May 09, 2012

BOLEH PERCAYA KE TUN HANIF JADI PENGERUSI SIASAT KEGANASAN POLIS?

PUTRAJAYA, 9 Mei-Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.Menteri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengumumkan nama-nama hari ini, berkata panel diharapkan untuk mengadakan pertemuan pertama untuk menetapkan ketentuan-ketentuan referensi dalam beberapa hari berikutnya.

Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.

Anggota panel lain adalah Bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Shim, Managing Editor Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Media Cina Internasional, Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Corporate Affairs Petronas, Datuk Medan Abdullah dan  Prof Dr Ruszmi Ismail.dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tun Hanif baru-baru ini mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjanji bahawa ahli panel yang dilantik adalah "kredibel, berpengalaman dan terhormat" bagi membentuk panel bebas yang ditugaskan menyelidiki tuduhan keganasan polis.
 
Enam wartawan tempatan dan 12 jurugambar dan wartawan media asing dilaporkan diserang semasa BERSIH 3.0 tanggal 28 April, setelah pihak polis menyembur dan menembak gas pemedih mata untuk meleraikan demo BERSIH tersebut. 

Kedua kelompok media tempatan dan luar negeri telah mengutuk cara hard-handed taktik yang digunakan kepada pihak media kerana mereka hanya melakukan dan menjalankan kewajipan mereka.

Kekacauan berlaku di jalan-jalan Kuala Lumpur selama lebih dari empat jam selepas 3 pm,  28 April ketika polis menembakkan gas pemedih mata dan mengejar peserta-peserta BERSIH 3.0 menyusuri jalan-jalan ibukota sampai ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Perhimpunan aman BERSIH 3.0 adalah perhimpunan yang menuntut pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

No comments: