PETALING JAYA: Seorang ahli parlimen PKR mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali supaya dua jawatan tinggi parti diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bertentangan dengan sikap terbuka parti.
Ahli parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ketika parti bersikap terbuka dalam soal pemilihan parrti, timbalan presiden iaitu orang yang menjadi pemandu kepada parti dan pemimpin lain bersikap sebaliknya.
Menurutnya, "tidak wajar Dr Syed Husin mengeluarkan kenyataan itu walaupun mungkin bersifat peribadi."
"Sepatutnya dia berbincang terlebih dahulu dengan presiden sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut."
Katanya, adalah tidak elok jika parti dikongkong oleh satu keluarga sahaja kerana parti adalah payung besar yang menaungi ratusan malah jutaan ahli.
"Atas dasar kepentingan ukhuwah parti, parti tidak boleh dilihat bergantung kepada beberapa individu tertentu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azan yang juga ketua cabang PKR Indera Mahkota, Pahang berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Syed Husin yang mahu Anwar menjadi presiden PKR dan Wan Azizah sebagai timbalannya.
Dr Syed Husin membuat kenyataan tersebut dalam sidang media di sini hari ini setelah beliau mengumumkan tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti November depan.
Dan beliau menyarankan gandingan Anwar dan Wan Azizah untuk menerajui PKR. Ketika ini Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isterinya presiden parti.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim dipercayai berminat bertanding jawatan timbalan presiden.
Anwar pula menegaskan beliau tidak akan bertanding sebarang jawatan kali ini.
Sementara itu, ahli MPP PKR, Yusmaidi Yusof berkata, terpulang kepada ahli parti untuk menentukan siapa yang mereka mahu menerajui parti.
"Politik PKR adalah politik reformasi dan jika berlaku pertembungan antara kehendak pemimpin dan kehendak rakyat, kita perlu kembali kepada kehendak rakyat.
"Perjuangan reformasi bukan bermula dari arahan pemimpin (PKR) tetapi cetusan perasaan rakyat," kata ahli parlimen Balik Pulau.

No comments:
Post a Comment