SU: Anwar baru ditangkap... apa punya polis daaa.....datuk seri baru nak pergi balai, ditangkap pulak... tarak tau kerja kaaa!!!
(AZMIN ALI) >Saya ingin mengulas sedikit mengenai perdebatan semalam, betapa malang rakyat Malaysia mempunyai pemimpin dangkal seperti Menteri Penerangan yang jelas gagal mengemukakan hujah dan jawapan yang berasaskan fakta. Walaupun kita sedia maklum bahawa beliau bukan lawan DSAI, namun sepatutnya wadah debat ini di pergunakan oleh beliau sebagai medan mengemukakan hujah berasaskan fakta dan bukan retorik sejarah, hentam isu peribadi DSAI yang tidak kena mengena dengan tajuk debat. Sabery Cheek tidak langsung nama rakyat dan rasa prihatin kepada rakyat terbanyak. Sedih betul melihat pemimpim muda melayu yang begitu lemah menjadi Menteri Penerangan malaysia. Memang sewajarnya beliau wajib meletak jawatan dengan seberapa segera.Ulasan-ulasan mengenai debat tersebut:a) Soalan DSAI yang ditujukan kepada menteri Penerangan langsung tidak dijawab olehnya, sebaliknya beliau lebih menumpukan pada serangan peribadi terhadap DSAI.b) Soalan yang dikemukakan oleh Dr Nordin Kardin bukan berbentuk soalan, soalan beliau lebih kepada hendak menjadi moderator dan menghentam DSAI dan tidak langsung bertanya soalan.c) Soalan saudara Zulkifli Sulong kepada Menteri Penerangan langsung tidak dijawab (SOALAN ZULKIFLI BERIKUT ; mana menghilangnya wang kerajaan yang kononya hasil dari penjimatan adalah untuk pengangkutan awam) persoalan wang dijimatkan kononya untuk memperbaiki sistem pengangkutan ynag sampai kini tidak habis dibelanjakan. Sabery chik tidak menjawab soalan itu sebaliknya beliau merapu entah kemana.d) DSAI telah menyatakan dengan jelas formula untuk mengurangkan harga minyak malah amat terbuka sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas menerima cadangan beliau dan pakatan rakyat. Kurangkan level IPP simpanan 3bilion dan ambil 2 bilion dari dividen khas Petronas. DSAI langsung tidak mengatakan bahawa beliau mahu menggunakan wang petronas yang lain.Kesimpulan mudah dari debat tersebut, rakyat harus mengenakan tekanan kepada YB-YB Barisan Nasional samada mereka mengambil idea atau formula yang dibentangkan oleh DSAI untuk mengurang harga minyak atau berdiam diri dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di tempat beliau menang semasa pilihanraya yang lepas.Tahniah kepada DSAI atas hujah dan etika debat yang cukup sopan dan menjiwai penderitaan terbanyak. Dengan jumlah penonton yang mencecah 10 juta yang mengikuti debat malam tadi diharap rakyat dan YB-YB dari BN patut mencontohi kepimpinan dan teladan beliau terutama sekali UMNO. Adalah Diharap dengan ini YB-YB dalam umno, ayuhlah masuk Ke Pakatan Rakyat agar perjuangan pembelaan rakyat dapat di bela dan masa depan negara lebih terjamin. sekian.
No comments:
Post a Comment