JOHOR BAHRU - Dalam apa
yang dilihat sebagai serangan terlebih dahulu, PKR mewajibkan calonnya
pada pilihan raya umum ke-13 untuk membayar ganti rugi RM5 juta kepada
parti itu jika mereka belot selepas menerima watikah calon untuk
bertanding sama ada bagi kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
Parti itu turut
menghendaki calon menandatangani ikrar dengan berjanji untuk tidak belot
daripada parti sebaik sahaja mereka menerima watikah calon atau selepas
dipilih menjadi wakil rakyat.
"Selepas menerima
watikah calon, jika ada calon menarik diri sebelum hari penamaan calon
atau melompat parti, mereka perlu membayar ganti rugi RM5 juta kepada
parti," kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong.
Bercakap kepada
pemberita sebelum menyampaikan watikah calon di pejabat parti di Bandar
Baru Uda di sini hari ini, beliau berkata mereka yang gagal membayar
ganti rugi itu akan diheret ke mahkamah.
Beliau menegaskan tiada ruang untuk calon berpaling tadah sebaik sahaja menerima watikah calon.
Tindakan drastik itu diambil setelah ramai wakil rakyat daripada PKR berpaling tadah selepas pilihan raya umum ke-12.
No comments:
Post a Comment