KUALA LUMPUR: Jabatan
Pilihanraya PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis ramah mesra
dengan pengundi-pengundi Perak yang berada di Lembah Klang pada hari
Ahad, 13 Januari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang.
Program atas nama Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Perak di Perantauan
Lembah Klang ini julung-julung kalinya diadakan bagi persiapan
menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
“Program berbentuk santai ini bakal mengumpul semua
penyokong-penyokong PAS / Pakatan Rakyat (PR) daripada Perak untuk
disusun menjelangnya PRU13 bagi memastikan mereka akan balik dan
seterusnya mengundi PR kelak,” kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS
negeri, Salman Saleh (gambar).
Katanya, pimpinan utama PR Perak dan kebangsaan dari Perak akan
memberikan ucapan ringkas untuk memberikan semangat kepada semua yang
akan hadir nanti.
“Kami yakin usaha-usaha kecil ini akan memberikan impak yang besar
buat PR Perak terutamanya dan PR di peringkat nasional amnya,” ujarnya.
Justeru, beliau menyeru dan mengharapkan semua pengundi-pengundi yang
berdaftar di Perak yang tinggal di sekitar Lembah Klang terutamanya di
Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir beramai-ramai kelak.
Pihaknya juga akan membuka kaunter mengikut Dewan Undangan Negeri
(Dun) bagi tujuan kemaskini dan semakan daftar pemilih pengundi di
Perak.
“Kami berkeyakinan pengundi-pengundi berdaftar di Perak yang berada
di Lembah Klang akan hadir memberikan sokongan kepada PR Perak bagi
menghadapi PRU13 nanti,” katanya.
Jom yeop & yong datang jumpa teman di sana yer!
No comments:
Post a Comment