Datin Seri Dr Wan Azizah dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) pada hari Jumaat.
Usul tersebut telah dihantar sendiri oleh Datin Seri Wan Azizah kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Haji Mulia di pejabat Speaker dengan diiringi oleh Encik Lim Kit Siang (Ipoh Timur) dan Dato’ Kamarudn Jaffar (PAS Tumpat) beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Jika dibenarkan oleh Speaker, usul tersebut akan dikemukakan pada hari Isnin akan datang. Difahamkan Dato’ Seri Anwar akan turut serta di Dewan Rakyat pada Isnin ini.
No comments:
Post a Comment