April 30, 2012

ANWAR DI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK ESOK ~ 1 MEI 2012

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan penting kepada 1,500 peserta Konvensyen Pakatan Rakya tNegeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei (esok) di Dewan Bulan Sabit Merah, bersebelahan dengan Stadium Perak.

Konvensyen tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan Anwar dijangka menyampaikan ucapan penggulungan yang menyentuh pelbagai isu.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dr Khairudin Abdul Malik di pejabatnya di sini semalam.

LAPORAN KPD SUHAKAM DALAM MASA TERDEKAT ~ POLIS DERA RAKYAT MALAYSIA





PRORAKYAT akan menganjurkan perarakan besar-besaran pemimpin, ahli, dan penyokong ngo ini, menghantar memorandum dan bukti keganasan salahlaku polis di pehimpunan aman BERSIH 3.0 dalam masa terdekat. Jika anda ada bukti atau mengalami sendiri, menjadi mangsa keganasan, atau ingin bukti anda disertakan, email ke
persatuanprorakyat@gmail.com

terima kasih.

Kalau Dataran Merdeka sudah menjadi Dataran Panjajah, maka Seluruh Kawasan Sekitar Dataran Penjajah ialah Dataran Merdeka

Kata-kata terakhir Pak Samad menjelang Perhimpunan BERSIH 3.0 setelah gagal mendapat kebenaran untuk Berhimpun di Dataran Merdeka ~

"Kalau Dataran Merdeka sudah menjadi Dataran Panjajah, maka Seluruh Kawasan Sekitar Dataran Penjajah ialah Dataran Merdeka".


RAKYAT YG TURUN BERSIH 3.0 BUKAN RAKYAT BODOH !!

April 29, 2012

SIAPA YG MULA DULU? SIPUT-SIPUT POLIS YG PROVOKASI... UNIT AMAL BERTINDAK BIJAK MEMANGGIL BALIK PESERTA DAN BETULKAN PENGGADANG

REUTERS ~ NAJIB TANGGUHKAN PRU13 AKIBAT KEGANASAN POLIS DALAM BERSIH 3.0






KUALA LUMPUR: Agensi media antarabangsa, Reuters meramalkan pilihan raya umum ke 13 mungkin ditangguhkan ekoran pertembungan antara polis dengan peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Menurut agensi berita itu, pertembungan semalam meningkatkan risiko negatif kepada pihak pemerintah dan boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan yang sebelum ini diramalkan Jun ini.

"Mereka (polis) meminta orang ramai bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, yang turut terkena balang gas pemedih mata tepat pada muka sebagaimana dilaporkan Reuters.

"Mereka tak kesah," katanya.

Tindakan polis yang dilihat ganas boleh meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam risiko dan akan menyebabkan beliau menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan padahal jangkaan awalnya Jun ini.

Rating sokongan terhadap Najib jatuh selepas tindakan polis menyekat perhimpunan Bersih sebelum ini namun ia telah naik kembali kepada hampir 70 peratus sejak kebelakangan ini, lapor media itu.

Keganasan yang dihasilkan oleh tindakan polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam dikecam hebat Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan.

Mereka menyifatkan perhimpunan itu berjalan aman sehinggalah polis bertindak menembak gas pemedih mata dan water canon ke tengah-tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.

YANG BERANI, YANG BERSIH

GLOBAL BERSIH 3.0 MELEPASI ZON MASA DUNIA

Semangat perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur telah melintasi zon masa, dengan ribuan orang turun ke jalan di Australia dan New Zealand untuk berarak bersama 100,000 rakan mereka di Malaysia.


Rakyat Malaysia di 35 buah negara dan 85 bandar di seluruh dunia, telah berikrar untuk "bersatu padu" dengan ribuan orang mula berhimpun sejak pagi di di beberapa lokasi di sekitar Dataran Merdeka untuk perhimpunan duduk bantah yang dirancang bermula jam 2 petang.
Menurut warga siber, lebih daripada 1,200 penyokong berhimpun di St Paul Court, Federation Square di Melbourne, sementara ratusan lagi dilaporkan berkumpul di Martin's Place di Sydney Martin di timur Australia pada jam 2 petang waktu Malaysia.

Perhimpunan di Melbourne dimeriahkan dengan persembahan muzikdan ucapan ahli-ahli politik berhaluan kiri.

"Diaspora Malaysia tidak dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya Malaysia. Hanya pegawai kerajaan yang bertugas ke luar negara dan pelajar sepenuh masa serta pegawai tentera di luar negara dibenarkan mengundi," kata penyelaras BERSIH Melbourne Global David Teoh dalam satu wawancara dengan ABC Radio dua hari lalu .

Begitu juga dengan perhimpunan di Brisbane, Hobart, Canberra serta di Perth di Australia, dan di Auckland, New Zealand.

Duduk bantah Aotea Square di Auckland pada jam 1 tengahari waktu Malaysia bermula dengan penyokong menyanyikan lagu Negaraku.

Di Hong Kong (gambar atas), kira-kira 400 penyokong berkumpul di Sogo Department Store di Causeway Bay dan mula bergerak ke  pejabat konsulat Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia di Singapura mengadakan protes mereka Johor Bahru Waterfront City pada jam 1.30 tengahari, kerana pihak berkuasa Singapura telah dinafikan mereka permit polis untuk mengadakan perhimpunan di Hong Lim Park di republik itu.

Di Thailand, lebih daripada 200 penyokong berarak ke Kedutaan Malaysia di Bangkok, begitu juga dengan kumpulan rakyat Malaysia di Vietnam, Filipina dan Indonesia untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Penyokong BERSIH, sebahagian mereka pelajar, juga berhimpun dalam kumpulan kecil di India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Mesir, Arab Saudi, Afrika Selatan, Jordan, Korea dan China, dengan membawa pelekat dan poster menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya .

Lebih ramai protes dijadual diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Rusia, serta di 16 bandar di Eropah lewat hari ini.

Di Aceh di utara Sumatera, Indonesia, kira-kira sembilan perenang bergambar memegang sepanduk BERSIH di bawah air di Pulau Weh.



PEMANDU KERETA POLIS PAKAI HELMET....




Camne mamat berseluor pendek siap pakei helmet buleh pandu keta polis? cer kome pikio...org giler kot?Provokator? 2 org pelakon hebat mungkin 'upahan' pihak tertentu yg beraksi lagak ngeri.


Bulatan merah --- mmg dh standby nk serang keta polis di lokasi tersebot, ditugaskan menghentak batu ke cermin keta.

Bulatan biru --- pemandu 'stunt' yg ditugaskan memandu ke lokasi tersebot sambil bersedia menunggu cermin keta dipecahkan, sbb tu die awal2 lg dah pakei helmet utk melindungi dirinyer dr serpihan kaca



... Kesan dr insiden tersebot makanyer, si pemandu dgn sengaja merempoh keta polis ke arah org ramei sbg menampakkan 'keganasan' para pendemo. Sbb tu org ramei belasah mamat yg pakei helmet tu sebaliknyer membantu polis yg tersepit di dlm keta yg terbabas.

April 28, 2012

BERSIH 3.0 yang aman?






Perhimpunan aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil disertai puluhan ribu rakyat Malaysia. Perhimpunan aman BERSIH bukan sahaja berjaya dilaksanakan di Dataran Merdeka, bahkan di seluruh negara dan bandar-bandar utama seluruh dunia. Rakyat Malaysia, tidak mengira agama, bangsa dan warna kulit dan keyakinan hadir dengan semangat berkobar-kobar demi menyatakan pendirian mereka bahawa pilianraya yang bersih serta adil merupakan salah satu tunjang amalan demokrasi di negara ini.


DBKL JADI TUANRUMAH KEPADA HIMPUNAN RAKYAT @BERSIH 3.0 ...RIBUAN PENUHI DATARAN SEJAK AWAL PAGI LAGI


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebenarnya teruja juga apabila Perhimpunan Bersih 3.0 disasarkan penganjur akan menghimpunkan 500,000 peserta dengan Duduk Bantah, 28 April 2012 ini, kerana mana pernah Dataran Merdeka mempunyai sebegitu ramai audien sejak ia wujud. Namun, tentulah ada tangantangan ghaib yang menolak Perhimpunan Bersih 3.0 ini kerana kejayaan Perhimpunan Bersih 3.0 sekali gus akan menjadi kayu pengukur kepada hayat BN yang terdesak sangat untuk mengekalkan kuasa memerintah Malaysia.

April 27, 2012

JIKA MAKNYAH YG JADI KETUA LAWAN ISRAEL PUN AKU FOLLOW ! JOM SINGGAH RUMAH ZAHIDA RAFIK JAP !

Hanya menuntut PRU yang lebih bersih. Siapa yang mempolitikkan isu ini itu dia punya pasal. Siapa yang bangang pun itu dia punya pasal. Bangang sebab tengok TV3 sapa suruh.
Menentang korupsi dalam pilihan raya agar ia bersih sesungguhnya ia adalah tanggungjawab bersama semua rakyat dalam sesebuah negara. Ini kerana kita tiada kuasa untuk memilih siapa jadi menteri, siapa jadi kabinet atau siapa jadi first lady secara khusus, namun dengan pilihanraya yang lebih terjamin bersihnya maka kita boleh percaya sesungguhnya yang akan naik jadi first lady nanti bukan orang yang boros serta poyo dan tidak cakap serupa bikin seperti mengajar orang menolak obesiti kononnya.

Abad ke21 ini segalanya perlu berubah ke arah yang lebih cermat dan telus. Bukan hidup bersandar pada khayalan serta dongengan TV3. Kita perlu maju dan lebih terbuka serta cerdik menerima apa jua bentuk maklumat agar FELDA tidak diwakafkan kepada sesetengah orang yang mengait buah kelapa sawit pun tidak reti. "Cuma pandai memandu Mercedes sahaja, what the ****".

Soal siapa penganjur dan apa track record beliau kini kita dah tak boleh ambil pusing. Kalau la maknyah ketua segala demo menentang pendudukan yahudi di Tebing Barat sekalipun aku akan sokong. Dia gay atau maknyah itu hal dia dengan tuhan. Dan kegay-an dia itu tidak hinggap pada masyarakat. Dan ini lebih baik dari mana-mana pemimpin yang kononnya bersih tapi merosakkan negara dengan satu sistem yang jauh lebih keji dari pasukan "LION KING".

UMNO tidak usah menyalak berlakon alim dari ulama la. Aku percaya kalau bukan kamu yang memerintah nanti aku yakin kamu juga akan buat demo hampir setiap minggu menuntut yang bukan-bukan seperti lot pasar malam atau tapak meniaga dalam KLCC dsb. Jadi kita tengok nanti.....

DATUK BANDAR KOLOMPO RUNSING SEBAB ESUK NAK SAMBUT MENANTU...


ELOK LA KETUA SPR DAN TIMBALANYA LETAK JAWATAN... BARU BERSIH !!

PKR mahu kedua-dua Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar segera meletakkan jawatan ekoran pengakuan bahawa mereka adalah ahli Umno.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz dan Wan Ahmad perlu bertindak demikian bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan SPR.

"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan epercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

WE'RE READY FOR BERSIH 3.0... NO MORE BERSIH AFTER THIS !!

KITA MAHU LIHAT PERUBAHAN REGIM ~ DATUK A.SAMAD SAID

KITA MAHU MELIHAT PERUBAHAN REGIM ~ DATUK A.SAMAD SAID

April 26, 2012

DUDUK BERSIH, BERDIRI KOTOR @28 APRIL 2012 DATARAN MERDEKA

I FOLLOW A.SAMAD SAID TO BERSIH 3.0 !!!

2 HARI LAGI MENUJU LEBUHRAYA DEMOKRASI ~ BERSIH 3.0

Hanya tinggal dua hari saja lagi menuju 28 April, Dataran Merdeka dan sekitarnya, di tengah jantung Ibu Kota akan bermandi cahaya kuning, dengan kedatangan ratusan ribu rakyat prihatin untuk menuju ‘Lebuh Raya Demokrasi’ melalui Himpunan Bersih 3.0.

Kita masih ingat, dengan puisi Unggun Bersih Sasterawan Negara A. Said dan puluhan ribu orang yang berhimpun pada 9 Julai tahun lalu, tembok tebal rasa takut rakyat sudah diruntuhkan. Rasa takut sudah mengakhiri zamannya dan digantikan dengan keberanian..

April 25, 2012

NGO HULU SELANGOR @ JASA WANITA DAN PAWAHS MENYOKONG PENUH BERSIH 3.0

DBKL MUNGKIN JADI ROBOCOP PADA HARI BERSIH 3.0 !!!

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.


Bertegas dengan keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama.

Amaran keras ini yg diberikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur melayakkan diri DBKL tidak memahami aspirasi dan gelombang rakyat Malaysia terutama di Wilayah Persekutuan yang cuma satu kawasan parlimen sahaja yg tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas.


People in Wilayah Persekutuan had voted Beend out of their preference in the last election.

Kenapa tidak faham2 lagi...

sumber : http://www.sas-2008.blogspot.com/

KAMI BOLEH PROMO DBKL DAN RAJA NONG JIKA MAHU ......!



DBKL = DUDUK BANTAH KUALA LUMPUR

DBKL = DEPA BLOK KITA LANGGAR

April 24, 2012

PAGAR DIPASANG UTK HALANG BERSIH 3.0 ATAU PROTEST CAMP?? PAGI TADI, 3 MAHASISWA DAN SEORG AWAM DITAHAN ~

(PAGAR MULA DIPASANG UTK MENGHALANG BERSIH 3.0 ATAU PROTEST CAMP?)

Empat orang lagi ditahan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila para aktivis cuba memasang khemah baru di Dataran Merdeka selepas kemah mereka sebelum ini dirampas dalam satu serbuan DBKL pagi ini.

Pengerusi kumpulan pelajar - Bangkit Malaysia - Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, tiga pelajar dan seorang awam ditahan dan dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

"Kami cuba memasang khemah baru apabila pegawai DBKL datang untuk menghalang kita."Berlaku pergelutan dan empat orang ditahan," kata Syahid.


WAJIB HADIR BERSIH 3.0 ~ TG NIK AZIZ

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan

keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap  proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

April 23, 2012

monyet peliharaan pun sokong bersih.... sejenak di dataran merdeka semalam @ 22 Apr 2012 ~2am


PAK SAMAD SAID MENONGKAS ARUS ~ SAYA MAHU GENERASI MUDA BERANI BUAT PERUBAHAN

Pak Samad Said ~ Saya mahu generasi muda berani membuat perubahan. Kita sudah 54 tahun dibawah satu pentadbiran, disepanjang pentadbrn itu kita melihat yang kaya hanya golongan bangsawan. Mereka janji menjaga harta negara. Mereka tidak menjadi pemimpin yg pelihara bahasa. Kita mahu lihat perubahan rejim. Jika tidak mereka akan terus jadi bongkak, sombong dan kurang ajar. Tidak semstinya pengganti itu akan bagus. Akan tetapi kita akan dapat lihat pengganti itu akan berusaha menjadi lebih bagus

April 22, 2012

MAGISTRET TOLAK PERMOHONAN REMAN DUA SISWA PROTEST CAMP

Majistret tolak permohonan reman siswa (yg ditahan di Dataran)
Peguam Syahredzan Johan berkata polis tidak boleh menahan siswa Umar Mohd Azmi yang ditahan di tapak perkhemahan pelajar di Dataran Merdeka hari ini lebih daripada tempoh 24 jam.
Katanya, Mahkamah Majistret tidak membenarkan permohonan reman polis ke atas siswa berkenaan.
Ketika dihubungi Syahredzan yang mewakili pelajar berkenaan berkata majistret enggan memenuhi permintaan polis setelah melihat rakaman penahanan pelajar itu, pagi ini.
Tambahnya, Umar tidak perlu ditahan kerana proses mengambil kenyataan dan cap jari boleh dibuat tanpa menahan pelajar terbabit.
Umar kini dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Umar dan ditahan di balai berkenaan.
Sementara itu, aktivis Occupy Dataran Fahmi Reza pula dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang pertuduhan, kata Syahredzan lagi diTwitter.
Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Fahmi dan Umar kedua-duanya ditahan pagi ini dalam serbuan oleh polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – pada perkhemahan kumpulan berkenaan yang masuk hari kelapan.
Kumpulan pelajar dan aktivis itu berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan tinggi percuma dan untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 14 April.
Aktivis dan siswa lain pada masa ini meneruskan perkhemahan mereka di Dataran walau kebanyakan barang keperluan mereka dirampas DBKL pagi ini. - Malaysiakini

SELANGOR AKAN LAKUKAN "PROGRAM BERSIH" DAFTAR PENGUNDI ~ KHALID IBRAHIM

SELAYANG – Kerajaan Negeri akan melancarkan Program Bersih Selangor dalam masa terdekat bagi membuat semakan selepas negeri itu mencatatkan peningkatan mendadak jumlah pengundi baru.
Selangor mengumumkan langkah ini sementara desa-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung dalam waktu terdekat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program yang fokus siri jelajah akan membuat semakan pengundi baru sama ada wujud di sesebuah bahagian pilihan raya.
“Contohnya, pengundi baru menggunakan alamat tingkat tujuh yang tidak wujud, bagaimana nak cari tangga untuk ke tingkat tujuh sedangkan rumah pangsa berkenaan hanya lima tingkat,” katanya.
“SPR sendiri mengakui terdapat kekeliruan alamat pengundi baru,” katanya pada Majlis Undian Rumah Berkembar Bukit Botak, semalam.
Minggu lalu, rombongan Kerajaan Negeri, dengan diketuai beliau sendiri, telah mengadakan pertemuan dengan SPR di Putrajaya.
Abdul Khalid berkata, program berkenaan juga memberi penerangan kepada rakyat tentang kawasan sebenar sepatutnya mereka undi.
Beliau berkata, pihaknya menghormati hak rakyat dan tidak takut dengan hak rakyat mengundi kerana ia merupakan salah satu elemen dalam sistem demokrasi di Malaysia tetapi perlu memastikan tanggungjawab itu dilaksanakan oleh orang yang betul dan layak.
“Rakyat telah membuat pembaharuan pada 2008, kita mahukan pilihan raya akan datang dibuat dengan cara yang betul dan adil dengan pastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja yang mengundi untuk wakil pentadbiran di Selangor.
“Siri jelajah akan dimulakan di Batang Kali sebelum mengenal pasti beberapa kawasan lain yang dirasakan perlu sehingga sampai ke seluruh Selangor,” katanya.
Kata beliau, setakat ini pihaknya mengenal pasti dua kawasan yang menunjukkan trend peningkatan jumlah pengundi baru melibatkan Batang Kali dan Seri Serdang.
Menurutnya, dalam tempoh empat tahun bermula 2008, Batang kali mencatat jumlah pengundi baru 8,000 orang belum dikenal pasti identiti dan alamatnya, serta telah arahkan ketua kampung dan jabatan kerajaan membuat semakan.
“Kawasan ini terpencil dan jauh kerana terletak di Hulu Selangor yang jumlah pengundi kurang 5,000 orang, tetapi meningkat kepada 8,000 dalam tempoh pentadbiran Pakatan Rakyat.
“Dalam tempoh sama, Seri Serdang mencatat jumlah pengundi baru kepada 12,000 dan tidak menafikan hak rakyat sebagai pengundi tetapi perlu dipastikan mereka yang mengundi benar-benar layak,” katanya

PRORAKYAT MENYOKONG BERSIH 3.0 ~ PRESIDEN KHAIRUL ANUAR

SHAH ALAM: Rakyat hari ini hadir memberi sokongan pada Pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Shah Alam.

Himpunan yang melibatkan lebih 500 orang dari pelbagai kaum dan peringkat umur itu berlangsung secara aman dan bersesuai dengan tema 'Duduk Bantah'. 

Perhimpunan ini dianjurkan oleh sebuah NGO, Persatuan dan Kebajikan Rakyat Selangor atau PRORAKYAT bermula dari awal pukul 3 petang lagi, dengan di meriahkan oleh baju-baju kuning BERSIH 3.0 yang mempunyai pelbagai corak dan design. Turut hadir merangsang penyokong BERSIH 3.0 itu juga adalah, Yb Ronnie Liow Exco Selangor, Yb Ng ADUN Sekinchan, Yb Dr Raja Mariah MP Kota Raja. Turut bersama juga Penyelaras Permatang, Tuan Hj Yahya Shaari.

Presiden Prorakyat Khairul Anuar Othman memberitahu himpunan hari ini merupakan satu momentun awal sebelum tibanya himpunan sebenar Bersih 3.0.
"Ini merupakan sebagai momentun awal himpunan sebelum kita semua ke Dataran Merdeka, malah apa yang kita lihat hari ini adalah sebagai isyarat yang jelas bahawa sasaran 500 ribu rakyat akan tercapai.
"Kita hadir untuk bantah terhadap sikap SPR yang tidak mahu menunaikan janji dalam memastikan daftar pemilih itu benar-benar bersih," ucapnya.
Beliau turut menyeru setiap rakyat tidak kira di mana hadir tanda sokongan kita membantah serta menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.
"Walaupun ada pihak menghalang kita berhimpun di Dataran Merdeka itu bukan halangan dan kita semua akan pastikan pada 28 April nanti menjadi satu sejarah di negara ini serta seluruh dunia bahawa rakyat mahukan satu yang adil dan telus pada pilihanraya nanti," sambung beliau lagi.
Sebelum itu, pra himpunan Bersih yang bermula jam 3 petang telah dihadiri lebih kurang 200 orang rakyat yang menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.

PRA ROAD TO BERSIH 3.0 ~ SPR ADALAH 'NGAPUSI'

SHAH ALAM: Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning. Ia berikutan lebih 500 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.
Bertema ‘Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah’, perhimpunan itu menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu lalang membunyi hon tanda sokongan. Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa hingga penjual tidak menang tangan.
Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Raja Mariah meanikkan semangat penyokong dengan memberikan kesah SPR yang tidak mungkin menjadi adil dalam PRU13 akan datang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah agensi ‘ngapusi.’
Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno, beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu.
Ahli Anggota Mensyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Yb Ronnie Liu turut membidas SPR dan menyeru semua penyokong keadilan, kebenaran untuk hadir di BERSIH 3.0 pada 28 April nanti.
Presiden PRORAKYAT, Khairul Anuar Othman  pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki.
“Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki,” katanya.
Perhimpunan turut di hadiri oleh pemimpin parti politik Pakatan Rakyat dan NGO lain..

Buletin PRORAKYAT/SAS

April 20, 2012

MERIAHKAN PRA BERSIH 3.0 DATARAN SHAH ALAM JAM 3PTG BERSAMA ALUMNI BERSIH 1.0 DAN BERSIH 2.0 !!!


Jangan lupa, esuk SABTU 21 Apr'12, kelas demokrasi UNIVERSITI DATARAN MERDEKA bercuti sempena majlis keraian santapan diraja ~ harap maklum, kelas kembali bersidang pada 3 ptg AHAD 22Apr'12... Sila bawa khemah, baju sejuk dan makanan sendiri...


Sebalik...nya ~ sila datang ke Dataran Shah Alam SABTU 21Apr'12 3ptg utk bersama dgn PRORAKYAT dan alumni BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan bakal peserta BERSIH 3.0..


Mari meriahkan PESTA PRA BERSIH 3.0 bersama Radhi OUG dan AMIN BLACK........

DBKL SECARA RASMI MAHU RAKYAT BERHIMPUN DI JALANRAYA !!

Akhirnya macam yang dijangkkan DBKL secara rasmi tak benarkan himpunan BERS✔H 3.0 diadakan di Dataran Merdeka.

Bila tak boleh berhimpun di Dataran merdeka maknanya depa memang nak kita berhimpun di jalanraya dan berita macam ni memang ditunggu-tunggu peminat demonstrasi jalan raya. Apa barang setakat 'duduk dan bantah' mana sesuai dengan orang yang berjiwa muda.

TIADA KELAS DI UNIVERSITI DATARAN MERDEKA PADA SABTU 21 APRIL ~ JOM BANTAH DI DATARAN SHAH ALAM

MAHASISWA KOSONGKAN DATARAN HORMATI AGONG


mereka akan berhimpun semula dan akan ...mendirikan khemah pada Ahad ini, mulai jam 2 petang dan ia akan berterusan sehingga 28 April - pada hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan.

MAHASISWA YAKIN ANWAR MAMPU MEMIMPIN NEGARA

Mahasiswa yakin YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu memimpin dan menerajui, termasuk Pendidikan Bermutu Malaysia dan Pendidikan Percuma. Beliau perlu diberi peluang untuk melaksanakannya dalam masa terdekat. Sebahagian Mahasiswa memberi sokongan padu. Sebahagian lagi bila diberikan kefahaman bakal menyertai sokongan.

Dengan sokongan dan semangat pula sejak malam di Dewan Kiambang Seksyen 7 Shah Alam, Mahasiswa mula berarak dan berkhemah di Dataran Merdeka.
Apa yang berlaku, serangan samseng ke atas Mahasiswa, adalah cerminan cara gaya Pemimpin seterunya cuba mengekang Rakyat bakal mendapat nikmat dari kepemimpinan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
 Beliau terpanggil untuk menumpu masa kepada Mahasiswa saling menyokong di antaranya dan mereka.