KUALA LUMPUR,12 JAN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
memberi amaran kepada Umno-BN bahawa segala penipuan besar yang
dirancang bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat tidak dapat dihalang
lagi.
Katanya himpunan hari ini adalah antara masej rakyat dari pelbagai
lapisan masyarakat yang memprotes secara terbuka yang menolak kerajaan
sekarang.
Ujarnya, walaupun Umno-BN akan menggunakan seluruh jentera kerajaan
bagi memenangi dalam pilihanraya umum nanti namun kuasa rakyat akan
menjadi kuasa penentu.
Tegas Anwar, kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang akan
diangkat jika memenangi PRU-13 nanti komited untuk menjadi kerajaan
bersih,telus dan berusaha keras membanteras rasuah dan salahguna kuasa.
“Yang diangkat oleh rakyat nanti bukan kerajaan biasa-biasa tetapi ia adalah sebuah kerajaan rakyat.
“Kami pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tabik hormat kepada semua rakyat yang bangkit pada hari ini,” kata Anwar.
Anwar dalam ucapannya juga melaungkan laungan ‘Merdeka Rakyat
sebanyak tujuh kali sebagai simbolik kemerdekaan rakyat dari cengkaman
kezaliman kerajaan BN.
Katanya, di Stadium Merdeka inilah laungan kemerdekaan negara
dikumandangkan oleh Bapa Kemerdekaan Negara , Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj pada 31 Ogos 1957.
“Walaupun penipuan yang dirancang sekuat mana, fitnah sekuat manapun
dan propoganda sekuatmana oleh BN tidak akan menghalang kebangkitan
rakyat di Malaysia,”ujar Anwar.
Sementara itu menurut AJK Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin
Rais yang ditemui menyatakan dianggarkan kira-kira 500,000 hadir
memberikan sokongan di Stadium Merdeka dan sekitarnya.
Himpunan itu berakhir pada jam 5 petang yang berlangsung dalam
suasana tenang dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment