira dengan keputusan KEADILAN melaksanakan sistem undi terus yang mencerminkan identiti sebenar pilihan raya yang sepatutnya diadakan di negara ini.
"Seluruh warganegara Malaysia kini menyaksikan bagaimana kita akan berjaya melaksanakan demokrasi tulen di dalam parti, kerana ini akan dijadikan petunjuk cara kita akan mentadbir negara kelak," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Jelas beliau, demokrasi sebenar mengalakkan pandangan berbeza dan pertembungan idea di antara calon yang akan bertanding.
Katanya lagi, pilihan raya yang sihat adalah apabila ahli parti menilai logik dan keberkesanan ideologi calon yang bertanding, bukannya melihat kepada personaliti dan populariti calon tersebut.
"Jangan kita membuat silap dengan hanya melihat utusan sahaja tanpa menilai mesej yang di bawa. Intipati mesej patut dijadikan pertandingan, bukannya bentuk atau rupa mesej tersebut.
"Setelah kita berjaya merentas cabaran dan kerecokan pilihan raya, kita perlu mengetepikan pangkat dan bersatu menerima calon yang baru dilantik agar dapat membawa perubahan dan membina satu Malaysia yang lebih baik," jelas Nurul Izzah.
Beliau menjelaskan, pemilihan parti kali ini wajar dilihat sebagai satu latihan bina diri untuk ahli parti dan juga sebagai kempen membina keyakinan untuk semua rakyat Malaysia.

September 19, 2010

Sumbangan eidulfitri kp anak yatim -bersama Ust Nurlidah Salleh di Bkt Beruntung

Satu majlis sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal diadakan di Rumah Masyarakat Bukit Beruntung Seksyen 7 disini dimana 85 orang anak yatim hadir untuk menerima sumbangan duit raya dari Ustazah Nurlidah Salleh, Ketua Muslimat PAS Pusat. Turut bersama adalah pimpinan Pakatan rakyat lain termasuk Sdr Shaiful Anuar, Ketua Penerangan PKR Hulu Selangor, Sdr Mohd Nizam- Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor, Ahli Majlis Daerah- Puan Kameliyah Bien, Sdr Sazali dan Aktivis Masyarkat Hj Zulkifli Dawam..

September 17, 2010

Keluarga mangsa bunuh di bantu cabang PKR Hulu Selangor

Sumbangan kepada mangsa bunuh di Serendah, mayat dijumpai hari ini selepas hilang beberapa hari. Remaja yang bernasib malang baru berumur 18 tahun, anak kedua dari 5 beradek, Chandran a/l Sadyaapan berasal dari Taman Idaman, Serendah. Kami berharap pihak pdrm dapat membuat siasatan segera. dan dapat membantu keluarga yang didalam keadaan tertekan kerana kehilangan anak lelaki mereka. demikian harapan dari Ketua Komuniti India Selangor, Sdr SM Poobalan yang menyerahkan sumbangan wang tunai bagi meringankan keluarga mangsa tersebut. Beliau  diiringi Ketua Penerangan PKR , Sdr ShaifulAnuar dan Pn Kameliyah Bien, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

September 16, 2010

AZMIN ALI SAH BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR

KOTA KINABALU, 16 Sept: Mohamed Azmin Ali, anggota Parlimen Gombak mengesahkan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, apabila memaklumkan kepada media menawarkan diri untuk dipilih ke jawatan itu.
Pengesahan ini bermakna, dua calon telah mengesahkan untuk merebut jawatan ini selepas Dr Syed Husin Ali mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan itu. Yang menariknya, pengumuman ini dibuat Azmin di Sabah, negeri yang dikira paling kuat menyokong lawan beliau.
Seorang lagi calon adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim. Seorang lagi Naib Presiden, Mustapha Kamil Ayub belum mengesahkan penyertaannya selepas dicalonkan oleh PKR Perak agar bertanding jawatan itu.

September 14, 2010

KEHENDAK MAJORITI AHLI PARTI ATAU KEHENDAK PEMIMPIN ATASAN?

azanmp_thumb PETALING JAYA: Seorang ahli parlimen PKR mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali supaya dua jawatan tinggi parti  diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bertentangan dengan sikap terbuka parti.
Ahli parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ketika parti bersikap terbuka dalam soal pemilihan parrti, timbalan presiden iaitu orang yang menjadi pemandu kepada parti dan pemimpin lain bersikap sebaliknya.

Menurutnya, "tidak wajar Dr Syed Husin mengeluarkan kenyataan itu walaupun mungkin bersifat peribadi."
"Sepatutnya dia berbincang terlebih dahulu dengan presiden sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut."
Katanya, adalah tidak elok jika parti dikongkong oleh satu keluarga sahaja kerana parti adalah payung besar yang menaungi ratusan malah jutaan ahli.
"Atas dasar kepentingan ukhuwah parti, parti tidak boleh dilihat bergantung kepada beberapa individu tertentu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azan yang juga ketua cabang PKR Indera Mahkota, Pahang  berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Syed Husin yang mahu Anwar menjadi presiden PKR dan Wan Azizah sebagai timbalannya.
Dr Syed Husin membuat kenyataan tersebut dalam sidang media di sini hari ini setelah beliau mengumumkan tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti November depan.
Dan beliau menyarankan gandingan Anwar dan Wan Azizah untuk menerajui PKR. Ketika ini Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isterinya presiden parti.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim dipercayai berminat bertanding jawatan timbalan presiden.
Anwar pula menegaskan beliau tidak akan bertanding sebarang jawatan kali ini.
Sementara itu, ahli MPP PKR, Yusmaidi Yusof berkata, terpulang kepada ahli parti untuk menentukan siapa yang mereka mahu menerajui parti.
"Politik PKR adalah politik reformasi dan jika berlaku pertembungan antara kehendak pemimpin dan kehendak rakyat, kita perlu kembali kepada kehendak rakyat.
"Perjuangan reformasi bukan bermula dari arahan pemimpin (PKR) tetapi cetusan perasaan rakyat," kata ahli parlimen Balik Pulau.

Tengku Muhammad Faris dimasyhur



Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) di Balairung Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 13 Sept. - Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.
Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balairung Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.
"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya ketika mengumumkan pemasyhuran itu.
Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang juga Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim, Pengelola dan Ketua Istiadat Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, pembesar-pembesar negeri dan semua anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Nik Abdul Aziz berkata, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim telah bermesyuarat pada pukul 9 pagi ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim di sini bagi membuat keputusan itu.
Sebagai mewakili rakyat jelata, Nik Abdul Aziz melafazkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi terhadap Sultan Kelantan.
"Sekian hamba rakyat mengaku taat setia dan kepada Allah SWT dipohonkan taufik dan hidayat semoga Tuanku Muhammad Faris Petra dapat memerintah dan memandu negeri agar aman, mewah dan makmur dan semoga Allah SWT menyelamatkan Tuanku di dunia dan di akhirat," katanya sebelum mengakhiri pengisytiharan itu dengan laungan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali.
Menurut sumber, seramai 15 anggota MPN hadir pada mesyuarat pagi ini kecuali dua anggotanya iaitu Ahli Parlimen Gua Musang yang juga kerabat diraja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan Tengku Amalin A'Ishah Putri.
Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Oktober 1969 telah dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.
Baginda juga mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri. - Bernama

September 09, 2010

SALAM EIDULFITRI DARI CALUN TIMBALAN KETUA CABANG -

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN - EIDULFITRI BERSAMA KELUARGA DAN TEMAN DI KAMPUNG DAN DIMANA SAHAJA -- KEMAAFAN DIPINTA, KETERLANJURAN BAHASA, TERKATA DAN TERNODA....

SHAIFULANUAR SULAIMAN
CALUN TIMBALAN KETUA CABANG
CABANG HULU SELANGOR
-SU BHG PKR (2000 - 2008)
-KETUA PENERANGAN CABANG (2009-2010)

September 03, 2010

Guna 4C dlm politik, manipulasi, eksploitasi, kontroversi dan hipokrasi

Politik adalah kebijaksanaan menggunakan rukun 4C, (manipulasi, eksploitasi, kontroversi dan hipokrasi) dalam mengurus, mengatur strategi dan tektik. Semua itu untuk kemenangan parti dan bukan kemenangan lawan. Jadi sesiapa pun berada dalam politik demokrasi akan berfikir ke arah itu. Tidak kira dari puak mana dan aliran mana. Hanya ahli yang gila sahaja akan bebincang ke arah untuk meruntuhkan parti dan mengkhianati perjuangan

Ingatan buat ahli cabang..

Jumaat, 2010 September
Penamaan calun dan pemilihan MATC kian dekat, jangan dek sedikit habuan dunia kamu semua, ahli-ahli parti sanggup perkosai parti, menodai serta menjual maruah diri dalam pemilihan, ingatlah parti, agama dan bangsa...yang paling penting keputusan kamu semua amat penting dan mempunyai impak besar di masa pru13 nanti... Walau pun perit tetapi inilah proses demokrasi PKR, sebuah parti perubahan yang mestinya melalui jalan demokrasi sebagai contoh kepada semua, simbolan kepada politik baru Malaysia...