April 09, 2013

PAKATAN RAKYAT TIDAK GUNA ASET KERAJAAN NEGERI ~ AZMIN ALI

PRU13 : Kenderaan rasmi akan dipulangkan, tidak boleh guna aset kerajaan negeri Selangor berkempen...ini bukan UMNO@BN..!!!

PETALING JAYA, — Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini berkata kesemua kenderaan rasmi kerajaan negeri Selangor diarah supaya dipulangkan dan pekeliling melarang aset kerajaan negeri digunakan untuk tujuan kempen pilihan raya juga dikeluarkan.
Azmin (gambar) berkata berbeza dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional terdahulu, langkah Pakatan Rakyat ini membuktikan mereka tidak menggunakan aset milik awam dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik.
“Sebagai langkah pertama selaras dengan syarat kerajaan sementara, saya telah arahkan semuaa kereta rasmi milik PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) yang diberikan kepada saya dikembalikan kepada PKNS serta-merta mulai hari ini.
“Ini adalah ujian dalam konsep demokrasi yang selama ini telah dilanggari oleh Barisan Nasional,” kata Azmin dalan satu sidang media di ibu pejabat PKR Tropicana disini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dibubar secara rasmi semalam selepas Parlimen dibubarkan pada Rabu lalu.

Pilihan Raya 2013 yang dijangkan paling sengit dalam sejarah negara sejak kemerdekaan bakal diadakan dalam bulan April ini. Azmin juga menuduh BN selama ini telah menyalahguna jentera kerajaan dan sumbernya untuk aktiviti kempen, walaupun selepas pembubaran Parlimen.
“Amalan itu jelas melanggar prinsip kerajaan sementara dan perlu dihentikan serta-merta,” kata MP Gombak itu.
“Keadilan tidak akan melanggar prinsip ini dan tidak membiarkan perbuatan ini diulangi kali ini. Kami akan pantau proses demokratik sepenuhnya, bermula dengan kerajaan sementara sebagai penghormatan kepada hak rakyat dan menghormati amanah yang diberikan mereka serta pada masa sama memberikan keadilan kepada lawan parti kami,” tambahnya lagi.

No comments: