October 12, 2011

~Pengundi dibawah 40 tahun akan menyengat di PRU akan datang

Hampir 60 persen pengundi berumur dibawah 40 tahun akan menentukan pemimpin yang akan membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri atau pun Parlimen di dalam pilihanraya akan datang. Mereka akan melihat kepada calon yang dekat dihati dan mempunyai bakat kepimpinan disamping wawasan dan rekod perkhidmatan di dalam masyarakat. 
Misi "do or die" kepada pentadbiran pemimpin Barisan Nasional di dalam strategi mereka untuk menghadapi PRU13 ini mungkin memaksa Pengerusi Barisan Nasional (Najib) membuat pilihan calon-calon yang boleh menang (winnable candidate), yang mana tidak lagi memusatkan kepada pemimpin tertinggi parti yang diwakili atau calon pilihan orang tertentu, maklumlah jika dahulu sesiapa yang bertanding tidak begitu penting selagi mereka mewakili logo dacing. 
Tsunami politik 2008 telah merubah segalanya apabila gelombang rakyat telah membuat keputusan dan "mengalahkan" semua senarai calon pilihan parti yang sombong dan "selfcentered" yang membelakangkan semua keutaman kepada rakyat.
Calon-calon mungkin akan dipilih dari kalangan pemimpin masyarakat tempatan yang mempunyai pengaruh, mempunyai rekod perkhidmatan kepada penduduk, mempunyai personaliti yang baik dan mempunyai pengaruh di kalangan orang tempatan. TIdak mungkin lagi calon "payung terjun" yang akan membawa masalah berat walaupun dikenali di peringkat kebangsaan, disebabkan pengundi-pengundi muda ini sudah lebih bermaklumat. 
Berkemungkinan calon-calon nanti (BN atau Pakatan Rakyat) akan menghadapi kemungkinan sabotaj dari pemimpin yang tidak terpilih di atas konsep kemenangan itu (winnable candidate) tetapi pilihan inilah yang berkemungkinan terjadi di pilihanraya akan datang. Selamat melayakkan diri untuk calon-calon PRU13 akan datang !

~MediaSAS

No comments: