April 30, 2013

KEMPEN GUNA VIDEO LUCAH SATU JENAYAH ~ MUSA HASSAN

pabila Musa Hassan mula bersuara ....
KAMPEN POLITIK GUNA VIDEO LUCAH SATU TINDAKAN JENAYAH: MUSA HASSAN.





(Oleh Sidiqin Omar)



KUALA LUMPUR 29 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu.

Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak.

Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu.

“Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku,” tegas Musa.

Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

“Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.

“Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi,” kata Musa.

Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi.

“Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” kata Musa.

19



Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51286
KAMPEN POLITIK GUNA VIDEO LUCAH SATU TINDAKAN JENAYAH: MUSA HASSAN.
(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 29 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
“Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu.
Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak.
Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu.
“Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku,” tegas Musa.
Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.
“Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.
“Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi,” kata Musa.
Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi.
“Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” kata Musa.
19

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51286

PAK WAN @ DATUK DR WAN ISMAIL WAN MAHMUD BERKEMPEN DI N13 DUN KUANNG @ BANDAR TASIK PUTERI

Calon-Calon N13 Dun Kuang ~ Tg Maraziah Tg Sulaiman, Calon P97 Parlimen Selayang ~ William Leong bersama Pak Wan@ Datuk Wan Ismail Wan Mahmud, ayahanda kpd Datuk Presiden PKR di Ceramah INI KALILAH semalam di Bilik Gerakan Utama Bdr Tasik Puteri ~ turut sama Sdr Othman Hitam dan Puan Khatijah Daud.




April 28, 2013

SEKITAR PROGRAM SANTAI BERSAMA DATO SAIFUDDIN NASUTION @27 APR ~5PTG ~BANDAR TASIK PUTERI, DUN KUANG







NIK AZIZ YAKIN KERAJAAN BARU PADA 5 MEI INI



Nik Aziz
Nik Abdul Aziz berucap pada ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di Putrajaya malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
PUTRAJAYA - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Barisan Nasional (BN) akan dikuburkan selama-lamanya pada 5 Mei ini dengan kerajaan baru dibentuk pada keesokan hari.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dengan angin kebangkitan rakyat negara ini yang mahukan perubahan dalam atmosfera politik akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai peneraju kepimpinan negara dan menolak kerajaan sekarang.

“(Pada) 5 Mei rakyat akan mengundi, keyakinan saya mereka memilih kerajaan yang berlandaskan syariat Islam.

“6 Mei seluruh negara akan merayakannya dengan tertubuhnya negara Islam sebenar. Gelombang Islam akan hapuskan nilai-nilai sekular,” katanya ketika menyampai ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di sini malam tadi.

Hadir sama, calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Md Nor Mohd; Yang Dipertua Pas Putrajaya, Nazir Zakaria dan calon Pas Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.

Dalam perkembangan sama menurutnya, PR akan menerapkan konsep cara hidup Islam sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan.

“Islam datang dari ALLAH SWT, kita (manusia) hanya menumpang di dunia ALLAH. Tibalah masanya kita amalkan sebuah negara mengikut acuan seperti yang disyariatkan.

“Saya yakin Putrajaya ini bakal dirampas dan kita bersama-sama menobatkan Datuk Husam Musa sebagai Ahli Parlimen Pas di sini,” katanya.

Sementara itu, di Pentas Treler Negara Berkebajikan yang sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya BN terus memerintah negara fitnah akan menjadi santapan rakyat setiap hari.

“Sebelum menjelang tarikh 5 Mei, Umno-BN telah rencanakan 1,001 fitnah jahat sebagai momokan pilihan raya.

“Terkini blogger Milo Suam mendedahkan proses undi awal penjawat awam tidak seperti dijadualkan berlangsung pada 30 April telah didakwa tetapi Papagomo yang memihak kepada mereka dibiarkan bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh,” katanya.

Mengulas perkara sama Nurul Izzah berkata, tanpa Pemantau Pilihan Raya (Paca) tidak mustahil BN akan merampas keputusan pilihan raya.

“Diingatkan undi setiap rakyat adalah penting untuk masa depan negara kerana pilihan raya kali ini terpenting buat kita.

“Kita perlu kuat menahan fitnah dan tohmahan menjelang tarikh 5 Mei kerana semua itu akan kita kuburkan pada hari berikutnya,” katanya.

SinarHarianOnline

April 27, 2013

UNDI BEBAS TIDAK AKAN MEMBENTUK KERAJAAN.. KHALID IBRAHIM DI DUN KUANG!!!!



Dato Menteri Besar Selangor semalam telah meluangkan masa untuk bersama-sama calon N13 Dun Kuang, YM Tengku Maraziah Tengku Sulaiman dan Calon P97 Parlimen Selayang William Leong, menunaikan fardhu solat asar berjemaah di Mesjid Kg Damai dan seterusnya melawat tapak pasar malam Kundang..

Yang penting sekarang rakyat dan pengundi-pengundi di Dun Kuang khasnya akan menikmati pelbagai rancangan pembangunan dengan terus mengundi calon2 dari Parti Keadilan Rakyat~ Undi bebas tidak akan membentuk kerajaan!


April 26, 2013

BEEND SELANGOR USAHA BELI BILIK GERAKAN PAKATAN RAKYAT

Kerajaan Selangor mendakwa satu gerakan besar-besaran dilakukan Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR). Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu selain cubaan Barisan Nasional (BN) menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen. [image: Abdul Khalid Ibrahim] Menurutnya, beliau menyeru rakyat di negeri ini membuat laporan dan memberi maklumat jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.

JOM TOLAK ANWAR!!!! KITA TOLAK ANWAR SAMPAI KE PUTRAJAYA!!

25 April 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
KUALA LUMPUR - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Baki adalah mereka yang tidak pasti pendirian.

"Populariti Anwar ini meningkat apabila beliau memulakan siri jelajah ke seluruh negara," ujar beliau.
Menurut hasil kajian itu lagi katanya, 54 peratus daripada pengundi Melayu turut memilih Anwar sebagai perdana menteri manakala 34 peratus pula memilih Najib.

Anwar turut popular di kalangan pengundi kali pertama yang cenderung memilih beliau sebagai perdana menteri.

Berdasarkan hasil kajian yang membabitkan pelbagai latar belakang umur, kaum, pekerjaan dan pendidikan itu di Semenanjung Malaysia, Najib mengungguli aspek pemimpin yang rapat dan mesra pengundi atau rakyat.

April 25, 2013

UNID PR, SELANGKAH KE PUTRAJAYA, KEKALKAN SELANGOR !!! BIODATA CALON WANITA PKR DUN KUANG, SELANGOR ~ TENKU MARAZIYAH TENKU SULAIMAN ~ CALON WANITA BERWIBAWA, U


Riuhrendah bila dengar ucapan Calon Dun Kuang, YM Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman ni..... semalam di Bandar Tasik Puteri..24 April 2012....


Assalamualaikum dan Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat dan pengundi-pengundi di Dun Kuang. Disini saya kongsikan sedikit-sebanyak biodata dan latar belakang saya:

Nama : Tengku Maraziyah binti Tengku Sulaiman
Tarikh Lahir : 5 Jan 1962
Negeri Lahir : Negeri Sembilan
Kelulusan : Diploma dari Inst Teknologi MARA dalam bidang Sains Kesetiausahaan
Berkahwin & mempunyai 3 orang anak

Dibidang politik, saya merupakan antara yang terawal menyertai Parti Keadilan Nasional sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1998 lagi sebagai reformis sehinggalah ianya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Selama lebih 14 tahun di dalam perjuangan 'rakyat' ini, saya bermula dari peringkat bawah sehinggalah diberi kepercayaan menyandang beberapa jawatan penting didalam parti seperti berikut:

- Bendahari Wanita Selangor
- Naib Ketua Wanita Selangor
- Ketua Wanita Bahagian Selayang (2 penggal)
- Naib Ketua Bahagian Selayang
- Bendahari Negeri Selangor
- Timbalan Bendahari Agung Pusat

Selain di bidang politik, kerjaya saya dibidang pentadbiran bermula sejak 1982 lagi. Saya mempunyai pengalaman bekerja di beberapa syarikat multinational dan korporat dari jawatan setiausaha ke Pengurus Pejabat sehinggalah ke jawatan Pengarah Eksekutif sebelum berkhidmat di Pejabat Menteri Besar Selangor. Berikut merupakan butiran terperinci:

1982 - Setiausaha di Richardson Vicks Sdn Bhd (multinational pharmaceutical company)
1987 - Setiausaha di Daya Urus Sdn Bhd
1990 - Pengurus Pejabat di Currie & Brown (Malaysia) Sdn Bhd (UK based Quantity surveying co.)
2004 - Executive Director Aspek Kuasa Sdn Bhd
2009 - Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor, merangkap Pengurus Pejabat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)


Sedikit-sebanyak khidmat dan pengalaman saya didalam pentadbiran dan di arena politik ini, saya dengan rasa rendah diri menyeru rakyat di Dun Kuang untuk bersama saya dan Pakatan Rakyat dalam meneruskan perjuangan ini. Moga Allah redha.

Sekian, salam perjuangan!


Tengku Maraziyah bt Tengku Sulaiman
Calon PKR N13 DUN Kuang

April 24, 2013

MAJIKAN HARUS BERI CUTI SEPARUH HARI..UTK PRU13

SHAH ALAM – Majikan-majikan di sektor swasta dikehendaki membenarkan pekerja mereka menunaikan tanggungjawab keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013. Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Mohd Jeffrey Joakim berkata, majikan harus mengambil tindakan sewajarnya dengan memberi masa luang yang munasabah kepada pekerja yang mengundi berdekatan tempat kerja. Menurutnya, majikan perlu memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh dari tempat kerja

April 23, 2013

BN taja calon Bebas untuk pecah undi Pakatan - Fuziah Salleh

Photo: BN taja calon Bebas untuk pecah undi Pakatan - Fuziah 



(Oleh Aisha Geoffrey) 



KUALA LUMPUR 20 APRIL: Kehadiran calon-calon Bebas pada pilihan raya kali ini yang kebanyakannya ditaja BN bertujuan memecahkan undi Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.



"Calon Bebas ada yang ditaja, dengan tujuan untuk memecah undi Pakatan," katanya kepada Keadilan Daily.



Calon Parlimen Kuantan itu mengulas isu calon Bebas yang bertanding menyebabkan pelbagai penjuru di banyak kawasan.



Fuziah berkata, percaturan BN meletakkan calon Bebas tersasar apabila strategi itu juga boleh menyumbang kelebihan kepada Pakatan. 



"BN mungkin menyangka sokongan kepada Pakatan Rakyat akan berkurangan bila ada ramai calon Bebas. Pakatan tidak khuatir dengan perkara itu kerana kita yakin rakyat sudah buat keputusan. 



"Keputusan rakyat muktamad sama ada memilih Pakatan ataupun BN. Golongan atas pagar juga tidak ramai dan di awal-awal musim pilihan raya ini, dilihat golongan atas pagar semakin cenderung, menjelang pengundian mereka pasti sudah buat keputusan," kata Fuziah. 



Antara pertembungan pelbagai penjuru yang menarik termasuk di Permatang Pauh antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mazlan Ismail (Umno) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).



Begitu juga di Padang Serai yang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara N Surendran (KEADILAN), Heng Seai Kie (BN), Hamidi Abu Hassan (Berjasa), Othman Wawi (Bebas) dan N Gobalakrishnan (Bebas).



Lembah Pantai turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nurul Izzah Anwar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan Rosli Baba (Bebas).



Fuziah bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Suffian Awang.
BN taja calon Bebas untuk pecah undi Pakatan - Fuziah

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 20 APRIL: Kehadiran calon-calon Bebas pada pilihan raya kali ini yang kebanyakannya ditaja BN bertujuan memecahkan undi Pakatan Rakyat, kata Naib P...residen KEADILAN, Fuziah Salleh.

"Calon Bebas ada yang ditaja, dengan tujuan untuk memecah undi Pakatan," katanya kepada Keadilan Daily.

Calon Parlimen Kuantan itu mengulas isu calon Bebas yang bertanding menyebabkan pelbagai penjuru di banyak kawasan.

Fuziah berkata, percaturan BN meletakkan calon Bebas tersasar apabila strategi itu juga boleh menyumbang kelebihan kepada Pakatan.

"BN mungkin menyangka sokongan kepada Pakatan Rakyat akan berkurangan bila ada ramai calon Bebas. Pakatan tidak khuatir dengan perkara itu kerana kita yakin rakyat sudah buat keputusan.

"Keputusan rakyat muktamad sama ada memilih Pakatan ataupun BN. Golongan atas pagar juga tidak ramai dan di awal-awal musim pilihan raya ini, dilihat golongan atas pagar semakin cenderung, menjelang pengundian mereka pasti sudah buat keputusan," kata Fuziah.

Antara pertembungan pelbagai penjuru yang menarik termasuk di Permatang Pauh antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mazlan Ismail (Umno) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).

Begitu juga di Padang Serai yang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara N Surendran (KEADILAN), Heng Seai Kie (BN), Hamidi Abu Hassan (Berjasa), Othman Wawi (Bebas) dan N Gobalakrishnan (Bebas).

Lembah Pantai turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nurul Izzah Anwar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan Rosli Baba (Bebas).

Fuziah bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Suffian Awang.
See More

April 22, 2013

NAJIB PUN PANDAI PAKAI BAS MACAM ANWAR ....... RAKYAT TAK SAMBUT PUN DI SELAYANG


Program Najib turun padang di Bandar Baru Selayang sebentar tadi cukup memberi malu besar kepada beliau selaku Pengerusi barisan Nasional merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Bukan saja beliau patut berasa malu kerana meniru cara DSAI menggunakan bas Jelajah Merdeka Rakyat untuk turun padang menemui rakyat, tetapi dimalukan lebih teruk apabila dimaklumkan tiada sambutan diberikan oleh penduduk Bandar baru Selayang keatas kehadiran beliau disana.

Yang ramai berkerumun itu adalah dari kalangan petugas yang dikerah turun bagi menunjukkan kononnya Najib dan UMNO/BN mendapat sambutan baik dan hangat dari penduduk tempatan.

Hakikatnya penduduk tempatan langsung tidak ambil kisah dan port sehingga menyebabkan para petugas ada yang menyamar sebagai penduduk tempatan angkat plakad tertera tulis ayat "I LOVE BN dan I LOVE PM".

Cuba perhatikan baik-baik rakaman gambar diatas...Nampak tak para peniaga dan penduduk tempatan buat don't know tentang kehadiran Najib..Ada tu sekadar perhatikan dari jarak jauh dan bukannya menyerbu kepada beliau jika penduduk tempatan benar-benar kasih dan sayangkan Najib dan BN.

Jelas warga Selayang tolak UMNO/BN pimpinan Najib Razak!!!!!!.

SAHH! MIKE TYSON JOINED PAS





"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini. Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

INI KALILAH KUANG ! CALON PKR N13 ~ TENGKU MARAZIYAH TENGKU SULAIMAN


April 20, 2013

PKR DAN PAS BERSEMUKA DI ENAM KERUSI, TIADA KOMPROMI

PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di enam kerusi - sebuah Parlimen dan lima DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.

Kerusi Parlimen tersebut ialah Labuan, manakala enam kerusi DUN itu ialah Sungai Acheh di Pulau Pinang, Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) serta tiga lagi DUN di Terengganu - Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir.

Di Labuan, PKR mencalonkan Ibrahim Menudin manakala PAS meletakkan Hadnan Mohamad.

Mereka akan berdepan dengan pendatang baru Rosman Isli dari Umno. Pada 2008, kerusi itu dimenangi oleh Yusof Mahal dari Umno dengan majoriti yang besar.

Star Online melaporkan Ibrahim sebagai berkata tiada kompromi dan mereka akan berentap antara satu sama lain.

Katanya, mereka tidak boleh menarik diri kerana sudah memfailkan kertas pencalonan dan jika berbuat demikian, akan hilang wang deposit.

Ibrahim, merupakan salah seorang rekrut baru PKR dengan latar belakang korporat, yang juga bertanding kerusi DUN Bongowan di bawah Parlimen Kimanis.

Di Pulau Pinang, PKR dan PAS akan bertembung di Sungai Acheh.

NONEPKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin (kiri) yang lebih dikenali sebagai ChuguBard manakala PAS meletakkan Mohd Yusni Mat Piah.

Kerusi itu disandang oleh Mahmud Zakaria dari Umno, yang menang pada 2008 dengan majoriti nipis 250 undi.
di Kota Putera, Adam Mat Said (PAS) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) akan berdepan dengan Mohd Mahdi Musa (BN).
Di Bukit Besi pula, PAS dan PKR turut meletakkan calon masing-masing iaitu Roslan Islam (PAS) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR). Mereka akan berdepan dengan calon BN, Roslee Daud.
Kerusi Kota Damansara pula akan ditandingi enam calon, termasuk dari PAS dan PKR. Mereka ialah Ridzuan Ismail (PAS), Halimaton Saadiah Bohan (BN), Mohd Nasir Hashim (PKR-penyandang), Halmi Omar (Bebas), Edros Abdullah (Bebas) dan Suppiah a/l Anandan (Bebas).

PAS mesyuarat Isnin ini
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof berkata, Jawatankuasa Harian Pusat parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini untuk membuat keputusan berhubung pertindihan calonnya dengan PKR.

"Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya dalam kenyataannya petang ini

SUNGAI ACHEH, PULAU PINANGBadrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)

KOTA DAMANSARA, SELANGORRidzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)

LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUANRosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)

PANTI, JOHORAzlisham Azahar (PAS) 
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) 

SEBERANG TAKIR, TERENGGANUDatuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

KOTA PUTERA, TERENGGANUMohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

BUKIT BESI, TERENGGANURoslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)

TIAN CHUA TIDAK GENTAR HADAPI LAWAN 5 PENJURU


Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 bagi P115 Batu menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah 56 tahun Malaysia menghadapi pertandingan lima penjuru antara KEADILAN, BN, Berjasa dan dua calon Bebas.

Penyandang kerusi Batu yang juga Naib Presiden KEADILAN Tian Chua bagaimanapun tidak gentar menghadapi persaingan sengit tersebut.

PARLIMEN PASIR MAS ~ BERAHIM ALI LAWAN NIK ABDUH NIK AZIZ

Calon BN tidak serah borang di Parlimen Pasir Mas menyaksikan satu lawan satu antara Datuk Ibrahim Ali (Bebas) dan Nik Abduh Nik Aziz (Pas).

GEMPAR !!! Lihat nama Allah muncul d atas msjd layangan slps penamaan calon tempat PAS Labuan berkumpul & solat hajat

Lihat nama Allah muncul d atas msjd layangan slps penamaan calon tempat PAS Labuan berkumpul & solat hajat

Kiriman : Muslimat Labuan

NAIB KETUA WANITA AEMNO JADI CALON BEBAS.......

TERKINI : Kejutan Buat UMNO/BN Di Kuala Kangsar. Naib Ketua Wanita UMNO Menongkah Arus Apabila Beliau Menyerahkan Borang Pencalonan Pagi Tadi Dan Sekaligus Menjadi Calon Bebas Pada PRU13 Kali Ini... Besar Kemungkinan Keahliannya Daripada UMNO/BN Dilucutkan (Dipecat)...

DAH CAKAP DAH BERAHIM NI AKAN MENANG..... CALON BN TARIK DIRI BAGI LALUAN

SEKITAR PENAMAAN CALON AMPANG........AC MIZAL DI MANAAAAAAAAAA???




SEKITAR PENAMAAN CALON AZMIN ALI @PARLIMEN GOMBAK




TINDAKAN MEMBAYAR 5 JUTA JIKA MENARIK DIRI ATAU MELOMPAT PARTI ~ PKR



JOHOR BAHRU - Dalam apa yang dilihat sebagai serangan terlebih dahulu, PKR mewajibkan calonnya pada pilihan raya umum ke-13 untuk membayar ganti rugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka belot selepas menerima watikah calon untuk bertanding sama ada bagi kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
   
Parti itu turut menghendaki calon menandatangani ikrar dengan berjanji untuk tidak belot daripada parti sebaik sahaja mereka menerima watikah calon atau selepas dipilih menjadi wakil rakyat.
   
"Selepas menerima watikah calon, jika ada calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti, mereka perlu membayar ganti rugi RM5 juta kepada parti," kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong.
   
Bercakap kepada pemberita sebelum menyampaikan watikah calon di pejabat parti di Bandar Baru Uda di sini hari ini, beliau berkata mereka yang gagal membayar ganti rugi itu akan diheret ke mahkamah.
   
Beliau menegaskan tiada ruang untuk calon berpaling tadah sebaik sahaja menerima watikah calon.

Tindakan drastik itu diambil setelah ramai wakil rakyat daripada PKR berpaling tadah selepas pilihan raya umum ke-12.
   

April 19, 2013

BARISAN PAKATAN HARAPAN RAKYAT DI SELANGOR....MANTAP DAN TANDA KEYAKINAN KEKAL SELANGOR


Muka baru mantapkan kepimpinan Pakatan Selangor





SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor menampilkan ramai muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan juga kawasan Parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Penampilan muka baru ini turut melibatkan perubahan kawasan yang bertanding yang melibatkan calon dari PAS, PKR serta DAP.

Senarai tersebut diumumkan ketika program pengistiharan calon PRU13 dan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.

Daripada senarai tersebut dua orang exco dalam kerajaan sementara Selangor yang mewakili DAP tidak disenaraikan iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu yang bertanding di Dun Kinrara dan Pandamaran sebelum ini.

Percaturan menampilkan muka-muka baru ini adalah bagi memantapkan lagi kepimpinan dan kebertanggungjawaban terhadap penduduk Selangor pada masa yang akan datang, tinjauan mendapati rata-rata rakyat Selangor berkeyakinan dengan penampilan muka baru yang dapat memberi perubahan serta keyakinan rakyat untuk terus memilih Pakatan Rakyat memerintah bagi penggal kedua.

Antara kerusi yang menjadi tumpuan pada PRU13 nanti melibatkan kerusi Shah Alam yang diwakili Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad yang akan menentang calon BN, Datuk Zulkifli Noordin yang sebelum ini menjadi calon Bebas setelah keluar dari PKR. 

Selain itu juga Parlimen Sepang turut dilihat sebagai kerusi panas apabila PAS meletakkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin yang dipindahkan dari kerusi Parlimen Tanjung Karang, yang akan menentang Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed dari BN.

Bagi kerusi PKR, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari yang pertama kali turun sebagai calon akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam yang bertemu dengan Mohd Fasiah Mohd Fakeh dari BN.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang bertanding di Parlimen Pandan juga menjadi kerusi tumpuan apabila menentang calon BN, Gary Lim Chin Yee yang sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Ong Tee Keat (BN), namun beliau tidak dicalonkan untuk PRU13. 

Menurut sumber-sumber mengatakan Ong Tee Keat akan bertanding di atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu kerusi tumpuan juga turut melibatkan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid ibrahim yang berpindah dari Ijok dan bertanding di Pelabuhan Klang bagi merampas kembali kerusi calon Bebas, yang kali ini bertembung dengan Datut Nasaruddin Md Zin dari BN.

PAS menampilkan muka baru di antaranya, Wahid Rais (Dun Sungai Air Tawar), Muhamad Idris Ahmad (Dun Hulu Bernam), Mohamad Judi Sarjo (Dun Sungai Burong),  Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (Dun Jeram), Zaidy Abdul Talib (Dun Taman Tampler), Hasbullah Mohd Ridzuan (Dun Gombak Setia), Razaly Hassan (Dun Dusun Tua), Mohd Shafie Ngah (Dun Bangi), Noor Hanim Ismail (Dun Sri Serdang) dan Mohd Khairuddin Othman (Dun Paya Jaras), 

Sementara itu, DAP banyak memperkenal muka baharu di peringkat Dun iaitu Tiew Way Keng (Dun Teratai), R. Rajiv (Dun Bukit Gasing), Ng Tien Chee (Dun Balakong), Yeo Bee Yin (Dun Damansara Utama), V.Ganabatirau (Dun Kota Alam Shah) dan Loh Chee Heng (Dun Teluk Datuk)

PKR pula memperkenal calon baru di peringkat Dun seperti Borhan Aman Shah (Dun Dengkil), Lee Chin Cheh Dun (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Dun Sementa), Hamidi A Hassan (Dun Semenyih), Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (dun Kuang), K.Ramachandran (Dun Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Dun Ijok). 

DAYANGKU INTAN VS AZALINA OTHMAN

PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said. Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang setelah menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam. 

April 18, 2013

UNDILAH CALON PKR SDR ZAKARIA ABDUL HAMID UNTUK PARLIMEN BERA, PAHANG

zakaria
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan penghargaan kepada PAS diatas kesefahaman dalam menyelesaikan pertukaran kerusi Parlimen antara Temerloh dengan Bera.
Selaku calon yang dipilih mewakili Pakatan Rakyat dalam PRU 13, secara peribadi saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada PAS Kawasan Bera yang diketuai Yang DiPertuanya Ustaz Sulaiman Mohamad kerana kebijaksanaan dan keprihatinan beliau mengemudi kerjasama Pakatan Rakyat.
Sebagai pembawa panji-panji Pakatan Rakyat, saya mengambil sepenuh tanggungjawab memastikan keberkesanan kempen dan seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat di kerusi Parlimen Bera dalam PRU13 pada 5 Mei ini.
Kesepakatan dan komitmen semua rakan-rakan Pakatan Rakyat adalah punca kejayaan dalam usaha memartabatkan kuasa dan kebajikan rakyat khususnya di Parlimen Bera.
Hasil sumber kajian awal, kami menjangkakan kemenangan mudah di DUN Triang yang diwakili DAP dan peluang seimbang di DUN Guai yang diwakili PAS serta DUN Kemayan yang diwakili KEADILAN.
Kami juga yakin mood ‘UBAH’ yang hangat melanda seluruh negara bakal menyaksikan Parlimen Bera bakal ditawan Pakatan Rakyat.
Zakaria Abdul Hamid
Calon KEADILAN P090 Bera

undilah calon muda pkr pakatan harapan rakyat dun pangkor negeri perak ~SAIFULLAH ZULKIFLI

abg epul
Calon KEADILAN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor, Saifullah Zulkifli optimis terhadap penyertaan ‘lautan’ pengundi muda yang bakal menjadi ‘ombak besar’ yang akan menenggelamkan Menteri Besar haram, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu berkata, hampir separuh daripada 23,000 pengundi Pangkor adalah anak muda.
Jumlah ini meyakinkan beliau bahawa kebangkitan golongan ini di seluruh negeri semakin merebak ke Pangkor.
“Tawaran Pakatan Rakyat dalam manifesto banyak menyentuh keperluan semasa anak muda. Peranan saya untuk pastikan tawaran itu betul-betul difahami.
“Rakyat berhak tahu dan faham hak mereka sebelum mengundi. Kami tak akan ambil kesempatan dengan menghasut pengundi dengan politik kotor,” katanya kepada Keadilan Daily.
Saifullah berkata, 13,000 pengundi di DUN Pangkor terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, dan kebanyakannya mahu kebajikan tentera yang terabai di bawah BN mendapat pembelaan setimpal.
Maklumat yang diterima melaporkan Zambry sering ke pangkalan TLDM dan pelbagai program ‘politik’ diadakan demi survival kuasanya di Pangkor.
“Kegagalan pengurusan atasan menjaga kebajikan tentera menyebabkan ramai anggota tentera hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN.
“Kami dah ‘all out’ jentera dan cuba pastikan undi tentera laut bersama Pakatan Rakyat. Saya yakin, angkatan keselamatan dapat bezakan yang benar dan salah,” kata Saifullah.
Tambah beliau, perjuangan politik perubahan adalah perjuangan melalui proses mendidik, maknanya semakin keras sesebuah parti menghasut akan membuatkan masyarakat umum semakin jauh daripada perjuangan mereka.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50648

UNDILAH CALON DUN HULU BERNAM HAJI IDRIS AHMAD CALON PAS PAKATAN HARAPAN RAKYAT

PROFIL CALON PAS N05 DUN HULU BERNAM


TARIKH LAHIR : 10HB APRIL 1961
ALAMAT : NO. 11A, JALAN KERUING 4A, TAMAN KERUING, RASA, HULU SELANGOR 

ISTERI : HAJJAH ROZLINAH BINTI HASHIM


CAHAYA MATA

AADAM BIN MUHAMAD IDRIS(22 tahun)
NUUH BIN MUHAMAD IDRIS (20 tahun) IBROHIM BIN MUHAMAD IDRIS (19 tahun) IISA BIN MUHAMAD IDRIS (17 tahun) MUUSA BIN MUHAMAD IDRIS (15 tahun) DAAWUD BIN MUHAMAD IDRIS (13 tahun) SULAIMAAN BIN MUHAMAD IDRIS (12 tahun) MARYAM THOHIRAH BINTI MUHAMAD IDRIS (10 tahun)


PENDIDIKAN
1972 SEK REN BANDAR HILIR MELAKA (PENILAIAN DAJAH 6)
1976 SEK MEN AMINUDDIN BAKI JB JOHOR(SRP)
1978 SEK TINGGI MUAR JOHOR(SPM)
1980 PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA
1984 INSTITUT TEKNOLOGI MARA DPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

KERJAYA
'86-'89 LANKHORST PANCABUMI CONTRACTORS SDN BHD (Site Supervisor) '90-'92 SHIMIZU CORPORATION SDN BHD (Site Supervisor) 92-'02 PERCON CORPORATION SDN BHD (Auditor-Technical) '02-'11 SUNWAY CONSTRUCTION SDN BHD (Senior Supervisor) '11- kini ALLIANCE PRECAST INDUSTRIES SDN BHD  (QA QC Executive)

POLITIK
1990 SETIAUSAHA PAS CAW SEKSYEN 11, KAW SHAH ALAM

2002-2005 SETIAUSAHA PAS CAW RASA, KAW HULU SELANGOR

2005-2007 KETUA IT PAS KAW HULU SELANGOR

2007-2009 SETIAUSAHA PAS KAW HULU SELANGOR
2009-2011 NYDP PAS KAW HULU SELANGOR
2011- KINI YDP PAS KAW HULU SELANGOR


KHIDMAT KEMASYARAKATAN
2002 TYDP PIBG SEK REN KEBANGSAAN RASA
2002 SETIAUSAHA SURAU TAMAN KERUING RASA
2011-KINI AJK MASJID ALKHOLIDIAH RASA
2012-KINI KETUA BIRO KESELAMATAN TAMAN KERUING RASA

MB BARU TERENGGANU ~ AZAN ISMAIL DARI KEADILAN

Azan Ismail
KEADILAN akan bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.
Kawasan terlibat adalah DUN Bandar (N14), Bukit Besi (N25), Telemung (N21), Seberang Takir (N11), Permaisuri dan Kota Putera (N02).
Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan, Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail diletakkan sebagai calon DUN Bandar.
Azan Ismail
Penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota itu akan bertemu calon tunggal MCA, Datuk Toh Chin Yaw di negeri itu.
Manakala Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Dungun yang juga kontraktor, Mohd Shamsul Mat Amin, 28, akan bertanding di DUN Bukit Besi.
Bagi DUN Permaisuri, Wan Mokhtar Wan Ibrahim dipilih.
Untuk DUN Telemung pula diwakili Narawi Embung.
Keempat-empat ini diumumkan Wan Azizah di Kuala Terengganu petang semalam.
Sementara itu, untuk DUN Seberang Takir dan Kota Putera, masing-masing diwakili Mohd Nazri Abdullah dan Drs Mohd Abdul Ghani Ibrahim.
Kedua-dua calon ini disahkan Azan kepada Keadilan Daily.
Mengulas pengumuman itu, Azan ketika dihubungi menyifatkan pertukaran kerusi dan penampilan muka baru antara strategi Pakatan Rakyat untuk menawan Terengganu dalam pilihan raya kali ini.
“Saya menyokong penuh pengumuman itu, tiada sebab untuk kecewa atau merajuk. Semua ini untuk kebaikan parti.
“Saya pasti kita akan menang di semua kerusi yang akan ditandingi KEADILAN berdasarkan momentum rakyat yang mahukan perubahan,” kata Azan.
Tambahnya, gerak kerja semua DUN kini berjalan lancar dan hanya menunggu hari pengundian.
“Kita bukan lagi gerak kerja, tapi gerak kilat. Setakat ini kita hanya menunggu hari penamaan calon dan sebelum itu kita akan adakan perjumpaan.
“Selesai penamaan, kita terus berkempen tanpa henti,” katanya.
Dalam program berasingan di Pahang malam tadi, Wan Azizah turut mengesahkan DUN Teruntum (N14) milik KEADILAN. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50600

April 16, 2013

ZURAIDA ~ PKR SELANGOR YAKIN MAMPU SAPU BERSIH 19 KERUSI DUN, 11 KERUSI PARLIMEN SELANGOR

15 April 2013
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
PETALING JAYA - PKR Selangor yakin mampu menyapu bersih kesemua 19 kerusi Dun dan 11 kerusi Parlimen sekali gus mengekalkan pentadbiran di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata, berdasarkan calon-calon yang isytiharkan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, PKR Selangor dilihat mampu mengulai kemenangan seperti yang dilakar pada 2008.

CALON WANITA PRU13 UNTUK NEGERI SELANGOR MEMENUHI 30 PERSEN KUOTA ~ ZURAIDA

Keyakinan ini adalah berdasarkan culaan dan kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini.
PETALING JAYA: PKR optimis dapat meraih kemenangan pada kesemua 11 kerusi Parlimen dan 19 dari sejumlah 21 kerusi Dewan  Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Ketua Wanita dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin berkata, keyakinan ini adalah berdasarkan culaan dan kaji  selidik yang dijalankan baru-baru ini.
‘Sementara dua lagi kerusi DUN sedang dalam pemantauan dan menunjukkan perkembangan yang baik.
“Ini permulaan yang baik untuk kempen mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, agar dasar-dasar pro rakyat boleh  diteruskan untuk satu penggal lagi,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Zuraida yang juga penyandang kerusi Parlimen Ampang berkata, barisan calon yang diketengahkan menampilkan gabungan profesional  berbilang kaum yang komited kepada perjuangan melahirkan sebuah negara dan masyarakat Malaysia yang adil dan progresif.
PKR Selangor katanya, telah memenuhi sasaran 30% calon wanita bagi kerusi-kerusi DUN di negeri ini dengan menampilkan tujuh calon  wanita dari 21 kerusi yang ditandingi PKR.
“Kesemua calon wanita ini, termasuklah dua muka baru, Tengku Maraziah Tengku Sulaiman dan Dr Daroyah Alwi adalah calon terbaik  yang saya yakin akan memenangi ketujuh-tujuh kerusi yang ditandingi.
“Dengan pengisytiharan calon-calon PKR bagi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN Selangor maka tahap persiapan PKR Selangor telah pun  mencecah 95% untuk menghadapi PRU13.
“Kesemua persiapan lain seperti logistik, gerak kerja penerangan, kempen setempat dan manifesto Pakatan Rakyat Selangor telah pun  siap sepenuhnya,” tambah beliau.

DS ANWAR ~ PERALIHAN POLITIK DI MALAYSIA BUKAN RADIKAL SAPERTI DI TIMUR TENGAH

Dato' Seri Dr.Anwar Ibrahim ketika ditemu bual oleh CNBC pada 15 April 2013,menyampaikan mesej kepada dunia antarabangsa betapa peralihan politik di Malaysia tidak melibatkan peralihan radikal,sebaliknya perubahan dalam suasana demokratik.

' Transisi demokrasi berlaku melalui pilihan raya,Jadi,tidak akan berlaku pergolakan seperti di Timur Tengah dan Arab Spring' kata Anwar-KeADILan Lahad Datu.

JANJI MANISMU LAWAN JANJI DICAPATI

Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad bakal mencabar calon PAS Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin di parlimen Jempol pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Sebelum ini Isa yang juga pengerusi Felda merupakan wakil rakyat DUN Bagan Pinang selepas menang dalam pilihan raya kecil 2009.
Manakala Aishah yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu" pula pertama kali menyertai pilihan raya selepas menyertai parti itu.
Dengan pertembungan dua individu tersebut, timbul cakap-cakap umum yang menyifatkan persaingan mereka di kerusi parlimen itu sebagai 'Janji Ditepati' Isa vs 'Janji Manismu' Aishah. Janji Ditepati adalah slogan yang sering dilaungkan oleh BN
Manakala naib ketua bahagian Jelebu, Zainuddin Ismail pula menggantikan penyandang kerusi parlimen itu Datuk Seri Rais Yatim yang juga bekas menteri penerangan.
Zainuddin akan berdepan dengan ketua penerangan Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah di kerusi tersebut.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding, dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi beliau di parlimen Rembau.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pula dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi parlimen Tampin.

CALON-CALON PAKATAN HARAPAN RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)

P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan)
P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan)
P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS)
P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang)
P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN)
P 059 - Bukit Gantang - Idris Ahmad (PAS)
P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang)
P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN)
P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang)
P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN)
P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su (bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan)
P 065 - Ipoh Barat - M Kulasegaran (DAP - penyandang)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan)
P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim (bertukar dari DUN Titi Serong)
P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang)
P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS)
P 070 - Kampar - (DAP - belum diperolehi)
P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang)
P 072 - Tapah - Vasantha Kumar Krishan(KEADILAN)
P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (PAS - menggunakan lambang KEADILAN)
P 075 - Bagan Datoh - Madzi Hassan (KEADILAN)
P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang)
P 077 - Tanjong Malim - Tan Yee Kew (KEADILAN)

April 11, 2013

MANIFESTO PAKATAN HARAPAN RAKYAT NEGERI PERAK DI LANCAR PADA 15 APRIL, HOTEL RIVERFRONT IPOH~ SEMUA CALON BERTANDING AKAN DIISYTIHARKAN


Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) peringkat negeri secara rasmi pada 15 April ini.

Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’, majlis tersebut akan diadakan di Hotel Riverfront, Ipoh jam 10 pagi.

Katanya, majlis itu akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menurutnya, manifesto yang akan dilancarkan ini adalah sangat menarik dengan pelbagai tawaran yang diberikan rakyat setelah melihat kemampuan hasil negeri ini.

Khairuddin berkata, pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat kajian yang lama dengan mendengar idea daripada pelbagai pihak untuk mencipta satu manifesto yang terbaik untuk rakyat di negeri Perak.

“Kami akan melancarkan satu manifesto terbaik peringkat negeri Perak 15 April ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat,” Katanya dalam sidang media di Bilik Media Pakatan Rakyat, Ipoh di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Naib Pengerusi PKR Perak, Chan Ming Kai, AJK PAS Perak, Zainuddin Mohd Yusof, Bendahari DAP Perak, Lim Pek Har, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Negeri, Safarizal Saleh dan Exconya, Hafez Sabri.

Dalam majlis yang sama, beliau berkata, Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan semua calon yang akan bertanding pada PRU13.

Jelasnya, semua calon tersebut akan melafazkan ikrar bersama tanda kesepakatan ketiga-tiga parti itu.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, pembahagian kerusi ketiga-tiga parti sudah selesai 100 peratus dan calon-calon sudah muktamad, hanya menunggu pengisytiharan secara rasmi.

“Pembahagian kerusi setakat ini sudah selesai semuanya, dan parti komponen sudah memutuskan siapa yang akan bertanding,” jelasnya lagi.

harakahdaily/-

KOLOMPO DI LANDA BANJIR KILAT PETANG TADI



banjir kilat


Kelihatan kenderaan yang melalui terowong Jalan Tun Razak terpaksa melalui lorong sebelah kiri ekoran banjir kilat yang melanda ibu kota petang tadi. - Foto Bernama









\










KUALA LUMPUR - Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.
Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.
Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - Bernama

April 10, 2013

PENAMAAN CALON @20 APRIL, PENGUNDIAN @5 MEI

Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah mengadakan mesyuarat khas menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 20 April (penamaan calon) dan 5 Mei (hari pengundian).

CKGU BARD BERTANDING DI DUN SG ACHEH

PULAU PINANG 10 APRIL: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.
“Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.
“Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi.

April 09, 2013

WE LUV TG NIK AZIZ

Orang tua ini nyanyuk..mereka yang kata,
Tetapi 30 juzuk dalam kepalanya
Orang tua ini gila..mereka yang kata,
Perintah Kelantan bersih tiada selewang dan rasuah,
Orang tua ini tamak dan gila kuasa..mereka yang kata,
Separuh gaji MB nya disedekah..rumahnya sederhana,
Orang tua ini perosak Islam pemecah ummah..mereka yang kata,
Ulama seluruh dunia iktiraf dan sanjung tinggi dirinya,
Orang tua ini pembawa malapetaka..mereka yang kata,
Tenang ,bersahaja, senyum dan sabar orangnya,
Orang tua ini bapa kafir..mereka yang kata,
Islam sangat kah mereka..???

Orang tua ini hanya mahu Islam paling diatas,
Orang tua ini mahu undang Islam terlaksana,
Al Quran bukan sekadar musabaqah setiap tahun dipertandingkan,
maulidur rasul bukan sekadar berarak kerah agensi kerajaan,
Islam adil kepada semua dan berkebajikan!!

SAYANGI TOK GURU
SAYANGI ULAMA..
We ♥ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

CALON PAKATAN RAKYAT KUALA TERENGGANU ~ RAJA DATUK KAMARUL BAHARIN, VOTE HIM FOR PROFESIONALISM !!!!

 


































KUALA LUMPUR: Arkitek terkenal,  Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menegaskan penyertaan beliau ke dalam politik adalah untuk mempastikan golongan profesional memainkan peranan dalam membentuk halatuju negara.

Raja Bahrin yang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai calon parti Islam itu di Parlimen Kuala Terengganu berkata, beliau akan mempastikan suara golongan profesional didengari dalam pentadbiran negara.

"Cukuplah Malaysia kehilangan seorang teknokrat besar negara, Datuk Seri Hassan Marican yang kini menjadi peneraju pelbagai badan korporat besar di Singapura dan antara bangsa.

"Saya akan mewakili golongan ini untuk bersama-sama menyumbang untuk negara," kata beliau ketika ditemui para wartawan selepas pengumuman itu.

Menurut Raja Bahrin, selama ini ramai golongan profesional yang menyertai politik namun jarang arkitek seperti beliau berbuat demikian.