Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu bermuzakarah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan untuk bermuzakarah dengan PAS, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar. -->
"Banyak perkara yang belum selesai antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab oleh Perdana Menteri.
"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, Perdana Menteri tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai perbincangan dengan mana-mana pihak," katanya.
Menurut Mahfuz, walaupun Dr Mahathir berusaha bertemu Perdana Menteri untuk menjernihkan keadaan, apa yang berlaku selepas itu ternyata semakin buruk akibat sikap Perdana Menteri yang enggan menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.
"Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengatasinya (persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir), jawab pun tidak," kata beliau.
No comments:
Post a Comment