KUALA LUMPUR, 28 Jan - Nasharuddin Mat Isa hari ini
mengatakan beliau terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak
yang ingin mendaulatkan Islam dan berkata organisasi hanyalah satu
wadah, tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan.
Beliau berkata jawatan yang diberi adalah hak milik parti dan beliau
sedia memperjuangkan kedaulatan Islam walaupun tanpa jawatan.
“Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti di teruskan, sama ada berjawatan atau tidak.
“Jawatan tersebut adalah lantikan parti, jika parti ingin
mengambilnya kembali, itu adalah hak parti,” kata bekas timbalan
presiden PAS itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider petang ini.
Ahli parlimen Bachok itu berkata, beliau masih belum mendapat surat
pemecatan rasmi dari Majlis Syura, sebaliknya mengetahui berita
pemecatan tersebut melalui media.
“Sehingga di saat SMS ini dihantar, saya masih belum menerima sebarang surat perlucutan jawatan tersebut.
“Cuma, setakat ini, saya hanya mengetahui pemecatan itu melalui media dan bukannya saluran rasmi parti,” katanya lagi.
Semalam, Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas
disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Majlis Syura hari ini menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS
memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai
proses saringan untuk membersihkan parti.
Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed
tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau
d
No comments:
Post a Comment