July 12, 2008

P.Ramlee Sudah Tahu Apa Yang Akan Berlaku Kepada Anwar?

"Cuba anda perhati dan hayati lirik lagu P.Ramlee ini;
SABAR
Beginikah derita Hai orang yang sabar
Dituduh berdusta
Walaupun bercakap benar
Namaku dicemar
Manaku pergi Orang tak gemar
Imanku tak kan bertukar
Dari menipu Biar terlantar
Mengapakah dunia
Hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat Itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa
Pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana
Aku tak rela hidup berdusta
Dimana keadilan
Yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman
Menjadi balasan
Yang lemah ditekan
Yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh Tuhan Aku serahkan
Tetapkan iman

Adnan tentu tahu lagu ini. Adakah P.Ramlee sudah tahu apa yang akan berlaku kepada Anwar?Adakah P.Ramlee dapat menjangka apa kerosakan yang akan berlaku di Malaysia setelah peninggalan beliau? Tentulah ia kebetulan sahaja kan.Tentulah apa yang diluahkan P.Ramlee hanya bersangkut-paut dengan jalan cerita filem beliau kan. Tapi lirik yang diluahkan P.Ramlee sangat bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang kat Malaysia. Sangat bersamaan. Saya tak mahu menjatuhkan hukum (nanti orang kata sub judice pulak) tapi saya rasa orangramai lebih mempercayai Anwar berbanding Najib. Ke mana-mana Anwar pergi selepas tuduhan ini, mendapat sambutan hangat. Tanpa perlu diupah dengan nasi bungkus dan bas percuma untuk mengangkut. Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini, berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua terhadap Anwar dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik. Berikutan perakuan sumpah dan pertuduhan terhadap Najib ini, apa kata Merdeka Center menjalankan survey mereka sekali lagi kepada responden-responden.Kita sama-sama tengok result dia. Walaubagaimanapun dari satu segi, saya melihat satu perbezaan ketara antara P.Ramlee dan Anwar ni. Orang ramai tak muak tengok cerita P.Ramlee yang diulang tayang walaupun berbelaskali.Tapi rakyat naik muak dan bosan dengan pertuduhan sama terhadap anwar yang diulang-ulang! Saya lontarkan ayat ini untuk saya dan anda semua renung-renungkan; “Iman ku takkan bertukar, dari menipu biar terlantar”"
SU: Jika kita menonton Superman I dan Superman II, semestinya Superman II lebih baik, jadi DSAI memang kena bersedia dgn Pengarah dan Penulis Skrip yang sama didalam kes DSAI ini,
namun semalam, Tian Chua mengingatkan kami semua, jangan dibimbang kes liwat, kerana ini adalah konspirasi ke2, maka hendaklah ditolak sekuat2nya...TIADA LIWAT TIADA NAJIB...

No comments: