Ternyata petugas JPP itu boleh mengubah segalanya akibat kaedah yang meragukan. Apatah lagi jika keputusan di cabang hanya dilaporkan menerusi panggilan telefon ke pusat dan dianggap keputusan rasmi. Malah, Setiausaha Agung PKR iaitu Saifuddin Nasution tidak wajar mengadakan sidang media semalam bagi mengatakan keputusan adalah rasmi. Sedangkan borang asal pengundian serta laporan penuhnya tidak diterima secara sah dan sekadar menerusi panggilan telefon. Bagaimana jika petugas JPP itu khianat dan mendapat "bayaran imbuhan" dari calon-calon tertentu untuk mengubah keputusan berkenaan. Bukankah ini akan mencemarkan proses pemilihan yang kononnya yang terbaik pernah diamalkan itu. Jika keputusan menerusi telefon dikiran sebagai rasmi, apa akan terjadi jika pada borang asal itu adalah sebaliknya. Sesiapa sahaja boleh pastikan calon mereka menang jika hanya menerusi telefon, sepatutnya ada salinan dokumen sah yang boleh dianggap sebagai bukti kukuh. Misalnya petugas JPP dicabang-cabang menghantar email atau fax keputusan berkenaan ke pusat. Sekurang-kurangnya ada satu bukti perkara itu tidak boleh diubah-ubah. Malah keputusan pula perlulah ditandatangani oleh wakil calon berkenaan dan juga petugas terbabit.
No comments:
Post a Comment