May 01, 2012

CERITA PENDEK ~ BERSIH 3.0

ORANG ramai. Entah dari jihat mana, mereka tiba-tiba muncul dan berkumpul dan membentuk lautan manusia. Semua dalam rona kuning.

Datang dari pelbagai arah, dalam kumpulan yang kecil, bergabung den...gan kumpulan kecil yang lain dan kumpulan kecil yang lain lagi, sebelum menjadi besar, sama-sama dalam satu niat dan satu arah, menuju dataran.

Di dataran, semua inci ruang telah dipenuhi dengan warna kuning.

Anggota polis kelihatan berada di mana-mana, mengawal sebarang kemungkinan. Tapi para penguning tersebut tidak berbuat apa-apa selain duduk sahaja. Maka tiada banyak yang perlu dilakukan oleh mereka selain memerhati.

Suasana kelihatan aman. Suka-suka dengan gelak tawa memenuhi ruang.

Bila hampir tiga jam para penguning berada di dataran, himpunan pun berakhir. Berdikit-dikit mereka pulang dengan wajah riang gembira, bersama isteri dan anak-anak.

Terdapat beberapa penguning yang masih belum pulang, mengutip sampah-sampah yang sedikit yang ditinggalkan, lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Para pekerja DBKL mengucapkan terima kasih. Pihak polis bersyukur semuanya lancar.

Dia terjaga. Mimpi yang ngeri. Mana mungkin aku mahu menerimanya. Dia harus berbuat sesuatu agar mimpi itu tidak menjadi realiti. Mana mungkin manusia boleh bertemu sebegitu tanpa wujud rasa sengketa.

Terus diambil teropongnya, dan bangun hampiri tingkap kaca di satu bangunan tinggi, wahhh mana datang manusia menguning seluruh bandar ini. Manusia kuning. Lebuhraya demokrasi? Tidak mungkin.

Dia berasa susah hati lalu memanggil kelima anaknya. Tsabar, Al-A’war, Miswath, Dasim dan Zalinur masuk mengadap.

Arahan dikeluarkan. Himpunan itu harus menjadi kacau-bilau.

“Kerahkan seluruh syaitan untuk menghasut. Ingat! Jika misi gagal, tangan serta kaki mereka semua akan dipotong!”

"Fitnahkan, rakan kita telah di pukol, di terajang sampai mati!"

Kelima anak Iblis memberi tunduk hormat kepada ayahandanya sebelum keluar melaksanakan tugas masing-masing. Iblis menaruh keyakinan yang tinggi terhadap anak-anaknya. Kerap kali Iblis menceritakan kepada mereka, sebagai motivasi, tentang helahnya yang berjaya menghasut seekor ular ketika ingin menggoda Adam suatu masa dahulu. Ular itulah yang telah membawanya masuk ke dalam syurga.

Tapi Iblis masih merasa bimbang. Manusia tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan harmoni.

“Kita tidak boleh hadirkan rasa simpati kepada manusia seluruhnya. Bahkan, bukan sahaja manusia, tetapi juga binatang.” Kata Iblis menerangkan bagaimana ular yang dihasut itu kemudiannya dihukum dengan seumur hidup berjalan di atas perut.

Bila hari Sabtu 28 April berakhir, anak-anaknya datang membawa khabaran gembira. Manusia bergaduh dan merusuh.

Iblis sangat senang hati. Iblis ketawa terbahak-bahak.

Fitnah. Yang bathil. Yang hak terus di persoalkan. Yang berani dan yang BERSIH, harus tidak dibiarkan.

Tammat.

(sumber dan adaptasi dari Pak Faisal, jangan mareh)

http://www.shaiful-hulusgr.blogspot.com/




No comments: