SU: Tertarik dengan berita hari ini, Badan Tindakan Rakyat Selangor yang membuat memorandum meminta kerajaan negeri memansuhkan bayaran permit bazar ramadhan adalah sesuatu yang amat disokong. Bukan senang peniaga2 sendiri berkumpul untuk menyatakan pendapat dan cadangan mereka, Bantiras ini adalah satu tindakan berani sekumpulan peniaga2 Bukit Sentosa yang dapat memberikan luahan hati dan cadangan mereka kepada pentadbir. Harap jangan lagi didokong oleh pemimpin tertentu yang punyai agenda sendiri.
Kerajaan negeri memang memerlukan ahli masyarakat yang berdisiplin dari segi minda dan kualiti fisikal, dimana dapat menzahirkan ahli masyarakat yang berkelas satu, bukan hanya pembangunan fisikal yang berkelas satu tetapi minda masyarakatnya tidak berkemampuan berkelas satu (dari segi minda). Ini dapat membantu kerajaan negeri melunaskan manifesto nya dimasa pemerintahan 5 tahun ini.
Lantas, kerjasama ahli2 masyarakat amat penting, jika selepas ini urusan pasar malam/pekan hari atau pasar tani akan dapat dilaksanakan sendiri oleh penduduk2, soal parkir, urusan penyelenggaraan bangunan (bersama JMB, baca artikel dibawah) dapat juga di realisasikan, maka akan terbangun lah satu bentuk pembangunan yang terkelas, pembangunan infra, minda dan fisikal dengan roh yang kuat, akan dapat kelak menghayati wawasan dan budaya yang tinggi, ini akan dipanggil sekumpulan insan terpuji yang sangat dikehendaki ugama kita.
Shaiful Anuar
SAS H.Sgr
No comments:
Post a Comment