October 12, 2011

KONVOKESYEN UNISEL ~ 15 - 17 OKTOBER 2011

SHAH ALAM 12 Oktober : Kira-kira 4,000 graduan akan menerima ijazah dan diploma pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) keenam yang akan berlangsung pada 15-17 Oktober ini.
Menurut Pengarah Komunikasi Korporat, Unisel Rosniza Mohamad Rasol berkata buat pertama kalinya Unisel menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada bekas Perdana Menteri Jordan yang pernah dilantik selama dua penggal iaitu pada 1993 – 1195 dan 1997 – 1998, Profesor Abdel Salam Majali,86,juga seorang tokoh akademik tersohor yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan perubatan tinggi dan saintis Islam.
“Istiadat konvokesyen yang penuh gilang-gemilang itu akan dijalankan dalam enam sidang dan disempurnakan oleh Canselor Unisel,YAD Raja Tan Sri Datuk Seri Arsyad Raja Tun Uda pada sidang pertama,” katanya dalam kenyataan media.
Menurut Rosniza lagi daripada jumlah berkenaan,10 graduan (dua dari Sumatera, Indonesia) akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 orang menerima Ijazah Sarjana, 1,759 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi penerima Sijil Program Asas.
Bagi memeriahkan majlis konvokesyen tahun ini,Festival Konvokesyen (Feskon) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) membabitkan penyertaan pelbagai gerai jualan,sukaneka,konsert nasyid dan kebudayaan di tapak pesta berhampiran Dewan Utama, Unisel Bestari Jaya bermula 12 hingga 17 Oktober ini.
“Pelbagai gerai jualan seperti gerai jualan makanan,bunga cendermata, pakaian dan sebagainya disediakan untuk orang ramai khususnya kepada keluarga graduan untuk membeli-belah dan menjamu selera,” katanya.



No comments: