April 15, 2012

ANAKMUDA DIKASARI, POLIS MENGHISAP ROKOK CUMA PERHATI...

KUALA LUMPUR 14 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak ganas apabila merempuh mahasiswa yang membuat benteng bagi mempertahankan khemah mereka dari dirobohkan di Dataran Merdeka.
Dua mahasiswa, dikenali Alif Hafiz dan Alif Asyraf turut cedera apabila dicekik dan ditumbuk dari bahagian belakang ketika penguatkuasa berkenaan meroboh khemah mereka jam 5 petang tadi.
Daripada enam buah khemah yang didirikan sejak semalam, hanya satu sahaja yang tinggal selepas dirosakkan penguatkuasa DBKL.
Terdahulu, penguatkuasa DBKL mula merosakkan dua buah khemah sejak jam 3 petang manakala tiga lagi didirikan semula mahasiswa berkenaan.Menurut seorang jurucakap mahasiswa di situ, beberapa anggota polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa melakukan sebarang tindakan.Katanya, mereka juga telah berbincang dengan peguam dan akan meneruskan ‘Sidang Rakyat’ seperti yang dilakukan malam tadi.
Mahasiswa membuat benteng mempertahankan khemah mereka
Bagaimanapun katanya, mereka memerlukan khemah tambahan untuk meneruskan aksi bantahan mereka.
Semalam, kira-kira 30 mahasiswa mendirikan khemah di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan dan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mereka juga merancang untuk berkhemah di kawasan itu sehingga 28 April ini

No comments: