Seramai 25 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT tahun ini telah menerima sumbangan dari pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali pada Sabtu, 8 Mei 2010 jam 10 pagi. Majlis ringkas yang dihadiri oleh lebih 60 ibubapa pelajar telah diserikan dengan ceramah motivasi oleh Raja Manid dari Kumpulan Pendidikan Legenda, Mantin Negeri Sembilan. Tuan Nashruddin Abd Aziz, Penyelaras Dun Batang Kali telah menyampaikan sumbangan tersebut.
Semua pelajar telah di berikan peluang untuk menerima hadiah IPT dari kerajaan negeri Selangor sebanyak RM1000 jika sekiranya menerima tawaran ke IPT pada peringkat sekurang-kurangnya diploma.
Pegawai Khas Dun Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman ketika ditemui, menambah bahawa program HIPT yang diberikan kepada semua pelajar yang menerima tawaran ke IPT adalah satu dari beberapa tawaran untuk semua warga negeri Selangor dari Kerajaan Baru Pakatan Rakyat. Beliau berharap semua pelajar-pelajar berkaitan dapat mengambil peluang dari hadiah kerajaan negeri, disamping meringankan beban keluarga.
No comments:
Post a Comment