January 27, 2013

ASAL USUL KETURUNAN ORANG MELAYU....

Bahawa asal usul bagi keturunan orang Melayu itu bermula daripada campuran bangsa dari pelbagai kelompok manusia lelaki dan perempuan yang berbagai-bagai bangsa yang bersuku-puak supaya mudah berkenalan di antara satu dengan yang lain yang dijadikan oleh Allah.
Firman Allah Ta’ala surah Al-Hujurat; ayat 13:
Mafhumnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra, berhubung silaturahim antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Bangsa terdahulu, orang-orang Hijaz dan bangsa itu menerima Agama Islam dan kekalkan bangsa itu bangsa beragama, maka Agama Islam diletakkan pada diri bangsa-bangsa seumpama itu. Firman Allah Ta’ala surah Al-Hujurat; ayat 14:
Mafhumnya:
“Bangsa terdahulu, orang-orang Hijaz, berkata: Kami telah beriman; Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (jangan berkata demikian) tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk dalam hati kamu, berkatalah sahaja: Kami telah Islam (kami telah tunduk menyerah diri, tidak melawan dan tidak menentang) dan (ingatlah) jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal kamu, kerana sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani.”
Maka mana-mana bangsa yang menjadikan huruf Jawi Qadim (Al-Quran) bahasa utama bagi loghat mereka itu iaitu Bahasa Arab, maka orang-orang itu sahaja yang disifatkan “Ahli Jawi Qadim”.
Ahli Jawi Qadim menamakan bangsa-bangsa Hijaz yang lain atau bangsa baru (A’jam) dan bangsa itu menerima Agama Islam, maka jadilah bangsa itu bangsa beragama. Agama Islam yang diletakkan pada diri bangsa-bangsa seumpama itu yang dimaksudkan “Ahli Jawi Jadid” yang disifatkan: Ahli Jawi Bangsa Kebangsaan Berpegang Teguh Agama Islam.
Bangsa Melayu adalah berasal dari campuran pelbagai bangsa atau kelompok keturunan manusia terdahulu seumpama: Monggol, Arab, Parsi, China, India dan lain-lain yang mendiami di Wilayah Atas Angin dan Bawah Angin di Negeri Kedah Tua. Peristiwa ini berlaku pada tahun 531Hijrah (1136Masihi) di Istana Bukit Meriam, Kota Kuala Muda kepada Raja Pertama di Alam Melayu meletakkan kepercayaan dan jaminan asas pendirian ilmu dan amalan hidup dan kehidupan berpegang teguh kepada Agama Islam melalui Talqin kepada seorang guru Mursyid wasilah teguh kepada tali Murabbi di Kurun akhir zaman.
Nama Baginda ditukar kepada Raja Muzaffar Shah, kemudian Baginda bersama Gurunya menyampaikan seruan kepada Pembesar Istana dan rakyat jelata meninggalkan dengan jazam yang putus segala kepercayaan asal keturunan nenek moyang mereka itu dan mengikut jejak langkah seumpama Baginda, kemudian mengislamkan secara massal bagi mereka itu menanggung beban Agama Islam yang terkandung dalam Kalimah Taqwa menjadi Asas Pendirian hidup dan kehidupan. Dengan yang demikian itu, maka terkumpullah satu kelompok manusia Agong pada awalnya disebut sebagai: Ahli Jawi Jadid.
Di atas kehendak Allah yang mengurniakan petunjuk kepada hambanya Sayyid Sheikh Abdullah Al-Qumairi Guru Mursyid Baginda Tuanku Raja Muzaffar Shah lalu diambil oleh Gurunya kalimah Arab مِـلاَيــُـو diberi nama kepada Ahli Jawi Jadid yang membawa maksud: “Kelompok keturunan Manusia Agong”, dan perkataan مِـلاَيــُو yang dibangsakan kepada Melayu dengan baris di Bawah (kasrah) huruf Mim atau baris di Atas (fathah) dan baris Depan (dhammah) huruf Ya’. Kalimah “Melayu” di mana mereka menyebut mengikut bacaan huruf Rumi “Melayu” maka nama Melayu itu hanya diguna pakai kepada bangsa keturunan ini sahaja setelah mereka menerima Agama Islam menjadi asas pendirian hidup dan kehidupan sehingga qiamat.
Maka kalimah “Melayu” ini jika ditujukan kepada individu dipanggil “Orang Melayu”, jika kepada kumpulan dipanggil “Bangsa Melayu”, jika kepada negeri dipanggil “Negeri Melayu”, jika kepada Raja dipanggil “Raja Melayu”, jika kepada negara dipanggil “Persekutuan Tanah Melayu”, jika kepada semenanjung dipanggil “Semenanjung Tanah Melayu”, jika kepada gugusan dipanggil “Gugusan Selat Kepulauan Melayu” dan jika kepada dunia dipanggil “Alam Melayu” sehingga terbentuk di dunia sebuah empayar Alam Melayu yang kuat dan kukuh berkuasa lebih daripada 500 tahun.
Bangsa Melayu menjadikan huruf Jawi Arab yang ditambah titik pada huruf-huruf tertentu dan kekalkan bahasanya sebagai bahasa utama bagi mereka itu ialah Bahasa Melayu, adalah satu bahasa yang paling ringan dan mudah daripada bahasa-bahasa penduduk-penduduk Wilayah Jawi Qadim, maka dengan sebab itu kebanyakan orang-orang Hijaz dan Arab dahulu menggunakan bahasa Melayu Bahasa Kedua dalam pergaulan antarabangsa.
 
SUmber:::: http://wargamelayu.blogspot.com

No comments: