Polis sekitar 20 orang menceroboh masuk campur Sidang DUN termasuk yang berpakaian seragam ke Dewan Perak yang mulia.Terdapat usaha merampas kerusi Speaker.
SUK cuba halau SpeakerDato' SUK cuba campur tangan dalam sidang DUN, beliau cuba menghalau Speaker dari tempat duduknya sebaliknya beliau pula yang kena halau oleh ADUN-ADUN PR. Semakin jelaslah sekarang Dato' SUK lah yang jadi dalang dan perancangnya selama ini. Dia jugalah yang merancang supaya pembesar suara di sebelah ADUN PR dan Speaker tidak berfungsi, sebaliknya di sebelah BN terus berfungsi. ADUN PR pula cuba tarik keluar Speaker Haram2 Adun PR cuba menarik keluar Speaker haram dari kerusi, Adun BN pula membantu Speaker Haram. Berlakulah tarik menarik. Tak ada kesudahannya.Sehingga sekarang belum ada lagi baling kerusi dan baling buku Perintah Tetap. Harap tidak sampai ke situ.POLIS PULA CAMPUR TANGAN. Polis kini campur tangan, keadaan tidak terkawal. Beberapa anggota polis kelihatan mahu memasuki dewan.
No comments:
Post a Comment