May 07, 2009

12.49pm - Speaker berulangkali arah speaker haram keluar dewan !


Adun Hee... dikelilingi adun PR

Speaker sivakumar di sabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.
@cina islam

12.37pm... Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

No comments: