May 02, 2012

PENGUNDI HULU SELANGOR MAHUKAN CALON TEMPATAN! PAK KHALID JAAFAR MENGAMBIL KESEMPATAN !

Kertas culaan yg tertera gambar Pak Khalid Jaafar menimbulkan kesangsian samada parti sudah 
memilih beliau sebagai calon.. Rata-rata penyokong PKR dan PAS tidak bersetuju dengan beliau sebagai calon PRU13.

Nampak macam gendang telah dipalu sekali lagi oleh Najib, PRU13 tidak lama lagi, mungkin di bulan Jun ini.

Najib telah melahirkan tanda-tanda PRU13 akan muncul tidak lama lagi. Pak Khalid Jaafar muncul dan mengambil kesempatan menonjolkan dirinya sebagai calon PRU13 Hulu Selangor. Pimpinan parti perlu sedar keutamaan untuk menang dan membuat penilaian tentang calon PRU13 kali ini. Menurut maklumat dari gerakkerja parti PAS negeri, beberapa bulan yang lepas satu kajian yang diadakan di kalangan pengundi-pengundi parlimen Hulu Selangor telah mendapati bahawa majoriti pengundi-pengundi Melayu (53%) dan pengundi Cina (65%) kecuali pengundi India (25%) telah menyuarakan pendapat mereka dengan berharap mendapat seorang calon dari kalangan orang tempatan pada PRU13 ini.

Penyelaras DUN Batang Kali, Pak Khalid Jaafar telah menggunakan peluang dalam penggunaan gambar beliau untuk mendekati pengundi-pengundi di kawasan parlimen ini apabila kertas culaan kerajaan negeri telah tertera dengan gambar beliau. Menurut seorang ketua kampong di Batang Kali yg tidak mahu disebut namanya berkata, rata-rata pengundi di kawasan DUN Batang Kali dan penyokong parti PAS tidak bersetuju dengan penampilan orang luar seperti Pak Khalid Jaafar, yg cuma timbul dan melobi dirinya selepas Pilihanraya Kecil yang lalu, dimana menyaksikan kekalahan calon dari PKR di atas tangan calon BN. "kami sudah cukup merasai calon terjun ke Hulu Selangor. Pimpinan tempatan ada untuk memikul tanggongjawab ini."

Siapakah calon-calon tempatan. Dikalangan penyokong UMNO/BN sendiri sedang keliru dengan penonjolan beberapa calon-calon PRU13 kali ini. Di pihak Pakatan Rakyat sendiri, beberapa nama telah bermain di bibir pengundi dan penyokong dengan berbagai pendekatan di lakukan untuk memenangi hati pengundi.. Nampaknya rakyat yang beruntung dapat mendengar dan melihat ketokohan bakal-bakal calon PRU13 akan datang.

Sejak dari dulu lagi nama-nama seperti Sdr Radzali Mokhtar, Sdr Mustapa Kamal Sapingi dan Sdr Mat Rahad telah bermain dibibir penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Tidak ketinggalan nama seperti Ketua Cabang sendiri, Sdr Nazar Yakin dan bekas Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Cikgu Nashruddin Abd Aziz menjadi persaingan untuk merebut tempat sebagai calon parlimen HULU SELANGOR dan DUN BATANG KALI, sebagai memenuhi kuota PKR sepertimana sebelum ini.

Namun semua ini tidak akan dapat memikat hati pengundi-pengundi jika calon PRK dahulu Sdr Zaid Ibrahim merupakan satu kesilapan pimpinan PKR yang memilihnya, maka kali ini janganlah dibuat kesilapan dengan memilih calon luar seperti Pak Khalid Jaafar, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka (sekarang Majlis Pimpinan Negeri) dan beberapakali calon yang tidak menang di DUN negeri Melaka dalam PRU lepas.

Ketokohan calon-calon tidak boleh dipersoalkan, Sdr Radzali Mokhtar adalah seorang Jurutera berpengalaman dengan Bumi Highway. Masih muda lagi (memasuki era late 40s) dan telah mengisi kekuatan cabang Hulu Selangor dari tahun 1998 lagi dengan memegang pelbagai jawatan parti dan jentera parti di peringkat parlimen dan dun batang kali. Sekarang beliau adalah ahli majlis daerah Hulu Selangor bagi tahun ketiga. Jawatan parti sekarang adalah Timbalan Ketua Jentera PKR DUN Batang Kali. Di PRU lepas beliau menjadi nadi kekuatan jentera cabang dan merupakan orang tempatan Ulu Yam dimana allayarham Hj Mokhtar adalah seorang tokoh yang di segani di kawasan Batang Kali.

Sdr Mustapha Kamal Sapingi, Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor, merupakan mantan Pegawai Khas Allahyarham Ahli Parlimen Datuk Zainal Abidin, sekarang merupakan pegawai penyelaras Parilimen Hulu Selangor. Berpengalaman banyak di bidang koperasi sebagai seorang akauntan, banyak aktiviti kemasyarakatan dan parti telah dicurahkan di kawasan parlimen Hulu Selangor ini. Rata-rata pengundi India dan Cina meyakini beliau jika sekiranya di pilih sebagai calon PRU13 nanti. Merupakan ahli parti dari 1998 lagi, orang berpengaruh di kawasan pekan Batang Kali, anak kelahiran Selisek, Hulu Bernam.

Semoga kerusi parlimen kali ini dapat di menangi balik oleh Pakatan Rakyat dengan penonjolan calon-calon tempatan dan berwibawa.

Untuk menang, kita perlukan citaraya tempatan.

~sekian.

No comments: