July 23, 2008

Seminar Pengurusan Harta Pusaka - 9 Ogos 2008 Sabtu (2ptg - 5ptg)

Ayoh, kita berseminar..

Isu harta pusaka popular di kalangan orang Melayu kerana isu ini banyak mencetuskan pergaduhan, salah faham, perkelahian sesama adik beradik. Keadaan ini menyebabkan adik beradik tidak bertegur sapa malah lebih berat sehingga ke tahap berlaku parang memarang sesama saudara .
Keprihatinan terhadap isu yang melanda masyarakat ini, satu inisiatif untuk mengadakan Seminar Pengurusan Harta Pusaka akan dijalankan di pejabat Pusat Khidmat Rakyat, DUN Batang Kali, bertempat di Bandar Bukit Sentosa. Pembentangan kertas kerja akan disampaikan oleh sebuah syarikat yang merupakan rakan strategik Amanah Raya.
Seminar yang bermula pukul 2ptg hingga 5ptg boleh dihadiri oleh masyarakat Islam tanpa mengira perbezaan parti kerana program ini ada berkaitan dengan pengurusan harta kerana ramai yang masih belum faham hukum faraid ini.
Harap hubungi Adnan/Shaiful - 016 2772882
Pendaftaran dibuat atas, first comes, first serves!

1 comment:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...

BOLEH SAYA TAHU BAGAIMANA SAMBUTAN SEMINAR TERSEBUT? BERAPA BILANGAN YANG HADIR PADA HARI SEMINAR?

TERIMA KASIH