May 25, 2010

TGNA - LESEN JUDI UTK BERJUDI, LESEN CURI UTK MENCURI?


Posted by RAKYAT MARHAEN Isnin, 2010 Mei 24


Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya mencuri, merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan ada lesen.Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya - TGNA
Di sebalik tindakan Pemuda PAS mengadakan protes di seluruh negara hari ini,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta umat Islam mengadakan sembahyang 
hajat memohon supaya langkah kerajaan mahu mengeluarkan lesen pertaruhan 
sempena Piala Dunia tidak menjadi kenyataan.
Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS menyelar anggota Kabinet Umno yang 
meluluskan lesen judi dengan berkata “orang macam ini sama ada kita pakat 
sembahyang hajat minta Tuhan buka pintu hati atau minta mati… mati diri 
atau mati karier politik.”
Menteri Besar Kelantan ini berkata demikian dalam kuliah mingguannya di 
Dataran Ilmu di sini hari ini — beberapa jam sebelum Dewan Pemuda PAS 
menganjurkan demonstrasi membantah langkah kerajaan itu.
Nik Aziz berkata, jika kerajaan menghalalkan amalan pertaruhan dengan 
memberi lesen tidak salah sekiranya pihak berkuasa memberikan lesen untuk 
perbuatan-perbuatan jenayah yang lain.
“Kalau macam tu tak salahlah perbuatan mencuri, merompak, menyamun 
kalau diberi lesen atas alasan bagi mengelakkan daripada berlakunya 
mencuri, merompak, menyamun secara haram.“Maknanya mengikut teori ini, 
sikit lagi perbuatan curi, merompak, menyamun pun tidak haram asalkan 
ada lesen,” kata beliau.
Nik Aziz pernah menimbulkan kontroversi dengan meminta penyokongnya 
agar berdoa sehingga orang yang enggan memberi royalti minyak kepada 
negeri Kelantan itu ‘pecah perut’.
Sebelum itu, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat 
daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai Umno selepas pilihan 
raya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji.
Nik Aziz berhujah berasaskan nas al-Quran dan hadis bahawa perbuatan 
judi diumpamakan sebagai najis dan hukumnya adalah haram tidak boleh 
dibenarkan dengan apa jua alasan.
“Dalam ajaran Islam judi, arak, tikam nombor Allah kata najis, tidak ada 
sebab yang boleh menghalalkan perbuatan itu di sisi hukum agama Islam 
sama ada dengan cara berlesen atau sebagainya.“Tapi kalau ada orang 
nak bagi lesen maknanya pandai manusialah dari Tuhan,” kata beliau kesal 
kerana keputusan meluluskan lesen judi diumumkan oleh seorang menteri 
Melayu dan beragama Islam.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein 
membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang empertimbang kemungkinan 
mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala 
Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.Dalam pada itu, Nik Aziz 
membidas seorang guru pondok di sini yang dikatakan telah menuduhnya 
sebagai seorang pengamal aliran Wahabi ketika berceramah di Tumpat 
bulan lalu.
“Ambo (saya) ada (hidup) lagi sekarang ini, sepatutnya mari jumpa ambo 
dulu sebelum nak tuduh, kata ambo wahabi.“Kalau zaman dulu, orang macam 
ini kita boleh pegang selam dalam kolah, macam takde kerja tuduh-menuduh
 orang tanpa usul periksa, mari jumpa empunya diri dulu,” katanya tetapi tidak menyebut individu berkenaan.
http://jasindaily.blogspot.com

No comments: