Bila melihat bilangan pemilih baru yang luar biasa iaitu 920,156 ramai yang tidak percaya dan gusar kerana apakah mereka ini pengundi hantu atau warganegara luar yang diberikan kerakyatan dan didaftarkan sebagai pengundi.
Bilangan pengundi baru yang didaftarkan sepanjang tahun lalu telah meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah direkodkan pada 2009, antara lain dipercayai didorong oleh spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dan peranan aktif parti-parti politik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima seramai 820,156 orang sebagai pemilih baru tahun lalu berbanding hanya 276,621 tahun sebelum itu.
Angka lebih 800,000 itu menyamai persekitaran ketika 1999.
Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz memberitahu Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dari DAP bahawa jumlah permohonan pendaftaran baru berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.
Dari mana datangnya pengundi-pengundi baru ini. Hebat sungguh kesedaran politik mereka. Apa yang mendorong mereka begitu berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Kesangsian demi kesangsian bermain di otak dan lubuk hati tentang kejujuran dan amanah SPR kerana sudah banyak kali mereka 'kanto', Hanya satu yang menjadi tempat kita mengadu iaitu kepada Allah. Kita berdoa supaya Allah memberikan hidayah kepada penipu dan perompak hak rakyat ini. Jika mereka tidak mahu bertaubat kita berdoa agar mereka dihukum oleh Allah samada di dunia atau akhirat.
No comments:
Post a Comment