Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan parti mendedahkan, bukan sahaja ada cubaan menariknya menyertai parti Datuk Zaid Ibrahim, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukannya.
"Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk (timbalan pengerusi BN) Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.
"Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan terakhir sebagai naib presiden dalam Kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya.
Menurut Mustaffa, selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti.
"Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim.
"Dan saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.
No comments:
Post a Comment