May 03, 2009

Selsema babi : Nape salah namanyer?


Mengapa nama selsema itu babi? Selsema babi dikesan pada awal Mac 2009 apabila 60% penduduk di La Gloria, Veracruz, Mexico mula dijangkiti wabak selsema. La Gloria terletak berhampiran dengan sebuah ladang ternakan babi yang dioperasikan oleh Smithfield Operation (syarikat berasal dari Virgina, Amerika Syarikat). Smithfield Operation menghasilkan satu juta babi setahun. Smithfield merupakan syarikat pengeluar dan pemproses daging babi terbesar di dunia. Edgar Hernandez, kanak-kanak berusia 5 tahun yang terkena wabak selsema pada awal Mac di La Gloria. Bagaimanakah nasib kanak-kanak lain di seluruh dunia jika H1N1 terus menular? La Gloria mempunyai penduduk berjumlah 2,243 orang. Jika 60% dijangkiti wabak selsema, ini bermakna 1,346 orang penduduk yang dijangkiti oleh selsema ini pada peringkat awalnya. Penduduk La Gloria telah membantah pembinaan kandang babi Smithfield sejak beberapa tahun lepas, namun tidak dipedulikan oleh pihak Smithfield. Pembuangan sisa najis dari kandang babi Smithfield telah menjejaskan kesihatan penduduk di La Gloria.
Lama-kelamaan, kandang babi tersebut telah menjadi punca kepada wabak penyakit yang mengancam manusia di seluruh dunia. Pada 24 April 2009, selsema babi (swine influenza) mula dikesan di San Luis Potosi, Hidalgo, Queretaro di Mexico. Pada 29 April 2009, selsema babi sudah mula merebak ke Amerika Syarikat, Sepanyol, United Kingdom, New Zealand dan Israel. Sehingga 2 Mei 2009, selsema babi yang berjenis influenza A, H1N1 virus ini telah menyebabkan 4,400 kes dan 168 kematian di 15 buah negara.

No comments: