May 31, 2009

KAK MIN MENANG UNDI POS !

Aminah mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).
aPARAAAA! ada org undi dia gak ker...

DS ANWAR : SYABAS JENTERA PAKATAN RAKYAT

Syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Sdr Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.
Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihanraya, dan masih tetap tidak berganjak untuk meyokong agenda Perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihanraya Kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.
Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi Rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Menang Menang Menang !!!

Dr Mansor dari PKR memenangi PRK N12 Penanti dengan lebih kurang 87.5% iaitu 6,052 undi.Mansor memperolehi majoriti lebih kurang 5558 undi berbanding Fairuz - 2219 undi pada PRK yang lalu.Calon BEBAS yang menggunakan lambang kunci, Aminah Abdullah mendapat 392 undi. Calon BEBAS yang menggunakan lambang wau bulan iaitu saudara Nai Khan Ari pula mendapat 494 undi dan mengatasi undi yang diperolehi oleh Aminah. Manakala Kamarul Ramizu Idris yang menggunakan lambang payung pula sekadar mendapat 56 undi.Jika mengikut undi yang diperolehi oleh ketiga2 calon BEBAS, nyata mereka kehilangan wang deposit yang dipertaruhkan. Ini kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya 12.5 % undi untuk mengekalkan wang pertaruhan.Untuk rekod, undian yang diperolehi oleh Mansor kali ini lebih rendah berbanding dengan undian yang diperolehi oleh bekas ADUN Penanti iaitu Fairuz.

terkini !!! DR MANSOR MENANG!!!

Keputusan penuh pilihan raya kecil DUN Penanti
31/05/2009 8:24pm
N12: PENANTI : 15,384
1.Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2.Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi

Jumlah pengundi 7,100
Peratus 46.15 peratus
Undi rosak 106 undi
Majoriti 5,558 undi.

Penyandang:
Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) Majoriti: 2,219 undi.

KAT LUAR DEWAN ....




3 CALON BEBAS SAH HILANG DEPOSIT!

6.45 Petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon KeADILan Dr. Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,432 undi diikuti tiga calon bebas Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).
Proses pengiraan undi sedang dijalankan di semua 10 pusat pengundian dalam pilihanraya kecil Dun N12. Penanti yang berakhir jam 5 petang tadi.
Jumlah pemilih yang keluar mengundi ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.
Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.
Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Menanti di Penanti !!

Memang pun tenang, disebabkan BN tak bertanding!

Polling in Penanti smooth, says EC
BUKIT MERTAJAM: Polling in the Penanti state by-election is running smoothly, Election Commission chairman (EC) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said.
He said however that there were still parties and candidates who did not observe the EC rule, like putting logos and party flags on their vehicles and wearing clothes with party logos.
Although this was regrettable, the EC did not take action against the offenders because this was the first time that the rule was implemented, he told reporters after visiting the polling station at Sekolah Kebangsaan Tanah Liat here.
On Parti Keadilan Rakyat's (PKR) complaint that some voters names were not in the electoral roll, he said the EC would investigate the matter, adding that that was why it had advised the people to check the roll before polling day.
According to the EC, 4,593 or 29.86 per cent of the 15,384 voters had cast their votes as of noon.
Meanwhile, Penang police chief Datuk Ayub Yaakob, when met at Sekolah Jenis Kebangsaan Jit Sin (A) here, said the situation was calm, traffic flow was smooth with no report of any undesirable incidents so far. - Bernama

Hari Penentu Timbalan Ketua Menteri Pulai Pinang!!

Hari penentuan sudah dibuka dengan pengundi mula berbaris untuk mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.Pusat-pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi. Ia akan berlangsung hingga 5 petang.
Pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59; bekas Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; Pengurus syarikat, Nai Khan Ari, 41 dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42.
Barisan Nasional tidak meletakkan calon.
Daripada kesemua calon yang bertanding, hanya Nai Khan merupakan pengundi dalam DUN Penanti.
Anak jati Penanti berketurunan Siam itu akan membuang undi di pusat pengundian di Dewan KAFA Kampung Tun Sardon.
Terdapat sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.
Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya kecil DUN Penanti akan diketahui selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Majoriti diperoleh beliau ialah 2,219 undi. Terdapat 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain kaum.

May 29, 2009

TS KHALID ANATARA YG AWAL SAMPAI KE TEMPAT RUNTUH!




Petaling Jaya 28 Mei 2009: Beginilah masyarakat Mentaliti Dunia Ke-3 yang membuat kerja yang tidak cekap dan tidak memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Segala kerja-kerja difikirkan keuntungan dengan cara yang murah dan cepat. Bila dah berlaku baru nak ambil tindakan dan mencari silap salah. Kalau kita lihat di negara maju meruntuhkan bangunan yang lebih besar dan rumit ditengah-tengah kesesakan tetapi dapat dilakukan dengan selamat sehinggakan seekor kucingpun tidak dibiarkan mati.Bernama melaporkan Timbalan menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukim seperti diperkatakan dalam penyiasatan atas kejadian ini telah dikenal-pasti bahawa terdapat lebihan beban berat disebabkan penggunaan jentera berat bagi kerja-kerja memusnahkan bangunan lama Supermarket Jaya yang terjadinya runtuhan ini.Lajim berkata 8 buah mesin jenkaut berat telah berada di atas bangunan apabila kejadian ini berlaku. ‘Penyiasatan juga belum dapat mengenal-pasti bilangan mesin pengangkut dan jentara lain yang turut berada di dalam bangunan itu” katanya kepada pemberita ketika berada di tempat kejadian malam Khamis lepas.

IBU TERLANGGAR ANAK DIBELAKANG KERETA..MACAM DAH PERNAH DENGAR!

KUALA LUMPUR: Seorang ibu meraung sambil mendakap erat mayat anak perempuannya yang terbunuh apabila kereta dipandunya tiba-tiba mengundur sebelum menggilis kepala mangsa hingga pecah.
Dalam kejadian ngeri di Jalan 25/70A, Sri Hartamas kira-kira jam 2 petang semalam, ibu warga Korea berusia 20-an terbabit dikatakan tertekan gear mengundur menyebabkan tayar belakang menggilis kepala anaknya yang kebetulan berada di belakang kereta itu.Sebelum itu, mangsa, Isabel Chong, 3, dan bapanya sudah turun awal dari kereta untuk makan di restoran berhampiran manakala ibunya masih dalam kereta.
Mangsa berada di belakang kereta kerana mahu menunggu ibunya.Kemalangan ngeri itu menyebabkan Isabel yang memakai kemeja-T dan seluar pendek merah jambu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Mayat mangsa terperosok di bawah kereta sambil ibunya menangis dan cuba menolak kereta berkenaan.Wanita itu yang tidak dapat menahan kesal atas perbuatan yang disifatkannya sebagai kecuaian hingga membunuh anaknya sendiri menghantuk kepalanya berulang kali pada kereta.
Seorang saksi, Shahidah Hussin, 19, berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di kedai menjual peralatan kamera tidak jauh dari tempat kejadian.“Tiba-tiba saya terdengar bunyi objek meletup di luar kedai sebelum mendapati sebuah Proton Wira terbabas menaiki bahu jalan sebelum melanggar pokok.

TEROBOH DULU - JAYA SUPERMARKET, PJ, KERJA2 DIBERHENTIKAN !



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini sudah mengarahkan semua kerja merobohkan bangunan Jaya Supermarket dihentikan serta merta bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk mencari punca berlakunya terjadi tragedi semalam yang mengorbankan dua nyawa.
Hanya kerja-kerja mencari dan menyelamat lima pekerja Indonesia yang masih hilang dibenarkan sehingga sebab kejadian tersebut dikenalpasti.
Keputusan ini sudah dibuat setelah unit kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) memberi taklimat di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pagi tadi.
MBPJ juga sudah diarahkan supaya memastikan jentera-jentera yang digunakan dalam kerja merobohkan bangunan tersebut tidak dibenarkan dibawa keluar. Pihak IKRAM sudah diberi masa selama satu minggu untuk menyampaikan laporan siasiatan pada hari Jumaat minggu hadapan dalam mesyuarat MTES.
Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan supaya pihak MBPJ dapat memastikan semua jenazah-jenazah mangsa diuruskan dengan baik mengikut adat serta agama masing-masing. MBPJ juga mungkin berurusan dengan semua kedutaan yang terlibat bagi memastikan semua sanak-saudara mangsa mengetahui status kejadian di samping mengeluarkan kenyataan memohon maaf serta ucapan takziah kepada semua mangsa.
Kawalan keselamatan juga sudah dilakukan di seluruh kawasan kejadian bangunan runtuh bagi memastikan keselamatan penduduk setempat. Risalah-risalah berhubung kejadian serta kaunter informasi mungkin didirikan di kawasan kejadian bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai serta keluarga mangsa yang terlibat berhubung kejadian.
Melalui taklimat mengenai kejadian runtuhan bangunan Jaya Supermarket hari ini, Kerajaan Negerimendapati terdapat kelemahan garis panduan yang serius dalam kerja-kerja merobohkan bangunan tersebut.
Kelemahan ini harus diperbetulkan secepat mungkin supaya tragedi ini tidak berulang dan rancangan pembangunan di Negeri Selangor tidak terganggu.
Terima Kasih.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

May 28, 2009

MAHFUZ: POTONG GAJI NAJIB RM10.00

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menempelak Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan 1 negara kerana berbohong kepada rakyat.
Najib, tegas Mahfuz, telah berbohong kepada rakyat bila sebelum ini membuat kenyataan negara tidak akan terkena tempias krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.
Dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat PAS kawasan Pokok Sena beliau mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Nazri Aziz mengusulkan kepada parlimen yang akan bersidang pada 15 Jun nanti supaya menghukum Najib dengan memotong gaji Perdana Menteri itu sebanyak RM10.00.
"Parlimen perlu menghukum Najib yang telah berbohong kepada rakyat mengenai keadaan ekonomi negara.
"Dato' Nazri yang menjaga hal ehwal parlimen perlu membawa usul tersebut bila Dewan Rakyat mula bersidang pada 15 Jun nanti," tegas Mahfuz.
Keadaan ekonomi negara kini berada ditahap kritikal bila Bank Negara mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menguncup sebanyak 6.2 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.
Malah, tegas Mahfuz, Perdana Menteri telah mengakui KDNK negara akan mengalami pengucupan sebanyak 4 hingga 5 peratus sepanjang tahun ini.
Sebelum ini Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), menjangkakan ekonomi negara akan mengalami kemelesetan teknikal.
Keadaan ini jelas beliau membuktikan slogan Satu Malaysia Najib gagal kerana pencapaian negara telah meleset.
Mahfuz juga mendesak supaya kerajaan menyediakan satu kertas putih untuk dibahaskan di Parlimen mengenai keadaan ekonomi negara kerana apa yang dijelas oleh Najib hari ini tidak dibahaskan secara khusus.
Mengulas kenyataan Najib yang mengatakan KDNK negara akan mengalami peningkatan pada suku terakhir tahun ini, Mahfuz menegaskan perkara tersebut mustahil akan berlaku.
"Bagaimana ia akan pulih jika suka pertama dan kedua sudah mengalami pengucupan yang teruk?" soal Mahfuz.
Mahfuz juga bersetuju jika ada cadangan supaya menteri kewangan ditukar.
Beliau menegaskan perlunya seorang menteri kewangan yang bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan pihak lain.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan agar tidak mengharapkan ekonomi dunia pulih sebaliknya perlu berusaha sendiri bagi mengatasi masalah ini. - mns_ -->

TRANSKRIP KAK MIN ! ... BOLEH PERCAYA KE?

BUTTERWORTH: An audio recording purportedly a conversation between Independent candidate Aminah Abdullah and PKR supreme council member Cheah Kah Peng and Peter Lim Eng Nam, revealed there were mentions of a Deputy Chief Minister 1’s post and council president’s post being offered.
However, the post of DCM I was offered if the PKR candidate Mansor Othman was disqualified on nomination Day.
“Kalau Mansor hilang layak, Kak Nah akan disokong penuh oleh PKR untuk lawan, menang kerusi itu, jadi TKM. Itu peluang nipis, tetapi kena kira juga. Malik (state exco member Abdul Malik Abul Kassim) and Maktar (Sungai Bakap state assemblyman Maktar Shapee) tak boleh jadi TKM. (If Mansor is disqualified, Kak Nah will get full support of PKR to fight, win the seat and become DCM. That is a small possibility but must be considered. Both Malik and Mohtar cannot become Deputy Chief Minister.),” the duo allegedly were heard saying this during the conversation involving Aminah and her husband, Mohd Rofi over a friendly discussion lasting more than three hours at her house on May 13. Their conversation was purportedly recorded on a cd.
The second offer of the Seberang Prai Municipal Council president’s post apparently would only materialise, if she withdrew from the contest and rejoined the party and sided with the state PKR leaders and Mansor in their quest to oust Penang PKR leader Datuk Zahrain Mohamed Hashim.
Kalau terima counter offer, MPSP YDP siapa lagi? Kita pi rebut itu jawatan untuk Kak Nah, they said. (If the counter offer is accept, who else will become Seberang Prai Municipal Council president? We will go and grab the post for the Kak Nah).
There were also mention of compensation of RM8,000 if Aminah had to forfeit her deposit in the event she had to withdraw from the contest within three days of the nomination day.
The conversation involving Aminah, her husband Mohd Rofi and two other men also touched on the RM80,000 compensation offer either by Mansor or the party for the by-election.
As they discussed, they had lunch. There were sounds of cock crowing in the background and motorcycles passing by. It was also raining quite heavily at the time.
They also talked about two pretty Chinese newspaper reporters, one of whom who got married recently.
The following are the excerpts of the conversation:
One of the two PKR leaders tells Aminah he wanted to provoke Zahrain:
Datuk Zahrain, saya dengar you dan orang you nak biar Dr Mansor kalah ataupun u nak bertanding di Penanti. Joking lah. Orang kata you macam itu. Tak ada lah (quoting Datuk Zahrain). Bukan saya nak buat Mansor.. adalah Malik. Dia pi cakap kepada Lim Guan Eng ada orang lain mahu tanding, takmahu bagi Mansor tanding.
One of them say: Dr Mansor bagus, tetapi slow...dia lemah, lemah lah Dr Mansor ada bagi tahu saya, mungkin ada tengah orang yang mahu kerajaan Pulau Pinang yang lebih tulus (clean),
Memang tak ada dalam pimpinan Melayu, memang tak ada orang nak lawan Zahrain.
Mohd Rofi: Tak ada orang nak lawan Zahrain, tak ada orang. Kita orang sahaja. (laughter) lebih layak ialah Dr Mansor
One of them say: Kita datang sini bukan untuk bincang Kak Nan boleh menang Mansor tetapi buat analysis bersama. Rugi segi tenaga dan impak kita.
Keputusan akhir kita mahu bagi ajaran kepada PKR negeri Pulau Pinang. Ada satu kumpulan tulin dalam parti, kita terima juga dan bawa perubahan, kita mahu boleh bawa perubahan. Tetapi kalau kak tewas dengan tak cantik, itu pun perubahan dalam parti juga.
Kita cadang macam ini. Kita itu hari cadang kepada Tian Chua and Kah Peng, Tian Chua sokong dan terima. Kita bincang sahaja. Makin hari makin image kak tingkat saat akhir,Kak tarik diri dan beri peluang (Kak Min) wish, goodwill kepada Dr Mansor semoga dia berjaya di pilihan kecil ini, bagi teguran buat baik-baik,jangan lembut-lembut (Kak Mins husband)
Kalau you calun, BN ada calun, mungkin ada calun bebas..last minute Kak Aminah bagi teguran kepada Mansor dan undur Kita akan buat statement you undur diri untuk kepentingan (inaudible) dapat tepukan daripada akar ubi PKR and seluruh penyokong PKR, rakyat PP timing mesti cantik kalau terima package ini.
Lepas itu, lepas kemenangan Dr Mansor buat counter offer balik ke pangkuan PKR, Kak Nah balik punya time macam satu pemimpin memihak kepada Dr Mansor, gang kita, menentang Zahrain
Aminah: Bagaimana kita nak menentang Zahrain. Lim and Kah Peng say: Boleh, boleh, ada plan
Aminah: You tahu kah Anwar Ibrahim sayang sangat dia.
They said: Kita tahu tetapi perlembagaan kita akan bertukar bulan enam ini dimana kita nak tambah satu clause yang menyatakan ketua negeri dimasa depan akan dilantik tetapi mesti disokong oleh majority kebahagian kita control bahagian.
Aminah also then asked to return to PKR to attack from within.
Orang kuat seperti Umno kita dapat tewaskan. Apatah Kah Nah calun bebas, tak ada apa-apa kesan. You kena masuk dalam parti impact dalam, baru dia rasa, kita kerjasama, Kita satu kumpulan, tak mahu orang ambil kesempatan, kita halau keluar..kalau Anwar Ibrahim pun kita boleh marah dan serang dia juga. Kalau kita mahu jatuhkan orang, lebih senang dari di dalam.
They then discussed about chances of Barisan not contesting in Penanti and the possibility of Mansor winning without contest if Barisan, PAS and Aminah withdraw and whether for Aminah to withdraw before or after nomination and that she would lose the deposit then.
One of the two say: Tak apa, itu kita minta parti bagi balik RM8,000 kena bayar, Mohd Rofi quips : RM8 juta (laughter).
They also talk about Aminah going into the contest as insurance in case Mansor is disqualified.
Kalau Mansor hilang layak, Kak Nan akan di sokong penuh oleh PKR untuk lawan, menang kerusi itu, jadi TKM. ..itu peluang nipis, tetapi kena kira juga. Malik and Mohtar cannot possibly be TKM.
Aminah: Mansor itu baik orang, tetapi dia tak cakap banyak, dia punya pr kurang, lagi mahu senyum pun susah Kah Peng: Kalau terima counter offer, MPSP YDP siapa lagi? Kita pi rebut itu jawatan untuk kak Nah.
Aminah: Kah Nan survey juga. Dia orang cakap, apa lah image PKR, sudah taruh Fairus, sekarang bagi dia jatuh pula, ini mahu taruh Dr Mansor, ini siapa orang, kita orang tak kenal.
Kah Peng: Selepas penamaan tengok lah. Kalau one to one, kalau peluang pihak ke Aminah, Aminah terus lawan, kalau peluang u 34-40 sahaja, dia 60, lebih baik, bagi dia, tak payah..dia jimat duit, dia bagi gantirugi kepada pihak kita tetapi persetujuan mesti dibuat sebelum penamaan
Kah Peng: Kalau OK, kita bincang dengan Dr Mansor. Berapa yang you belanjakan di bayar oleh Dr Mansor atau party.
Mohd Rofi: Kita ada bukti. Kita rakamkan masa perhubungan negeri. You pun tak tahu. Kita rakam empat benda.
Kah Peng said even if there is agreement, Aminah must start with her campaign like operations room, banner
Mohd Rofi: Kita semua ada. Kita mahu angkat (symbol) kunci,
Kah Peng: Bila ada persetujuan, berapa yang kamu belanja Dr Mansor atau party akan bayar balik.
When asked about the budget, Mohd Rofi then tells him that they so far spent RM80,000.
They also talk about two possible by-elections in Kedah, about Anwar allegedly offering Fairus the DPM post and their plan to fight Zahrain.

May 26, 2009

Wanita PKR mendekati golongan miskin, OKU di Bandar Tasik Puteri-Rawang





Kak Ann (Norsham Abu Samah), Naib Ketua Wanita PKR Pusat telah membuat satu program bersama Wanita PKR JDM Bandar Tasik Puteri pada 26 Mei Selasa jam 9 mlm dengan memberikan sumbangan keperluan harian kepada lima orang penerima dari sekitar DUN Kuang dan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Program ziarah dari rumah ke rumah itu telah membuktikan bahawa walaupun Wanita PKR sibuk di Piliharaya Kecil di Penanti, masih ada keprihatinan Wanita PKR untuk terus berbakti tanpa mengira masa. Kunjungan prihatin ini akan di jadikan satu aktiviti bulanan bagi kawasan JDM Bdr Tasik Puteri ini. Turut sama dalam program ziarah tersebut adalah Pn Noor, Ketua Wanita JDM Bdr Tasi Puteri, Pn Aida, dan disertai bersama oleh Pak Wan Jusoh, Sdr Zulrosdi, dan Sdr Jiman.

Taktik jahat Umno , melalui calon bebas ...??


Semalam tiba - tiba nampak banyak banner seorang calon bebas di PRK Penanti 2009. Entah bila dan siapa gantung tak tahu tiba - tiba banyak je nampak.... nampaknya banyak juga perbelanjaan seorang calon bebas ini. Tapi banyak tempat sebelah banner beliau tergantung banner fitnah DSAI.Kerana banner 'sampingan' itu tidak punya logo maka banner tersebut dikutip oleh petugas PAKATAN. sila klik sini untuk lihat banner yang dikutip.Mengikut laporan ada juga banner yang bersifat perkauman seperti "Jangan Undi Keadilan untuk membebaskan Pulau Pinang dari cina" dan "Orang cina sokong Mansor kerana PAS dan KEADILAN alat cina".Kepada petugas harus lebih hati - hati. Puak psywar Umno dah mula buat kerja. Mereka takut nak bertanding tetapi hanya berani untuk menfitnah. Maka betullah telahan cheGuBard dalam posting lepas. Sila klik sini untuk baca lanjut.

May 25, 2009

HUSAM MUSA: DUN PERAK DIBUBAR MINGGU INI

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tetap yakin Dun Perak akan dibubarkan segera selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menang kesnya di Mahkamah Rayuan baru-baru ini. "Saya telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini (Jumaat 22 Mei)."Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dun Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini," tulis beliau dalam blognya. Bagi Husam, keputusan Mahkamah Rayuan memberikan implikasi besar kepada perundangan di negara ini.
"Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di Dun yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.Sistem perundangan di Malaysia ini semakin kotor decemari akibat mainan politik oleh pihak yang tidak bertanggup jawab. Dan sebilangan besar rakyat Malaysia telah celik politik dan mereka telah peka akan setiap tindakan mainan kotor oleh pihak yang tidak bertanggup jawab tersebut. Semoga Allah melindungi orang-orang yang benar.
WALLAHUALAM

T.Murugiah ikut Zamry menjadi Presiden PPP !

Kayveas: It's not a proper election The dissident members of the PPP also elected former supreme council member Senator Datuk T. Murugiah as party president.Chiding the dissidents' action as "a cartoon show" and an attempt by Murugiah to become an "Idi Amin in his own territory", Kayveas said the gathering was illegal and had no connection to PPP.He said the police permit obtained for the gathering was taken under the pretext of a meeting between the people and Murugiah, who is a deputy minister in the Prime Minister's Department"Ninety-nine per cent of those who attended were non-members. How can you vote for an expelled member?" Kayveas said he had lodged three police reports since Friday. "These people even used my name, saying I was going to give a speech there."You need a proper election to vote, not create a crowd and call it an extraordinary general meeting."Federal Territory and Johor PPP chiefs too criticised Murugiah over his "appointment".A. Chandrakumanan, the PPP chief here, said Murugiah used his government post to get Indians and party members to attend his gathering."He took out newspaper advertisements in the Tamil papers, inviting people to attend a gathering. He then turned it into a so-called extraordinary general meeting," he said.Johor PPP chief Dr K. D. Siva laughed at Murugiah's election as president."All 600 of us (Johor PPP delegates) are here, so how can he be elected?" The Johor PPP held its annual general meeting yesterday.

T.Murugiah ikut Zamry menjadi Presiden PPP !

Kayveas: It's not a proper election The dissident members of the PPP also elected former supreme council member Senator Datuk T. Murugiah as party president.Chiding the dissidents' action as "a cartoon show" and an attempt by Murugiah to become an "Idi Amin in his own territory", Kayveas said the gathering was illegal and had no connection to PPP.He said the police permit obtained for the gathering was taken under the pretext of a meeting between the people and Murugiah, who is a deputy minister in the Prime Minister's Department"Ninety-nine per cent of those who attended were non-members. How can you vote for an expelled member?" Kayveas said he had lodged three police reports since Friday. "These people even used my name, saying I was going to give a speech there."You need a proper election to vote, not create a crowd and call it an extraordinary general meeting."Federal Territory and Johor PPP chiefs too criticised Murugiah over his "appointment".A. Chandrakumanan, the PPP chief here, said Murugiah used his government post to get Indians and party members to attend his gathering."He took out newspaper advertisements in the Tamil papers, inviting people to attend a gathering. He then turned it into a so-called extraordinary general meeting," he said.Johor PPP chief Dr K. D. Siva laughed at Murugiah's election as president."All 600 of us (Johor PPP delegates) are here, so how can he be elected?" The Johor PPP held its annual general meeting yesterday.

May 23, 2009

DS NIZAR DAN SIVAKUMAR AKAN BERPUASA SEHINGGA DUN PERAK BUBAR

The opposition coalition, Pakatan Rakyat (PR), in Perak will hold a hunger strike for three days beginning Tuesday to urge for the dissolution of the State Legislative Assembly as a solution to the political crisis in the state.
Perak DAP secretary, Nga Kor Ming said the 72-hour hunger strike would begin as soon as it was launched by former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin together with former State Assembly speaker, V Sivakumar. - Bernama

Penanti: SPR umum pertandingan 2 penjuru! PKR lawan Bebas..


KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) -Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti akan ditandingi oleh 4 calon.
Calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman akan menentang calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris.
Semua calon kini boleh berkempen sehingga jam 12 tengah malam, 30 Mei nanti.
Sementara itu, calon-calon Bebas akan menggunakan simbol 'Kunci' untuk Aminah, Nai (Wau) dan Kamarul (Payung) sepanjang pilihan raya ini.
Berita perkembangan dan liputan Penamaan Calon Dun Penanti sejak pagi tadi
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti baru selesai sebentar tadi. Berikut adalah laporan lintas langsung daripada wartawan Wan Nordin, Azamin Amin, Sabri Said dan Izwan Abdul Halim yang memaklumkan setiap perkembangan yang berlaku di Dewan Semarak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Berapit, Bukit Mertajam,Penanti sejak pagi tadi.
11.55 pagi: Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya,Roslan Yahaya, mengesahkan calon Bebas,Mohd Saberi Othman dibatalkan pencalonannya.
11.15 pagi: Tempoh bantahan telah tamat pada jam 11 pagi tadi dan Pegawai SPR, Roslan Yahaya akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
10.00 pagi: Masa pencalonan telah ditutup dan masa bantahan bermula selama sejam sehingga jam 11 pagi nanti. Jika tiada bantahan, maka PRK Dun Penanti akan menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara 4 calon bebas dengan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman.
9.55 pagi: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Momammad Nizar Jamaluddin tiba di kawasan pencalonan. Para penyokong yang terdiri daripada lebih 4,000 orang bersorak menyambut kehadirannya.
Ada yang berteriak 'Bubar Dun' dan 'Bubar Perak'. Nizar yang melambai tangan dan bersalaman bersama para penyokong meminta semua bersabar dan berkata, perjuangan masih belum berakhir dan kini pihaknya sedang membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah semalam.
9.50 pagi: Sehingga kini seramai 5 calon termasuk calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah; Nai Khan Ari; Khairul Romizu Idris; Mohd Saberi Othman dan calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding dalam PRK ini.
Tempoh pencalonan akan berakhir jam 10 pagi nanti dan dijangka bilangan yang bertanding adalah seramai 5 orang termasuk calon daripada Pakatan Rakyat.
9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemimpin veteran DAP tiba di kawasan pencalonan untuk memberikan sokongan.
9.15 pagi: Bebas pemimpin Gerakan,Nai Khan Ari menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas.
9.10 pagi: Seorang calon bebas, Khairul Romizu Idris yang juga bekas calon bebas PRK Parlimen Bukit Gantang tiba di Pusat Penamaan Calon IKBN sebentar tadi. Dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang beliau tewas dan telah hilang wang pertaruhan.
9.05 pagi: Calon Bebas, Mohd Saberi Othman memasuki IKBN untuk serahkan borang pencalonan.
9.02 pagi pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman masuk ke dewan untuk serah borang sebagai calon Pakatan Rakyat.
9.00 pagi: Calon Bebas, Aminah ABdullah masuki dewan untuk serah borang pencalonan.
8.55 pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman dilihat memasuki kawasan perkarangan Dewan IKBN dengan diiringi para pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin.
8.50 pagi: Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di luar Dewan IKBN.
8.45 pagi: Perarakan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman telah bermula seawal jam 8.30 pagi tadi dengan diiringi selebih 4,000 penyokong daripada KeADILan, PAS dan DAP.
Para penyokong Pakatan Rakyat kelihatan masih terus memenuhi ruangan kawasan yang diperuntukkan untuk Pakatan Rakyat.
Dr Mansor telah memasuki tempat penamaan calon iaitu Dewan Semarak, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Penati jam 8.40 pagi tadi.
Turut kelihatan pemimpim Pakatan Rakyat di kawasan penamaan calon adalah, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat, Haji Anuar Tahir dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Pihak polis telah membuat beberapa sekatan terutamanya untuk penyokong Pakatan Rakyat apabila sekatan sejauh 300 meter sehingga menyebabkan para penyokong terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk ke kawasan perhimpunan. Tetapi bagi calon bebas, sekatan dibuat berdekatan dengan kawasan dewan pencalonan.
8.20 pagi: Calon Bebas, Nai Ari Khan tiba di pusat penamaan calon.
8.00 pagi: Suasana terkawal dan lengang. Pihak polis ditempatkan bagi mengawal keadaan sekitar IKBN.
7.45 pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Mansor Othman tiba di pusat penamaan calon. Beliau masih menunggu kehadiran penyokong parti lain dari jarak 300 meter dari kawasan penamaan.
7.40 pagi: Calon Bebas, Aminah Abdullah tiba di pusat penamaan calon di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam bersama suami dan tiga anaknya. - mks.

May 22, 2009

Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah

PUTRAJAYA, 22 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry. Iklan
Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.
Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.
Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan.
Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.
"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya.
Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.
"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.
"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.
Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.
Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.
"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.
Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.
"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.
Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.
"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.
Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.
Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.
"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.
Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.
"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.
"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.
"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.
Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi kedua dua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).

"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.

Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.

"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.

"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.

Terdahulu sebelum persidangan bermula, barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.
Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.
Isu perundangan melibatkan Zambry dan Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar selepas BN mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.

Satu Lagi PRK di Kelantan :ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia

22/05/2009 10:49am
KOTA BAHARU 22 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.
Beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.
Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.
Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.
Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.
Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. - Bernama

May 21, 2009

ESOK PENENTU HALAL KAH DR ZAMRY UTK JADI MB HARAM PERAK

PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.
Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.
Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.
Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.
Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut
Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.
Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.
Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop.

KES DS ANWAR PADA 30 JULAI DEPAN

PUTRAJAYA, 21 Mei (SK) - Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini telah menangguhkan pendengaran rayuan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 ke 30 Julai depan.
Hakim membuat keputusan untuk mendegar rayuan Anwar untuk mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan.
Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad telah memecat Anwar atas fakta yang diberikan beliau mempunyai kuasa mutlak kerana Perdana Menteri yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat.
Bagaimanapun Anwar memfailkan saman terhadap Tun Mahathir berdasarkan pemecatan itu berlawanan dengan prosedur.

May 20, 2009

DS NIZAR TERUSKAN KERJA MB PERAK

IPOH – Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan beliau meneruskan kerja sebagai Menteri Besar sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu. Menurutnya, walaupun kedudukannya sebagai MB ditangguhkan Mahkamah Rayuan, tetapi atas rasa tanggungjawab kepada rakyat, beliau mengambil inisiatif turun padang melihat serta menyelesaikan segala permasalahan timbul di kalangan mereka. “Dalam masa sama, lawatan ke kampung dan pasar awam adalah untuk menyatakan perkembangan semasa mengenai status krisis politik berlaku sekarang. “Ramai masyarakat kampung keliru dengan keadaan sekarang, sebab itulah saya cuba mendekati mereka menjelaskan keadaan sebenar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Nizar berkata, masyarakat keliru dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang begitu cepat membuat keputusan terhadap rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengenai keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau (Nizar) sebagai MB sah. “Bagaimanapun jika Mahkamah Tinggi memutuskan keputusan tidak menyebelahinya, saya akur keputusan berkenaan dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berharap Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Barisan Nasional (BN) dapat memahami kehendak rakyat bubar Dewan Undangan Negeri. “Saya akan tunggu dan lihat apa tindakan diambil Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyelesaikan kemelut ini,” katanya. :Beliau berkata, kepada mana-mana pihak berkena:an, jangan selalu mempermaiisu institusi beraja dalam mempengaruhi masyarakat: :Menurutnya, selesaikan dengan cara terbaik dan buktikan UMNO dan BN bertindak adil serta mengu:tamakan rakyat sebagaimana slogan diuar-uarkan Perdana Menteri Malaysia, ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan’.: :Sinar Harian cuba mendapat komen Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengenai status kedua-dua belah pihak. :Bagaimanapun, Setiausaha akhbarnya, Mohd Nizam Isa berkata, Dr Zambry enggan memberi seberang kenyataan kerana ingin melihat dahulu keputusan Mahkamah Tinggi.

ADUN BATANG KALI DAN KHIR TOYO WAJAR DIGANTUNG DARI SIDANG DUN SELANGOR

SHAH ALAM, 19 Mei - Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini mencadangkan agar Bekas Menteri Besar, Dr Seri Mohamad Khir Toyo digantung dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri selama setahun selepas didapati bersalah kerana gagal menghadirkan diri pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Mac lalu.

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim ketika mengumumkan penggantungan Dato' Seri Dr Khir Toyo di Shah Alam. - AHMAD FADHLI YAHYA
Demikian kata pengerusi jawatankuasa itu, Teng Chang Kim ketika mengumumkan perkara itu di bangunan DUN Selangor, di sini, petang tadi.
Menurutnya, selain Dr Khir yang juga Adun Sungai Panjang, empat Adun lain iaitu Adun Dengkil, Dato’ Marsum Pasing, Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim , Adun Hulu Bernam, Dato’ Mohamed Idris Abu Bakar dan Adun Sabak Bernam, Dato Warno Dogol turut bersalah kerana mengeluarkan kenyataan yang menyentuh integriti Selcat.
“Jawatankuasa secara majoriti mendapati keempat-empat adun ini juga bersalah kerana menghina Dewan di bawah Enakmen Penghinaan DUN Selangor 2008.
Dan mereka juga bakal menerima hukuman sama tapi untuk tempoh enam bulan iaitu elaun dan kemudahan sebagai Adun dibekukan sepanjang tempoh tersebut,” katanya cadangan penggantungan kelima-lima Adun itu tertakluk kepada usul yang bakal dibawa kepada Dun Selangor yang dijangka bersidang Julai ini.
Sementara itu, Dr Khir juga menghadapi tiga pertuduhan lain, didakwa mengikut Seksyen 70, Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh integriti Selcat melalui kenyataan di akhbar serta laman blognya.
“Bagi setiap satu pertuduhan ini, beliau akan berdepan dengan hukuman digantung perkhidmatan dewan selama enam bulan sementara elaun dan kemudahannya dibekukan sepanjang tempoh itu,” katanya hukuman yang dikenakan ke atas kelima -lima Adun dari Barisan Nasional itu berasaskan kepada buku rujukan parlimen edisi terkini berjudul “Erskine May Parlimentary Practice” (Jilid 23).
Dalam perkembangan yang sama juga, Teng berkata Dun telah membuat laporan polis berhubung kes isteri Dr Khir, Datin Seri Zaharah Kechik berikutan kegagalannya menghadiri sesi pendengaran Selcat.
“Bagi kes Datin Zaharah, pihak polis telah memanggil Setiausaha Dewan untuk diambil percakapan, selain memberikan beberapa dokumen atas permintaan,” katanya.

May 18, 2009

Kesah Seorang Polis di Malaysia dan Pemandu Kereta

Akhirnya Pondok Panas dibenarkan Di Penanti - SPR


PENANTI [7.30 am] - Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli (foto) menyeru semua jentera PAS seluruh negara berkampung di Dewan Undangan Negeri N12 Penanti untuk membantu calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman selepas hari penamaan calon pada 23 Mei ini. Beliau ketika berceramah bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim di Kampung Tok Elong menambah, semangat juang yang tinggi amat penting diterjemahkan oleh semua gabungan parti dalam Pakatan Rakyat untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat tidak mustahil boleh jadi pemerintah lebih baik daripada BN Mengenai pondok panas pula ,baru-baru ini SPR dikatakan menghalang penubuhan pondok panas kerana mereka berpendapat bahawa ianya tidak perlu. Dulu sewaktu Umno bermaharajalela pondok panas inilah yang menjadi medan terakhir mereka menunjukkan keperkasaan mereka dalam pilihanraya sehingakan kita dalam PAS dan DAP waktu itu rasa terpencil dan begitu kecil, tetapi setelah keadaan berubah, SPR cuba pula untuk menghalang penubuhan pondok panas kononnya ianya mengganggu proses pilihan raya. "Setelah bernbincang SPR kini setuju pula membenarkan pondok panas tetapi tak boleh iklan gambar calon," kata Dr Hatta.

May 17, 2009

Dun Perak bubar Isnin?

Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu.Menurut sumber pengumuman itu ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu.“Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.“Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut,” sumber memberitahu TV Antara.Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu.Pada PRU ke 12, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi sementara BN pula mendapat 28 kerusi.Perbuatan BN memujuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar daripada gagasan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas telah mencetuskan krisis politik yang paling buruk dalam sejarah moden Perak yang turut mengheret institusi raja, badan-badan kehakiman dan legislatif.Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN.Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara Pakatan Rakyat dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak.Beliau juga berkata isu sama ada DUN Perak akan dibubarkan atau tidak kini terletak ditangan Sultan.Walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat pula atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan.Ini kerana menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya kedurjanaan politik.Walaupun menurut perlembagaan pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar namum pensyarah undang-undang Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan mempunyai kuasa khas yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan.“Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan baginda Sultan boleh menggunakan “reserve power” baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada Menteri Besar apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai dua penyandang jawatan,” Prof Aziz berkata.
@http://www.tvantara.com

Media UMNO/BN Kata Najib Perlu Bubarkan DUN dan Pilihanraya Perlu Diadakan Di Perak!!

Dua hari lepas, DS Najib PM Satu Malaysia telah menobatkan dirinya sebagai PM Rakyat. Antara lain beliau mendefinisikan PM Rakyat sebagai PM yang dapat merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara rakyat. Dengan kata-kata lain, Najib berjanji untuk melaksanakan apa kehendak rakyat.Antara topik popular yang dibincangkan rakyat kini tidak kira di kedai kopi, di warung teh tarik, di kopitiam, di ruang menunggu pesakit hospital, di rumah kenduri, di surau dan masjid malah ketika menziarahi mayat ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Rata-rata berkata: bubarkan DUN, kembalikan hak kepada rakyat memilih kerajaan yang sah.Tapi tentu Najib PM Satu Malaysia dan barisan kabinetnya kata itu cakap tepi jalan, mana boleh pakai.
O.k, kalau begitu, kita lihat pula cakap tidak tepi jalan, cakap dalam rumah, cakap yang sedikit boleh dipertanggung jawabkan. Kita lihat pula undian di dalam media kita mengenai isu yang sama. Tapi jangan ambil undian dari media alternatif, dari blog pro-PR. Kalau ambil dari situ, pasti keputusannya sudah boleh dibaca, sudah boleh diramal.
Jadi kita ambil undian dalam media pro-BN. Dan lihatlah keputusannya di sini:

Keputusan Undian SMS Dalam NTV7 (Edisi Bahasa Inggeris) Jam 8.00 Malam 14.5.2009
Pilihanraya baru diadakan di Perak bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak
Ya: 99%
Tidak: 1%

Keputusan undian Berita Harian Online pada hari ini (16.5.2009)
Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?
Ya 87.7%
Tidak 10.6%
Berkecuali 1.7%

Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)
Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir 34.2%
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 65.8%

Najib sudah mengisytiharkan dia adalah PM Rakyat yang akan merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara hati rakyat. Dan tinjauan pendapat di atas adalah salah satu dari suara hati rakyat. Suara hati rakyat yang meminta DUN Perak dibubarkan. Suara hati rakyat yang lebih meyakini Nizar dari Zambry sebagai Menteri Besar.Apa lagi yang Najib tunggu?

Buktikan anda adalah PM Rakyat sebagaimana yang anda sendiri mengisytiharkannya!! Nasihatkan Sultan Perak untuk bubarkan DUN!!!! -
@ pendikargunungkriang/Greenboc

May 16, 2009

Mangsa ke2 - Influenza/virus khinzir !

PUTRAJAYA: A second Malaysian has been confirmed with the Influenza A (H1N1) virus at the Penang Hospital, said Health Ministry deputy director-general Datuk Dr Ramlee Rahmat.
The patient, a woman, was admitted to the Penang Hospital on Friday and the results were confirmed this morning, he told reporters at the ministry here.
Dr Ramlee said she was a friend of the first patient who was confirmed with the virus at the Sungai Buloh Hospital on Friday, adding that she was also on the same flight as him from the United States.

May 15, 2009

Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.
Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:
Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)
Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO @Tulang Besi

SILAP MATA POLITIK NAJIB DAPAT DIBACA LAGI - NAJIB MAIN POLITIK

Najib main politik lagi. Kali ini beliau meletakkan dua sasaran untuk menepis serangan politik yang ditujukan kepadanya. Yang pertama, Najib cuba mengalihkan tekanan yang dihadapinya dengan menyatakan beliau dan Barisan Nasional yang dipimpinnya tidak ada halangan untuk berbincang dengan Pakatan Rakyat berhubung cara terbaik menyelesaikan kemelut politik Perak.Kedua, Najib bertindak lebih berani lagi. Penyelesaian mutlak krisis politik Perak terletak di tangan Sultan Perak katanya. Beliau menegaskan hanya Sultan yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri itu dan melorongkan laluan supaya pilihanraya negeri diadakan.Dalam langkah pertama, Najib mahu mengalihkan perhatian rakyat dan dunia bahawa beliau luhur dan ikhlas menangani krisis politik Perak. Beliau berjiwa besar dan sedia berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.Tujuan beliau berbuat demikian adalah jelas. Najib mahu rakyat tahu bahawa beliau tidak gentar menghadapi cabaran Pakatan Rakyat. Malah sebaliknya Najib mahu memberi isyarat bahawa jika kemelut politik Perak tidak boleh diselesaikan dengan baik dan sopan itu adalah kerana Pakatan Rakyat “tidak mahu atau keberatan” untuk meleraikannya secara bertamadun dan ikhlas.Langkah politik ini dangkal. Beliau berharap Pakatan Rakyat menolak pelawaan yang bersalut syarat yang tidak munasabah itu,. Najib berkata, perbincangan boleh diadakan dengan Pakatan Rakyat jika pihak lawannya itu bersetuju untuk saling hormat menghormati dan akur kepada undang-undang dan sempadannya.Amat jelas itu pelawaan Najib tidak ikhlas. Jika ingin berbincang, tidak perlu memberi syarat pihak saingan harus bersopan dan bertamadun. Ini kerana memang satu hakikat dan menjadi lumrah bahawa perbincangan hanya akan berlaku apabila adalah kesediaan untuk bersikap terbuka dan bersantun.Apa sebenarnya yang cuba dilakukan Najib ialah mencabar Pakatan Rakyat.
Dalam perkataan lain Najib mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memang tidak bertamadun dan bersopan santun serta tidak menghormati undang-undang. Bagaimanapun jika kalian ingin duduk semeja dan berbincang dengan Barisan Nasional kalian perlu bertamadun dan hormati undang-undang!Ini bukan pelawaan tapi herdikan politik! Pada permukaannya, Najib dengan digilap oleh media arus perdananya cuba menonjolkan imej seorang negarawan yang lebih mementingkan kesejahteraan rakyat. Bagaimanapun syarat yang diberikannya sebenarnya mendedahkan kesumat yang bersarang di hatinya.Najib berharap dengan kenyataan itu, Pakatan Rakyat akan segera menolak usulnya kerana marah dengan sindiran Najib bahawa mereka kurang bertamadun. Sifir politik Najib terlalu mudah untuk menjadi umpan agar rakyat marah dan “meluat” terhadap keengganan Pakatan Rakyat bekerjasama menyelesaikan isu politik Perak.
Selepas perbincangan segera di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim yang memang sudah maklum tahap pemikiran politik Najib, menyambut pelawaan Najib itu dengan meminta Perdana Menteri selama 41 hari itu menentukan bila dan di mana mesyuarat keamanan itu hendak diadakan.Bagi Anwar membaca Najib tidak sukar. Oleh kerana keterbatasan pengalamannya memimpin, Najib yang selama ini “diampu dan dibelai” kerjaya politiknya oleh individu yang banyak terhutang budi kepada Allahyarham bapanya dan juga “pembodek” profesional, akan pasti mengambil langkah cetek seperti ini. Sekarang Najib perlu nyatakan bila dan di mana.
Persoalannya sanggupkah beliau menghadapi kelibat Anwar, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan barisan pemimpin muda berkaliber besar dalam saf Pakatan Rakyat?Jika kilasan politik Pakatan Rakyat tidak cukup menjerat nafas politik Najib, strategi keduanya untuk mengalihkan tanggungjawab menentukan penyelesaian berkekalan krisis politik Perak ke bahu Sultan, nampaknya lebih menjerut imej dan juga nilai kepemimpinan Najib. Dalam hal ini semua pemerhati politik faham hanya Sultan berkuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri. Jadi jika atas perkiraan apa jua, Sultan tidak mahu berbuat demikian, itu bukan salah Najib dan Barisan Nasional. Lantas, strategi Najib seterusnya ialah meyakinkan Sultan agar tidak usah bubar dewan!Apakah Najib berfikir rakyat tidak ingat bagaimana Sultan boleh bersetuju melantik Zambry Kader sebagai Menteri Besar dan pada masa yang sama mengenepikan hakikat bahawa Menteri Besar yang sedia ada, Nizar Jamaladdin belum dan tidak meletak jawatan, selepas diberi “nasihat” oleh Najib?
Congakan Najib ialah jika Dewan tidak dibubarkan ia adalah kerana Sultan. Biarlah rakyat marah pada Sultan asalkan kemarahan itu tidak disasarkan kepada dirinya dan Barisan Nasional.Apa yang Najib tidak sedar kesilapan yang dilakukannya ialah, dengan mengatakan hanya Sultan yang berkuasa membubarkan Dewan, beliau sebenarnya sudah mengaku bahawa penyelesaian krisis Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Cuma dalam premis pemikiran politiknya ialah, biarlah rakyat salahkan Sultan kerana tidak mahu menyelesaikan krisis ini. Yang tidak mahu bubar Dewan Undangan Negeri bukan beliau dan Barisan Nasional. Maka, Najib berharap tidak timbullah persoalan beliau takut memimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri Perak walaupun mentor politiknya, Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan bahawa Barisan Nasional akan kalah dalam pilihanraya negeri!Jika Najib jujur dan yakin beliau tidak gentar dengan Pakatan Rakyat, beliau harus membuat kenyataan terbuka untuk menyokong usul dan sembah Nizar (yang memang sudah rasmi diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi sebagai Menteri Besar yang sah) kepada Sultan supaya membubarkan Dewan.Demi kebaikan kerjaya politiknya, Najib tidak perlu berselindung di sebalik singgahsana Sultan untuk mengalih pandangan rakyat kepada isu sebenar. Najib tidak harus menunggu hingga rakyat bangkit mencari siapa petualang yang menyorok di istana untuk mengkucar-kacirkan kehidupan mereka di Perak Darul Ridzuan. Apabila itu berlaku tidak ada manisnya berpolitik. -- TVA

Anwar cadang serah kuasa kepada rakyat, Tun M tidak mahu, BN akan kalah



SINAR HARIAN 15 MEI 2009: SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemelut politik yang berlarutan di Perak tidak boleh diselesaikan melalui tindakan perundangan di mahkamah. Menurutnya, dalam keadaan ini, jalan penyelesaian yang ada ialah menyerahkan kembali kuasa penentu kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang sepatutnya mentadbir negeri tersebut. “Selesaikan segera kemelut politik perak yang berlarutan sekian lama. Penyelesaiannya bukan di istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang harus menentukannya," katanya dalam blog rasminya, semalam. Beliau berkata demikian sebagai reaksi ke atas kemelut politik yang berlaku antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) apabila jawatan menteri besar saling berganti disandang oleh wakil kedua-dua belah pihak. Menurutnya, perkara tersebut telah disentuhnya semasa menghadiri majlis anjuran DAP yang turut dihadiri penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sehubungan itu, Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihan raya bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan itu. “Saya cabar Datuk Seri Najib untuk mengadakan pilihan raya di Perak, mengapa takut dan gentar dengan suara rakyat? Selama ini mereka terus memperalatkan media memutarkan fakta mengikut versi mereka,” katanya.
Menurutnya, penyelesaian masalah negara tidak akan tercapai dengan hanya menggantikan slogan tetapi harus mengubah dasar yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat. Katanya, dalam keadaan kini, negara memerlukan pemerintah yang mempunyai dasar menjana kekuatan, memberi hak sama rata serta membela nasib rakyat. “Hakikatnya majoriti mereka yang miskin dan terpinggir itu terdiri dari kalangan Melayu dan Bumiputera selain Cina dan India. Asas mengembalikan hala tuju negara ini ke landasannya yang tepat ialah dengan berpaksikan semangat Perlembagaan Negara,” katanya.

May 13, 2009

DS NIZAR KEMBALI KE PEJABAT PADA 18 MEI DEPAN ?

Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Menteri Besar Perak yang sah itu sempat memasuki pejabatnya pada 12 Mei kelmarin dan keluar kembali dari pejabatnya setelah Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan penghakiman yang diputuskan di Mahkamah Tinggi pada hari isnin lepas.Berikutan dengan itu keadaan politik di Perak nampaknya semakin kusut dan tiada jalan penyelesaian. Kebanyakan penganalisa politik memberi pandangannya termasuklah Suhakam dan Tengku Razaligh mencadangkan langkah terbaik dengan diadakan pilihanraya semula.

DUN PERAK BOLEH TERUS DIBUBARKAN....


COURTESY @TELOK BAKONG ONLINE
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak boleh terus dibubarkan atas permintaan Menteri Besar Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang tindakan Dato Seri Dr Zambry Kadir membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan pagi 12 Mei lalu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sehari sebelum itu, mempertegaskan kuasa membubar dewan terletak di tangan sultan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya."Tidak ada peruntukan undang-undang untuk membolehkan permohonan injuksi umpamanya," katanya.Beliau berkata lagi, apa pun yang dilakukan oleh Zambry atau Mahkamah Rayuan, kuasa membubar dewan tidak boleh disekat atau dihalang oleh mahkamah."Mahkamah Tinggi telah memberi sedikit laluan semalam (11 Mei) dan terpulang kepada istana untuk memainkan peranan bagi menyelamatkan negeri Perak dari terus dilanda krisis sejak 5 Februari lalu", tambahnya. Aziz berkata melalui pembubaran semua masalah akan selesai."Kerajaan yang sah dan tidak was-was dapat dibentuk, istana dapat bebas dari pelbagai tuduhan dan prasangka dan rakyat gembira kerana negeri bebas dari suasana keliru dan tidak menentu," tegas beliau.Satu-satunya cara menyelesaikan krisis politik Perak yang makin kusut dan mengelirukan ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak supaya rakyat dapat memberi keputusan.
Pandangan yang sama juga diberikan oleh Tan Sri Abu Talib Othman, Pengerusi Suhakam. Abu Talib adalah bekas Peguam Negara (1988-1994). Selain Abu Talib, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh juga berpandangan demikian. Semalam, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga menyeru Sultan Perak membubarkan DUN.Aziz berkata di dalam keadaan sekarang sultan boleh bertindak membubarkan DUN mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak."Di bawah peruntukan ini sultan tidak perlukan permohonan dari menteri besar dalam membubarkan DUN. Saya berpendapat di bawah Perkara 36(2) ini sultan boleh menggunakan apa yang dipanggil kuasa simpanan (reserve powers). Ini amat kritikal kerana jika tidak keadaan akan makin runcing dan mengelirukan," tambahnya.Pakar perlembagaan itu menegaskan kuasa sultan membubar dewan dalam keadaan sekarang tidak bergantung kepada kedudukan Dato Seri Nizar atau Dato Seri Dr Zambry. Aziz tidak bersetuju dengan hujah peguam Zambry yang seolah-olah melihat kuasa sultan membubar DUN terikat atau tergantung kepada kedudukan Zambry.
"Kuasa sultan adalah kuasa budibicara dan tidak tertakluk kepada kepentingan sesiapa. Yang penting di sini ialah suasana dan kestabilan di dalam negeri," kata Aziz lagi.Mahkamah Rayuan bagaimanapun menerima hujah peguam Zambry. Profesor UIAM itu berpendapat di sisi undang-undang tidak ada siapa yang boleh menghalang atau memohon injunksi menyekat keputusan sultan membubarkan DUN."Sebab itu benar seperti kata ramai penganalisis bahawa bola berada di gelanggang sultan; maksudnya sultan perlu bertindak menyelamatkan negeri dan jangan dibiarkan isu ini berlarutan di mahkamah," tegas Aziz.
Sebelum ini Majlis Peguam, Abu Talib dan Dato Param Cumaraswamy menyebut bahawa mahkamah bukan tempat dan cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

MASAALAH POLIGAMI KERAJAAN PERAK - ZAMBRY MASUK KE PEJABAT MB PERAK SEBAGAI APA? TAK FAHAM !


IPOH: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tiba di Bangunan SUK Perak pada pukul 9.17 pagi untuk kembali bertugas sebagai Menteri Besar. Sejam kemudian beliau mempengerusikan mesyuarat Exco. Terdahulu beliau dan Exco tiba di pekarangan Bangunan SUK berasingan.

Mr: Macamana nak faham masalah poligami Perak ini pun tak faham, apa jawatan Zamry bila mahkamah dah putuskan MB yang sah adalah DS Nizar.. Yang buat rayuan tu dimahkamah, bukan realiti pun, disebabkan Zamry yang hendakkan keputusan mahkamah siapa yang menjadi MB yang sah. mahkamah sudah buat keputusan. Yang kena tunggu keputusan adalah Zamry, bukan DS Nizar..

May 12, 2009

Hari Ulangtahun UMNO Hulu Selangor terpaksa gunakan tenaga penduduk apartment, penyokong UMNO dimana?

BUKIT SENTOSA – Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-63 Peringkat Bahagian Hulu Selangor disambut sederhana tetapi meriah oleh seluruh ahli UMNO bersama sayap parti. Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, sambutan yang diadakan pada malam tarikh keramat penubuhan parti itu di Dewan Komuniti Apartmen Seri Kemboja di sini malam semalam, memperlihatkan kesungguhan dan semangat juang ahlinya yang terus mempertahankan parti keramat itu.
BR: Bukti UMNO pun boleh gunakan dewan komuniti, ingin juga tahu berapa bahagian UMNO memberikan sumbangan kepada persatuan penduduk di Seri Kemboja... ada penduduk yang merungut sebab mereka digunakan oleh orang umno.... penyokong UMNO tidak turun langsung membuat kerja persiapan majlis.. Hadiah untuk UMNO adalah keputusan Mahkamah TInggi mengesahkan kedudukan MB DS Nizar.... tanda perbuatan kerjaaan ZAMBRY ada jahat dan tidak mengikut perlembagaan negeri... sila baca hujah mahkamah !

SPEAKER PANGGIL 5 ADUN...TAKKAN PANGGIL SAJE, GANTUNG TERUS SAJE

SHAH ALAM 12 Mei – Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) hari ini memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk memberi keterangan dan pembelaan atas dakwaan menghina DUN Selangor.
Mereka termasuklah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo yang juga ADUN Sungai Panjang, Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali).
Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, mereka dipanggil kerana didapati telah melanggar hak kebebasan Dewan apabila memberi keterangan media yang menyentuh mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), baru-baru ini.
Selcat ditubuhkan dengan kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).
Selain itu, katanya, Mohd. Khir juga dipanggil untuk mendengar keterangannya setelah gagal hadir pada pendengar awam tersebut dan memberi kenyataan yang menyentuh integriti DUN Selangor.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, Chang Khim memberitahu, kelima-lima ADUN itu diwakili oleh tujuh orang peguam. - Utusan

Nizar gantung dua pegawai kanan ; Selangor bila lagi...


Sebaik sahaja menerima keputusan mahkamah, YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah mengumumkan menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.Keputusan menggantung dua pegawai kanan ini - dilihat dekat kerajaan BN sejak rampasan kuasa awal Februari lalu - dalam mesyuarat tergempar exco malam tadi.Tegasnya keputusan ini bukan balas dendam tetapi kerana tindak tanduk melampau mereka mencampuri dan mengambil sikap politik boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. (untuk membaca lanjut sila klik sini)Walaupun agak terlambat sebenarnya tetapi ia merupakan keputusan yang tepat. Sering kedengaran pegawai kerajaan yang bertugas di bawah kerajaan negeri menjalankan tugas sabotaj untuk memburukkan keadaan. Mereka seolah memainkan peranan sebagai agen Umno. Ini bukan tuduhan di Pulau Pinang contohnya jika tidak digempur oleh Amizuddin Ahmat (Ketua Pemuda KEADILAN Kepala Batas), bekas ahli Majlis Seberang Perai mengenai wujudnya Pegawai Daerah dan pegawainya yang main 'kong kali kong' dalam isu royalti kuari dan kelulusannya nescaya perkara ini akan berterusan dan memberikan imej buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.Pendedahan Amizuddin yang dikenali sebagai Din Binjai telah menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang mendapat kembali RM6.7 juta pendapatan hasil dari kuari yang 'disalah' kirakan.Cuma selepas pendedahan tersebut ramai pula yang memandang serong kononya Din Binjai sebagai perosak. Ramai pula 'orang kita' yang membela pegawai - pegawai yang terbabit atas perbagai dasar seperti kawan sekelas dulu dan sebagainya. Dalam pertemuan baru - baru ini Din Binjai dengan tenang mengatakan biar dia hilang jawatan ahli majlis yang tak seberapa asalkan dia puas menentang amalam korupsi yang menjadi perjuangan selama ini.Ibarat masuk rumah yang telah diduduki oleh pemilik lama. Sikit sebanyak kena buat ubah suai atau paling tidak cuci apa yang patut. Untuk tidak membazir pakai semula yang berguna tak salah tapi buang yang menyusahkan.Di Selangor masih banyak perkara sama berlaku. Malah pegawai kecil sering merungut mereka ditekan kerana kelihatan cuba menyokong kerajaan yang ada sekarang. Mereka juga pelik siapa yang memerintah sekarang ini...?Khabarnya dalam pejabat MB sendiri masih ada pegawai kanan (setiausaha) yang menjadi kesayangan Khir Toyo dulu...maka apa peliknya resit atau surat kerajaan terlepas pada Umno....Tanpa mengenepikan masih ada ramai pegawai yang profesional tetapi yang sulit perlu dipelihara.Banyak rungutan mengatakan tender PBT masih 'dirayakan' dibahagi - bahagi sesama pro Umno sama seperti dahulu.... yang jujur dan ikhlas masih gagal mendapat ruang. Masih ada Pegawai Tinggi PBT yang pergi bermesyuarat di kawasan pelancongan tajaan syarikat yang mendapat tender letak kereta.Dalam bab anak syarikat kerajaan negeri.... masih banyak lompong.... masih terlalu ramai pro Umno terlibat... banyak jawatan kosong atau yang perlu dikosongkan dan di isi oleh mereka yang pernah merasa perit berjuang, faham derita rakyat dengan syarat mereka ada kelayakan dan pengalaman.....Tidak dinafikan perlu ada pertimbangan teliti ....anak syarikat yang membuat keuntungan dan bersedia berkhidmat dengan kerajaan semasa harus dikekalkan pimpinan syarikat tersebut. KDEB contohnya keuntungan meningkat, menjadi pembayar air percuma kepada rakyat malah menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dalam projek basmi kemiskinan dan penaja utama sukan khususnya bolasepak Selangor, maka pimpinan syarikat harus di puji.Perlu dilihat syarikat yang korup atau tidak membuat untung sesuatu perlu dilakukan segera. Dalam lantikan juga perlu diteliti sejauh mana yang bakal dilantik faham denyut nadi perjuangan dan kepayahan rakyat. Mereka bukan sahaja tidak boleh korup tetapi mampu serta bersedia menjadi penyumbang kepada usaha memperkasakan rakyat.Kepada Selangor lihatlah Perak jangan dah terantuk baru nak terngadah !!

Sketsa mana nak letak muka !


"Nelipon sape tu Man?" tanya Opah Leibor.
"Telipon lori..." jawab Man agak malas.
"Nak buat hape nelipon lori pulak?" tanya Opah Leibor lagi tak puas hati dengan jawapan singkat Man itu.
"Nak angkut barang ler...nak pindah" balas Man lagi.
"Nak pindah kemana pulak? Kan ke kamu dah duduk rumah besor. Ngalahkan istana besornya. Sebelah pulak ada tempat kuda berlumba. Tiap ujung minggu, sampei ke dalam rumah kamu bederap-derap bunyi kuda-kuda tu belari. Apa ke heinya nak pindah? Kamu nak pindah ke mana pulak?" desak Opah Leibor lagi.
Man hanya mengerling kearah Opah Leibor tanpa berkata apa-apa. Handphone masih melekap ditelinga.
"Kat pejabat pulak, deme kata kamu pangkat beso, macam mandur. Sebeso-beso bangunan tu kamu jaga. Semua orang takut dengan kamu. Kata deme lagi, kamu suka nengkin-nengkin orang. Suka jegei-jegei mata kat orang. Habih semua orang kamu jerkah." Opah Leibor perapi rapat pada Man.
"Itu dulu. Masa Ri sepupu Man tu pegang jawatan beso kat opis tu. Sekarang idak dah. Deme kata dia tu haram. Dia pun kena keluo dari pejabat dia. Sekarang ni Man tinggei sorang je le kat sana. Boss Man yang lama tu dah nak masuk pejabat balik. Mana Man nak letak muka Man. Malu le Man nak koje kat situ lagi. Baik Man pindah lekeh." jelas Man sambil mengeluh.
"Ai...nak malu apenye. Kamu kan ke jenih muka tak tau malu. Jenih kulit tebei. Pedulikan le deme. Buat je le koje kamu. Bukannya deme ada ngacho kamu kat situ." pujuk Opah Leibor lagi.
"Ih...idak le Man nak nunggu situ. Bior le Man pindah dulu sebelum deme mindahkan Man. Esok entah kemana-mana cherok deme tukokan Man. Malu besor Man nanti." balas Man endak tak endak aje.
"Suka ati kamu le. Aku nasihatkan aje. Ate...bila kamu nak pindahnya? Dapat ke kamu nelipon lori tu? Man...o Man. Mana pulak budak itam betuah ni. La....udah leboh tak bekabo. Patut le aku tanya tak bejawab." keluh Opah Leibor sorang-sorang.

Terkini: DS Nizar berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar selepas masuk pej MB di Ipoh..


DS. Nizar sedang berada di Istana Iskandariah Kuala Kangsar menghadiri majlis penganugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak. Dijangkakan beliau akan menduduki kerusi YAB Menteri Besar dalam Balai Rong Seri tempat majlis anugerah pingat yang akan di sempurna kan oleh Pemangku Raja Perak, DYTM Raja Dr. Nazrin Syah.Sementara itu pada sekitar jam 7.30 pagi tadi beliau telah masuk ke Pejabat Menteri besar di Ipoh bersama-sama dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain.

Latest news : DS NIZAR reports to office today 7am..





(Media Rakyat bersama DS Nizar, Datin and Dorothy DAP selepas keputusan Jln Duta)
Nizar declares May 7 assembly invalid, suspends state sec, reverses BN's decisions Holding on to the court decision that he was at all material times Menteri Besar, Nizar declared that the appointment of Datuk R. Ganesan as Speaker replacing Pakatan’s V. Sivakumar was "unconstitutional."Nizar came to these decisions after chairing a Pakatan Rakyat “Exco” meeting at 10pm last night.
The meeting agreed to suspend State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim and State Legal Adviser Datuk Ahmad Kamal Md Shahid with immediate effect, citing their poor cooperation and lack of neutrality as reasons.State Financial Officer Datuk Jamaluddin Al-Amini has been made acting State Secretary. “During Pakatan Rakyat’s 10 months in power, these two personalities acted in a way deemed not in the interest of people,” Nizar told a media conference three hours later.
Nizar said the Pakatan Exco will report for duty at 7.15am today and another decision to be carried out is to submit a letter to the Sultan of Perak, seeking an appointment for an audience to propose the dissolution of state assembly to clear the way for fresh state elections.Another Barisan Nasional policy that will be reversed is to reappoint all 817 Village and Community chairmen sacked. Also reappointed are the 318 Pakatan Municipal Council members expelled by Zambry.
The Pakatan Exco will also continue with their previous policies of issuing land titles and converting leasehold titles into freeholds, he said.However, Nizar pledged that the Pakatan Perak Government will maintain any Barisan policies and decisions that have been “good to the people.”
@Media Rakyat/sas

May 10, 2009

DS ANWAR : POLIS GANGGU PROGRAM PKR TASIK PUTERI, RAWANG DIKESALI




Saya kesal dengan tindakan rakus pihak keselamatan yang bertindak mengganggu perjalanan program Sambutan 10 Tahun Keadilan Bandar Tasik Puteri yang berlangsung sebentar tadi.
Permit telahpun diperolehi sebelumnya oleh pihak penganjur pada 5 Mei 2009, tetapi dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang alasan munasabah. Pun begitu maklumat sahih mengesahkan ada arahan ‘politik atasan’ di sebalik tindakan rakus pihak keselamatan ini.
Apa yang dikesalkan ialah manipulasi instrumen kerajaan termasuklah FRU dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertindak menggagalkan sambutan program ini semenjak jam 2 petang.
Alhamdulillah majlis diteruskan juga di Masjid Tasik Puteri, Rawang bermula dengan solat maghrib berjamaah diikuti solat hajat dan tazkirah. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada ahli jawatankuasa masjid yang berani walaupun jelas tekanan serta gangguan dikenakan untuk menakut-nakutkan rakyat.
Saya dan pimpinan Keadilan lainnya membantah keras tindakan pihak berkuasa yang jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.
Jika pihak berkuasa berterusan dimanipulasi sebegini rupa hanya demi melampiaskan nawaitu politik Umno-BN, janganlah sesekali kita pelik dan hairan kenapa jenayah ragut terus berleluasa, jenayah culik gagal dibanteras. Keselamatan politik Umno-BN nampaknya lebih penting daripada keselamatan rakyat terbanyak!
@ANWAR IBRAHIM