April 22, 2012

PRORAKYAT MENYOKONG BERSIH 3.0 ~ PRESIDEN KHAIRUL ANUAR

SHAH ALAM: Rakyat hari ini hadir memberi sokongan pada Pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Shah Alam.

Himpunan yang melibatkan lebih 500 orang dari pelbagai kaum dan peringkat umur itu berlangsung secara aman dan bersesuai dengan tema 'Duduk Bantah'. 

Perhimpunan ini dianjurkan oleh sebuah NGO, Persatuan dan Kebajikan Rakyat Selangor atau PRORAKYAT bermula dari awal pukul 3 petang lagi, dengan di meriahkan oleh baju-baju kuning BERSIH 3.0 yang mempunyai pelbagai corak dan design. Turut hadir merangsang penyokong BERSIH 3.0 itu juga adalah, Yb Ronnie Liow Exco Selangor, Yb Ng ADUN Sekinchan, Yb Dr Raja Mariah MP Kota Raja. Turut bersama juga Penyelaras Permatang, Tuan Hj Yahya Shaari.

Presiden Prorakyat Khairul Anuar Othman memberitahu himpunan hari ini merupakan satu momentun awal sebelum tibanya himpunan sebenar Bersih 3.0.
"Ini merupakan sebagai momentun awal himpunan sebelum kita semua ke Dataran Merdeka, malah apa yang kita lihat hari ini adalah sebagai isyarat yang jelas bahawa sasaran 500 ribu rakyat akan tercapai.
"Kita hadir untuk bantah terhadap sikap SPR yang tidak mahu menunaikan janji dalam memastikan daftar pemilih itu benar-benar bersih," ucapnya.
Beliau turut menyeru setiap rakyat tidak kira di mana hadir tanda sokongan kita membantah serta menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.
"Walaupun ada pihak menghalang kita berhimpun di Dataran Merdeka itu bukan halangan dan kita semua akan pastikan pada 28 April nanti menjadi satu sejarah di negara ini serta seluruh dunia bahawa rakyat mahukan satu yang adil dan telus pada pilihanraya nanti," sambung beliau lagi.
Sebelum itu, pra himpunan Bersih yang bermula jam 3 petang telah dihadiri lebih kurang 200 orang rakyat yang menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.

No comments: