June 30, 2008

terkini !terkini!

9 MLM

DSAI DAPAT JAMINAN KESELAMATAN DARI HAMID ALBAR

DSAI KELUAR DARI KEDUATAAN TURKI JAM 6 PTG
AKAN BERUCAP DI IBUPEJABAT BARU PKR
MERCHANT SQUARE (DEKAT TROPICANNA)

DATANG BERI SOKONGAN

"RUMAHKU BEBAS AEDES"

Pelancaran Gotong Royong &
program rumahku bebas aedes
akan dibuat oleh YDP
Majlis Daerah pada

5 Julai, Sabtu
Padang bolasepak Perumahan Kemboja 4A
BANDAR BUKIT SENTOSA 3

SEMUA DIJEMPUT HADIR

KEPUTUSAN PETITION 4 JULAI..... LAPORAN POLIS DIBUAT UTK MENGUGAT ANWAR BERTANDING DI KUALA KANGSAR>>>

Anwar to announce by-election candidacy this week?
This is what Anwar Ibrahim told Agence France Presse (AFP) in a telephone interview this morning:
Anwar said the allegations were aimed at derailing his spectacular political comeback as the figurehead of the opposition which made unprecedented gains in March elections, and came just as he was about to re-enter parliament.
"This is their intention. You know we will announce a by-election this week. I will contest in the by-election, the police knew that," he said. [...]
"Umno members and MPs have promised to come out and campaign for me so they come out with these sexual allegations to stop me from securing power," he said.
I personally spoke to the foreign correspondent who filed the AFP story and he re-confirmed it. Therefore, I am awaiting more development with bated breath. Rafidah Aziz will know her fate this week, too.
by Jeff Ooi at June 30, 2008 09:27 AM

SU: BN PENAKUT, ANWAR AKAN BERTANDING DIKUALA KANGSAR

ANWAR DI KEDUTAAN TURKI





11 TAHUN LALU, BENDA YG SAMA TAK AKAN BERLAKU....


11 years ago. The whole Anwar sodomy episode started in 1997, when I was still in Form 4. Back then, I was apathetic to the political situation in the country. But as an impressionable young kid, I looked forward to reading about the case in the newspapers, as it was the only source of news for me back then (which would apply to most Malaysians as well).
Soiled mattresses. Witnesses who confessed to being sodomized by Anwar. I mean, the press wouldn’t make this up right? Little did I know then the absolute power that Mahathir had over the police, the judges, and the media. From then on, there was a seed planted in my mind that Anwar was a sodomite, although there were still some doubts. Even though, years down the road, I starting doubting that Anwar did such a thing, there was always that seed in my mind that told me he could have done it.
However, something happened to me last year. That seed was finally expelled from my mind. What could be so convincing? Take a look at the videos below from Foreign Correspondent, and you will see that there is no credibility in Anwar’s previous sodomy cases, and in what is probably going to be Anwar’s biggest headache now. Not enough people have watched these videos, and more should. Spread the word. Being silent is no longer an option.

BUDAK SAIFUL NI KENA BELI ....



Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, (i/c no 850706-01-5687)


"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”


Anyone any idea where Kondominium Desa Damansara is?



Pas pun boleh fikir.....

PAS melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan jahat melibatkan peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan niat membusukkan nama baik, maruah dan kredibiliti beliau. -->
"Ternyata konspirasi ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dari pelbagai krisis yang sedang melanda negara.
"Kenaikan kos saraan hidup akibat penarikan semula subsidi bahan bakar sebanyak RM13.7 bilion mencetuskan kesan berantai paling kritikal dalan krisis ekonomi negara sekali gus membebankan rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Menurutnya, rakyat boleh melihat bagaimana kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) saling bercakaran sesama sendiri akibat kegagalan mengurus tadbir negara, justeru isu hangat seperti ini ditimbulkan untuk mengalih perhatian rakyat.
"Kerajaan BN juga begitu tertekan dengan pelbagai isu yang wujud kesan daripada ura-ura peralihan Kerajaan Pusat ke tangan Pakatan Rakyat yang bertiup kencang," katanya.





Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.
Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.
Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

SU: Tak boleh pakai orang nama "saiful" nie........

KENYATAAN AKHBAR DSAI

29 Jun 2008 (morning)
I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger. I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy. Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters. I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia. Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998. The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed. This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media. These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections. I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.

ANWAR IBRAHIM


29 Jun 2008
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

June 27, 2008

Jamuan Makan Malam -Sunway Lagoon

JAMUAN MAKAN MALAM HARAPAN BARU SELANGOR
ANJURAN PKR NEGERI SELANGOR.

Tempat terhad!!!
Jamuan bersama Datuk Seri Anwar, Datin Seri Azizah, Dato Menteri Besar Sgr, YB Lim Kit Siang, YB Tn Hj Abd Hadi, Exco kanan/Yb-Yb dari seluruh Selangor.....


4 Julai Sabtu 8 mlm
Sunway Lagoon Resort

Sila hubungi SU 0162772882 utk kemalam tersebut!!!



PROTES KENAIKAN MINYAK
9 pagi 6 Julai 2008, Padang Timur
(dekat Amcorp Mall / Putra LRT Taman Jaya).

Kerajaan minta ubah gaya hidup, rakyat minta ubah kerajaan!

PROTES KENAIKAN HARGA MINYAK

9 pagi 6 Julai 2008,
Padang Timur (dekat Amcorp Mall / Putra LRT Taman Jaya).

"Kerajaan minta ubah gaya hidup, rakyat minta ubah kerajaan!"

semua dijemput hadir

June 25, 2008

Surat Tawaran Ahli Majlis - 23 Jun 5 ptg


Hampir semua sudah pun memberi kerjasama untuk menerima pelantikan Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, 7 dari PKR, 6 dari DAP, 4 dari PAS dan 6 dari NGO/Professional.

SU: Tahniah diatas penerimaan lantikan tersebut, semoga rakyat Hulu Selangor dapat menerima kehadiran ahli-ahli majlis di tempat2 yang akan ditentukan. Jangan mengambil tindakan2 yang memalukan parti, harap yang tidak dapat dilantik bersabarlah, perlantikan ini dari 30 Jun 1 Julai 2009 (setahun). Ada masa lagi untuk menjadi ahli majlis, sekarang adalah masa untuk berkerja. Ahli majlis bukanlah hadiah sepenuhnya dari parti, jika kita berkerja untuk perjuangan dan memertabatkan bangsa kita, perlantikan ini tidak banyak memberikan erti, mata2 rakyat banyak melihat untuk perkhidmatan cemerlang seorang wakil pentadbir negeri di daerah ini.

100 hari - Stadium Shah Alam



June 21, 2008

TINGGALKAN BARISAN...BUAT PAKATAN


Namun Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa pembangkang sudah hampir untuk menjejak kaki ke Putrajaya sekalipun memerlukan 28 kerusi lagi di Parlimen dari 30 sebelum ini. Dua Ahi Parlimen SAPP sudah jelas tidur sebantal dengan pembangkang berikutan keputusan Majlis Tertinggi parti itu mengesahkan pendirian presidennya Datuk Yong Teck Lee yang tidak percaya lagi pada pimpinan Perdana Menteri Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi. Di depan ribuan orangramai yang berhimpun di Stadium Shah Alam Jumaat malam merayakan majlis sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan,Anwar mengulangi dakwaannya Pakatan Rakyat dapat menubuhkan kerajaan pusat yang baru tidak lama lagi.
"Saya mahu mengajak semua ahli-ahli politik dari Barisan Nasional…mari kita selamatkan Malaysia, ekonomi Malaysia dan mari kita tumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional," kata Anwar.
Bagi sesetengah pemerhati politik tindakan SAPP ini telah memberi anjakan kepada perang saraf Anwar mengenai tarikh 16 September.
SU : MARI LAH KITA BERSAMA MENUMBANGKAN BARISAN DGN PAKATAN RAKYAT
TINGGALKAN BARISAN, BUATKAN PAKATAN......

Gambar2 Rehersal Petang tadi...Persembahan kebudayaan





JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
PELANCARAN TABUNG BENCANA PAKATAN RAKYAT
& PIDATO 100 HARI PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT
PERINGKAT HULU SELANGOR
SABTU 21 JUN
8.30 MLM ..... PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
DAN PELANCARAN TABUNG BENCANA PAKATAN RAKYAT
9.30 PIDATO 100 HARI
11.30MLM BERSURAI
ANJURAN PAKATAN RAKYAT
PERINGKAT HULU SELANGOR

June 20, 2008

Mood baru ::::: Rakyat mahukan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia

(Jerneh)
Saya memang terharu dengan usaha dan komitmen Datuk Seri. Saya juga sangat marah dengan perbuatan keji Mahathir pada Datuk Seri yang secara tak langsung telah melambatkan proses pemodenan Malaysia selama 10 tahun (sejak 1998).
Kerana Mahathir, nampak sangat negara kita semakin hancur. Baru petang ini saya bersiar-siar di Taman Dato’ Senu (kawasan Tian Chua). Saya amat terkejut melihat hampir kesemua rumah-rumah di situ terdapat beberapa kereta tersadai di setiap rumah. Apa nak jadi ni? Waktu itu pukul 4 petang. Awalnya mereka balik rumah? Apakah 19 Jun 2008 cuti umum?
Inilah rasanya kesan kenaikan minyak. Ekonomi kita mungkin bakal lumpuh jika tiada satu gelombang Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia. Teruskan berjuang Datuk Seri. Jangan lupa rakyat dan agama kita.
(Noktah Hitam)
Hopefully DSAI will drive Malaysia forward faster and produce more globally competent entrepreneurs over the next coming years.
What every you do DSAI, please watch your back. We dont want you to trickle again. Be STRONG!

(SHaH)
Absolutely! No one could argue that he have being the hardest working politician in Malaysia, today. And the rakyat is looking forward for Anwar to move to Putrajaya soon.

(Jahil)
Chameleon means you say different things to different people,” he told Bloomberg recently. “My message is consistent; the examples must be different to cater to the audience. I go to the urban area, I quote Shakespeare; I go to the village, I quote the Quran; you quote Confucius to the Chinese; to the Hindus, I quote the Ramayana.”
Saya amat suka line ini. Ini sah menunjukkan Anwar memang seorang individu yang berkaliber, dan bisa menyelami jiwa pendengar mengikut keadaan. Tak semua insan dilahirkan dengan bakat begitu. Kalau betul mesejnya konsisten, bagus lah ada kesinambungan. Tapi istilah berkaliber dalam hal ini juga melibatkan bakat untuk “psycho” orang untuk menerima mesej kita. Itu mungkin sesuatu yang berbahaya dan boleh membingungkan orang ramai.
Mungkin perihal “chameleon” itu boleh juga diguna pakai dalam aspek DSAI mudah berubah mengikut keadaan (dalam hal ini, pemikiran dan pendirian sekarang dan 5 atau 10 dahulu. Adakah itu juga konsisiten?


(Satay)
DATO SERI ANWAR IBRAHIM. He is a genius with the good character,a charming and hardworking leader ever,with his intelligent and sense of humour,he has made the untrustworthy very very fear. Dato Seri, the best leader who will last forever,with him all the sins will never revealed together,without him the evil racial plot will never disappear.the pavement for children will be clearer and brighter.


(Harapan Baru)
Saya tidak mengharap sangat anda dapat menubuh kerajaan 16 September ini. Berjaya atau tidak kita tetap bersama anda. Kita tidak meninggal anda walaupun tidak mencapai hasrat 16 September ini. Apa yang penting ialah anda mempastikan gendang perang itu terus berbunyi dan perjuangan itu mempunyai justifikasi dan tuntutan moral.


SU: Harapan baru rakyat semua...malam ni turun Stadium Shah Alam.....

Senarai 288 Nama Ahli Majlis Telah Diserah Kepada YDP PBT


Teka-teki mengenai senarai akhir ahli majlis yang akan menggangotai 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) terjawab apabila kerajaan negeri mengumumkan pelantikan seramai 288 orang.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media tengah hari tadi berkata nama-nama ahli majlis berkenaan telah dihantar kepada Yang Dipertua (YDP) di setiap PBT.Bagaimanapun, nama mereka yang berkenaan tidak diumumkan kepada media hari ini.Abdul Khalid menyifatkan pemilihan itu dibuat secara telus, beretika dan amanah dalam memastikan urusan pentadbiran PBT sentiasa mengambil kira kepentingan orang ramai.Beliau berkata daripada jumlah itu, hampir 25 peratus terdiri daripada ahli profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) manakala selebihnya adalah anggota parti PKR, DAP dan Pas.“Jumlah itu juga termasuk ahli majlis lama iaitu Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Orang Besar Daerah,” katanya.Turut dilantik sebagai ahli majlis ialah 49 wanita dan orang kurang upaya (OKU).Dato’ Menteri Besar turut mencadangkan lima ahli ex-officio yang terdiri daripada kumpulan profesional dilantik di setiap PBT.“Mereka boleh datang untuk meneliti mesyuarat bulanan dan memberi sumbangan idea. “Walau bagaimanapun mereka tidak boleh mengundi atau membuat keputusan untuk majlis,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang turut hadir dalam sidang media itu berkata semua ahli majlis itu akan mengikuti kursus di Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan (ILPBT) di Morib.“Kita harap ahli majlis ini akan mencuba yang terbaik dalam memberi khidmat dan orang ramai juga diharap memberi sokongan kepada mereka dalam menjadikan Selangor lebih bersih dan selamat,” katanya yang menghargai sokongan daripada YDP dan kakitangan PBT kepada kerajaan baru.Ahli majlis yang dijangka mengangkat sumpah sebelum akhir bulan ini diberi kontrak selama setahun berbanding tiga tahun sebelum ini. Prestasi mereka akan dinilai sebelum kontrak perkhidmatan dilanjutkan.


SU: TAHNIAH PADA YG BARU DILANTIK !!!!!

Ahli majlis baru ..........

Seramai 288 orang yang terdiri dari ahli Pakatan Rakyat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan prosional hari ini diumumkan sebagai Ahli Majlis untuk 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.
Pengumuman yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, turut menyatakan bahawa 49 daripada 288 adalah terdiri daripada wanita dan beberapa Orang Kurang Upaya (OKU) turut dilantik.
Hanya Yang Dipertua, Dato Bandar dan Orang Besar Daerah sahaja dikekalkan didalam PBT sekarang.
Kesemua mereka akan dilantik mengikut kontrak selama satu tahun dan kesemua mereka akan hadir untuk menjalani latihan dan kursus selama 2 atau 3 hari di Morib.
Majlis angkat sumpah akan diadakan pada akhir bulan ini. Turut hadir dalam sidang media tengah hari tadi ialah Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

APA LAGI ORANG SABAH>>> berubahlah.......



Seorang pembaca blog ini, kulatlapok.blogspot.com menghantar gambar ini untuk dikongsi bersama. Menurutnya, ini adalah pemandangan biasa di negeri Sabah. Aduhai kesiannya. Harap-harap dengan suasana yang ada sekarang, ia bakal merubah situasi ini ke arah yang lebih baik.
Ahli parlimen Sabah tolonglah jaga bangsa anda...
SU: SEDARLAH!! SUDAH LAH!!!

June 19, 2008

TERKINI!!!!!

CERAMAH PERDANA 100 HARI
TEMPAT:
Perkarangan Pejabat Bahagian PKR
Hulu Selangor
14M Jalan Orkid 2A
Bandar Bukit Sentosa
(Bersebelahan ESSO Petrol Station)


PENCERAMAH:

YB AMIRUDDIN SHAARI
Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK Hulu Selangor
Ahli Dewan Undangan Batu Caves

Yg Bhg Tn Hj ABD GHANI ABD RAHMAN
Yang DiPertua Persatuan Ulamak Malaysia

Yg Bhg Tn Hj ABD KUDUS
Ketua Bahagian PKR
Tanjong Karang

June 17, 2008

CERAMAH PERDANA- HULU SELANGOR

21 JUN SABTU 9MLM

DATARAN SENTOSA
BANDAR BUKIT SENTOSA

PENCERAMAH2:
YB DR XAVIER
YB DATUK DR ZAINAL ABIDIN
YB AMIRUDDIN SHAARI
YB GAN FEI NEI

GERAI2 UTK BERNIAGA HUBUNGI 0162772882

June 16, 2008

SAYA TAK SUKA PAK LAH....


UTK RENUNGAN..................


Masalah minyak naik telah menyebabkan semua harga barang2 runcit tlh naek. semua penjual tlh mengambil kesempatan utk menaikkan harga mereka. ada yg patuh kpd arahan pihak berkuasa dgn meletakkan harga yg tlh ditetapkan. namun begitu masih ramai lg manusia2 yg berdegil.
Dan dgn kedegilan mereka itu lah, ramai pengguna yg sanggup menahan nafsu mkn nya. kini, makanan yg ringkas dan mudah dimasak menjadi menu utama para gadis yg tinggal keseorangan di rumah ketika ibu bapa mereka keluar bekerja. kesannya, inilah tarikan utama para gadis yg rajin memasak (haha, cepat, mudah, dan lazat ;p)
Kalau dahulu, jenama seperti Ayam Brand menjadi pujaan hati para gadis tersebut, namun kini mereka sanggup membeli jenana seperti King Cup untuk berjimat. jenama ini masih lg sedap dimakan namun harganya lebih rendah dr jenama sebelumnya (lihat rajah)
Kesimpulannye, jadilah pengguna yg bijak. beli barang yg bermutu pada harga yg berpatutan. jgn terpengaruh dgn jenama yg terkenal. akhir kata, maju lah sardin utk negara :D

SU: Dari sahabat yang masih makan sardin sehingga hari ni...

SIRI MINYAK NAIK: JANGAN SAMPAI PAK LAH JADI MACAM NIE...


SIRI MINYAK NAIK :Bayaran gaji 2 kali akan membebankan golongan bergaji rendah.....

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan tersebut bukan cara efektif menyelesaikan masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak.
Cuepacs mencadangkan satu mekanisme lain, yang terbaik dan berkesan, bagi membantu mereka, kata beliau yang menyambut baik usaha kerajaan mahu membantu meringankan beban kewangan rakyat.
"Jika diberi ansuran dua kali sebulan, mereka yang berpendapatan RM5,000 atau RM6,000 tidak merasa kesannya tetapi mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah yang meliputi 650,000 pekerja akan merasa bebanannya," ujarnya.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Abdullah bahawa kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini.
Beliau berkata langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.
"Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.
"Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan," katanya.
Namun begitu cadangan tersebut tidak mengembirakan kakitangan kerajaan yang berpendapatan kecil. Malah kakitangan awam bergaji rendah ditemui turut menyuarakan bebanan mereka nanti jika pelaksanaan tersebut diteruskan.
SU: Semasa kerja di institusi perbankan, gaji memang dibayar dua kali, tetapi duit tidak dapat disimpan, lantas, kerap habis duitku..... tup tup tup...gaji lagi, tak dapat buat simpanan. Tambahan pula akan dipotong gaji yang kedua dengan semua potongan.... tak banyak yang tinggal.... Inilah pengurusan Pak Lah yang lemah....Gaji mahal takper... kalau gaji setakat 1500, apa nak tinggal selepas potongan, ikat perot lorr..

Ceramah Perdana - Stadium Shah Alam 20 Jun 9 mlm


Pakatan Rakyat Hulu Selangor akan menganjurkan Ceramah Perdana
pada 21 Jun SABTU 9 malam di Dataran Sentosa, Bandar Bukit
Sentosa. Penceramah sedang diatur. Gerai2 utk berniaga - sila telefon
SU 0162772882.

Komen ketua bahagian ... Protes kenaikan harga minyak

Komen dari Ketua Bahagian, Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz
memerangkap Ketua Penerangan PKR Negeri Selangor

Kita perlu menjaga kebajikan rakyat. Kenaikan harga minyak akan membebankan rakyat jelata dimana akan menyebabkan kos pengangkutan naik. Lepas itu barang-barang pengguna akan naik dan bersama-sama itu naiklah kadar inflasi. Kenderaan bermotor akan membayar pada kadar yang mahal setiap kilometer perjalanan. Tambang pengangkutan awam pun akan naik disebabkan harga diesel pun naik. Semua ini disebabkan ketidakcekapan pengurusan negara sekarang. Dengan keadaan yang lemah dan kucar kacir ini, menunjukkan pengurusan ekonomi yang lemah.
Harga dinaikkan kerana Kerajaan mahu terus menguatkuasakan pelaksanaan dasar mengurangkan subsidi minyak dan pengstrukturan semula subsidi. Bagi Kerajaan, kenaikan harga minyak memberi dua kesan positif kepada kedudukan kewangannya. Pertama, ia mengurangkan subsidi kedua ia menambah hasil cukai.Apabila harga minyak naik, nisbah cukai ke atas penjualannya juga naik. Hasil cukai akan merosot hanya jika penjualan minyak jatuh dengan banyak akibat kenaikan harga.Tetapi kemungkinan ini berlaku tipis. Pemilik kenderaan dan pengusaha pengangkutan awam akan terus memerlukan minyak. Samalah seperti perokok dan peminum minuman keras akan terus membeli rokok dan minuman keras walaupun harga naik melambung kerana cukai dinaikkan.Dalam bahasa ekonomi yang paling mudah, Kerajaan memindahkan beban kewangannya kepada pengguna yakni rakyat jelata dengan menaikkan harga tanpa menurunkan cukai.Kerugian yang dialami oleh pengguna kerana kenaikan harga minyak sukar ditampung atau diimbangi. Satu-satu caranya ialah dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan lebih banyak menggunakan pengangkutan awam.Itu pun belum pasti kerana pengusaha kenderaan awam akan menaikkan tambang setiap kali harga minyak naik. Begitu juga halnya dengan pengilang.Oleh sebab peranan minyak dalam ekonomi begitu menyeluruh, maka kesannya kepada pengguna juga menyeluruh. Ini akan menjadi lebih buruk jika ura-ura Kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Berhad menaikkan tarif menjadi kenyataan. Bersama-samalah kita memprotes kenaikan harga minyak ini!!!
Sekian.

Ketua Bahagian.

>>> Malam Jamuan Kelab Yik Kuen.....


Mr Adam, Setiausaha Kelab dan Ketua JDM Pekan Kuala Kubu Bharu
bersama Sdr Nashruddin

Bekas calon, Mr KA Ramu dan keluarga turut memeriahkan malam itu.

Orang kuat Cikgu Nash, Timblnnya, Sdr Kasim dan Sdr Osman

Timbalan Ketua Wanita, Pn June dan Exco Wanita

Pengerusi JDM Kuala Kubu Bharu, Sdr Samsul dan Naib Ketua,
Sdr Rahim Siteh.

Kunjungan ke Bukit Sentosa - Jalan Kemboja 4C/10


Ahad 15 Jun 2 ptgRumah No. 19 Jalan Kemboja 4C/10Bandar Bukit Sentosa 3Rawang Selangor DE Kunjungan ke rumah Mohan dan isteri Jayanthi untuk diberikan sumbangan makanandari Pusat Khidmat Rakyat, PKR Bahagian Hulu Selangor. Sdr Mohan A/L Kuppusamy telah mengalami kemalangan pada 2 Februari yang menyebabkanbeliau mengalami tulang patah di bahagian belakang dan kaki, tidak dapat berjalandengan sempurna sejak 4 bulan yang lalu. Sekarang berharap kepada pertolongan jiran-jiran dan saudara rapat membantu keluarga beliau. Sdr Shaiful Anuar, Pengerusi JDM Bukit Sentosa memerangkap Setiausaha Bahagian dan Sdr Abd Razak, Bendahari JDM dari pejabat Pusat Khidmat Masyarakat PKR Bhg Hulu Selangor datang memberikan sumbangan makanan kepada keluarga tersebut, dan berjanji untuk membawa masalah keluarga tersebut dengan kadar segera ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ada golongan yg berbelanja 40-50% gaji mereka untuk makanan, sekarang terpaksa mengikat perut...

Bernama melaporkan ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan begitu ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan bakar.
"Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.
"Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan. Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah," katanya.
Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.
Oleh itu, kata beliau, kaedah yang digunakan sekarang bagi menentukan garis kemiskinan, perlu disemak semula kerana ia tidak mencerminkan hakikat sebenar.
"Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari. Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tingi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan," katanya.
Berdasarkan pengiraan 2005, garis kemiskinan bagi seluruh negara ialah pendapatan bulanan sebanyak RM691, manakala bagi semenanjung pula jumlahnya ialah RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Pengiraan ini adalah bagi keluarga yang mempunyai lima anggota.
Bagi meringankan beban golongan ini, Azrul Azwar mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sebahagian daripada RM2 bilion yang diperoleh melalui langkah berjimat-cermat yang diumumnya baru-baru ini, untuk diagihkan kepada golongan terbabit.
"Bukan bantuan dalam bentuk wang. Sebaliknya kerajaan perlu mengenal pasti siapakah yang tergolong dalam kumpulan ini dan membantu mereka dalam bentuk lain," katanya.

Betul kata YB Mahfuz .... menteri tak patut ambik gaji dan elaun...tidak membangun negara dan meringankan beban rakyat

Dalam menangani masalah kenaikan tersebut sepatutnya Perdana Menteri mengumumkan beliau dan semua anggota kabinet tidak layak untuk menerima gaji dan elaun kerana mereka tidak bekerja untuk membangunkan negara dan mengeluarkan rakyat daripada bebanan hidup, katanya.
Katanya, kerajaan juga sewajarnya menghapuskan projek-projek membazir dan menghapuskan tender runding reka dan bina kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir sekali ganda daripada kos tender terbuka.
Kerajaan juga wajar menghentikan projek-projek membazir yang mengakibatkan rakyat menanggung beban seperti penganjuran Kejohanan Bola Sepak Belia Asia (CYC) yang menelan kos hingga RM17 juta, yang diakui oleh Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sebagai tidak bermanfaat untuk Negara dan pembangunan bola sepak, katanya.
"Begitu juga projek seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu yang menelan hampir RM1 bilion.
"Petronas sendiri membazirkan wangnya dengan banyak untuk orkestra di KLCC, termasuk membelanja sehingga RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji 105 orang pemuzik orchestra yang majoritinya rakyat asing," kata Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Kesan daripada itu beliau membangkit persoalan bagaimana Petronas boleh bersungut tentang peningkatan kos pengurusannya mencecah 200 peratus, sedangkan pembaziran begitu banyak berlaku.
"Jika dikaji Laporan Ketua Audit Negara, kita akan dapati begitu banyak pembaziran dalam perbelanjaan awam. Sepatutnya pembaziran ini telah lama diatasi," katanya yang merujuk soal pembaziran kerajaan mempengaruhi kesan kenaikan harga minyak demi menampung kerugian akbibat salah urus dana negara dan rakyat jelata.

Tan Sri Khalid mahu buat kira2 utk PETRONAS....

SHAH ALAM, 16 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menyerahkan hasil Petronas kepada lima negeri Pakatan Rakyat jika mahu negeri-negeri tersebut mendahului menurunkan harga minyak. -->
Beliau memberi jaminan jika hasil Petronas dapat diserahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku kenaikan harga petrol dan diesel.
Katanya, lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memang tidak boleh menurunkan harga minyak kecuali jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.
"Kita boleh memanggil pihak Petronas dan agensi lain dan berbincang bagaimana duit yang ada sekarang disalurkan," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaaan Negeri Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pagi tadi.
Berhubung kenaikan harga minyak, PM sebelum ini mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu.
"Jika negeri Pakatan Rakyat diserahkan semua hasil Petronas, saya sendiri boleh buat kira-kira itu," tegas beliau.
Malangnya tambah beliau, kerajaan negeri bukan penerima cukai pendapatan atau menguasai hasil Petronas sedangkan kedua-dua hasil itu sangat penting dalam pemberian subsidi.
Beliau berkata, tahun lepas sebanyak RM112 bilion kerajaan BN menyatakan untuk perbelanjaan seimbang tetapi sebenarnya daripada RM112 bilion hanya RM70 bilion saja daripada kutipan cukai.
Katanya, yang lebih itu kerajaan gunakan hasil daripada pendapatan Petronas.
Justeru tegas beliau, Petronas tidak boleh memberikan subsidi sebab hasil pendapatannya digunakan untuk mentadbir negara.
Dalam pada itu beliau kesal dengan sikap pimpinan Umno-BN yang terus memberikan gambaran negatif mengenai negeri Pakatan Rakyat walaupun kerajaan berkenaan belum sampai 100 hari.

SU: Saya percaya kepada Tan Sri yang berjaya menubuhkan PNB dan Amanah Saham Bumiputera, dari 112 billion tu, banyak yang boleh di buat pelaburan di mana2 seluruh dunia, Tan Sri seorang pengurus dana terkenal di Asia, bukan macam doktor gigi dan budak pejabat yang menyalak tetapi tidak tahu buat kerja...

Sinar Harian dibayar kontrak oleh kerajaan Khir Toyo...RM400K

Jangan Beli
jangan Jual
Jangan Iklan
Jangan Layan pun…
next SINAR, jika tidak berubah perangainya…kita akan lancarkan BOIKOT, mereka ada edaran antara 70-80K sahaja, dan kebanyakkan pasarannya ialah pencari berita alternatif. Iaitu “KITA”, sekali kita lancarkan Boikot mungkin tidak bertahan lama, akhbar tu…
Operasinya di Shah Alam, dan saya mohon kepastian adakah SINAR dibayar oleh kerajaan terdahulu dalam bentuk kontrak..sejumlah RM470,000 setahun?
Kebelakangan ini pengisian beritanya seolah-olah utusan juga, jadi kita belum mengambil tindakan untuk memboikot namun, tindakan ini akan bergantung kepada sikap ikhlasnya yang akan ditunjukkan.
Semalam saya ada menegur sikap wartawan SINAR yang tidak merujuk sumber maklumat yang diterima, mereka hanya mengesahkan dari orang yang memberitahu…umpama jika orang itu menyatakan beliau Perdana Menteri, sinar akan bertanya kepada orang yang memberi kenyataan itu, jika orang berkenaan mengatakan ia, SINAR akan siarkannya, tidakkah ini tindakan yang tidak masuk akal, Tanya sipencuri , diakah yang mencuri?, sudah tentu dia tidak mengaku, yang mengesahkan mencuri dalam konteks ini hanya Makhamah.
Saya kesal setelah maklumat diberi manipulasi maklumat masih berlaku seolah olah tidak menghormati maklumat yang kita beri. Saya faham, wartawan tidak akan rasa bersalah (tidak boleh menarik balik tulisannya) tetapi tindakan SINAR mengurangkan kredibiliti akhbar itu sendiri. Akhir akhbar ini hanya akan diisi dengan berita berita sampah, jika dikutipnya berita seluruh pelusuk Selangor dengan hanya siapa yang sanggup buat kenyataan tanpa usul periksa punya atau kebenaran berita itu.
Saya teringat satu hadis tidak silap saya, (maklumlah bukan alim sangat), jika kamu menerima berita dari orang munafik hendaklah disiasat dulu kebenarannya, dengan erti kata lain, juga orang yang tidak mencari kebenaran berita dan maklumat (tanpa usul periksa) juga tergolong dari orang yang menyebar berita palsu atau fitnah. Maka fitnah itu lebih buruk dari dosa orang membunuh.Saya berpendapat, janganlah sampai SINAR mempunyai sikap sebegini, peganglah pada etika kewartawanan dengan penuh keinsafan bahawa Allah s.w.t mempertanggungjawabkan dengan apa yang anda tulis.

(SURAT DARI PEMBACA)

APA YANG SHAHRIR NAK TUNJUK......

Gimik YB. Shahrir menaiki ERL ke Putra Jaya dan disiarkan dalam akhbar utama bukannya menambat hati rakyat tetapi sebaliknya menyakitkan hati mereka kerana ini tidak ‘real’. Pertama, ERL itu memang untuk orang yang mampu. Kedua, masa YB Shahrir sepatutnya diguna secara maksimum untuk memastikan harga-harga barangan turun atau sesekurang-kurangnya tidak naik.
Seorang sahabat dari Kota Baru menelefon saya supaya meminta YB Shahrir duduk di Kota Baru selama seminggu dan melawat Kelantan dengan ‘kereta sapu’ yang pemandunya mengeluh bila terpaksa menaikkan sewa individunya lebih 50 sen seorang kampung pergi atau balik dari bandar. Kereta-kereta sapu tersebut berbakti setiap hari membawa peraih ke pasar-pasar untuk menjual barangan, kanan-kanak kesekolah dan sebagainya. Kos kenaikan harga minyak menghimpit para pemandu kereta sapu tersebut.
Jurucakap-jurucakap Bank Negara dan EPU, tak payak berlapik-lapik. Harga barang memang telah naik dan inflasi memang sedang berlaku. Laksanakan polisi-polisi yang munasabah untuk rakyat dan kerajaan tidak dilihat sebagai kejam. Pemimpin-pemimpin UMNO dilapangan sudah tidak terdaya untuk mempertahankan tidakan-tindakan kerajaan menaikkan harga ini.

SU Bahagian.

PETISYEN PAKLAH LETAK JAWATAN


Petisyen Paklah letak jawatan secara online:http://www.petitiononline.com/PakLah/petition.html
dikirim oleh kawan saya pagi tadi.

SU: pakat2 online buat petisyen

June 15, 2008

Malaysia’s Anwar vows to oust govt, cut fuel price

DUBAI (Reuters) - Malaysian opposition figurehead Anwar Ibrahim said on Friday he would press ahead with a campaign to topple the government and would cut fuel prices if he took power.
Anwar, who says he has parliamentary backing to bring down the government, said his supporters included senior defectors from the ruling coalition. He said he also had growing support from the oil-producing areas of Sabah and Sarawak.
“We do have the numbers but the issue is when to move on the no confidence vote… It can be weeks to months,” he said.
“We have adequate numbers to secure a simple majority in the house. What we need, of course, is a comfortable majority … There is a general sentiment among the general population wanting this change.”

SU: Change .. we must!

BN = Barang Naik, Baru Naik, Bila Naik, Banyakkk Naik....




(Harakah) - Sekurang-kurangnya 5000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.
Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.
Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.
Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.
Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.Add Image
Bebeberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas.


SU: Dengar di Seremban, Cukai, Ipoh dan beberapa tempat lain pun turut sama menyuarakan bantahan kenaikan minyak.. teruskan usaha menurunkan harga minyak. Bila minyak naik, rakyat "naik minyak", barangan pun naik harga, dan tidak mungkin kita akan membeli kuihmuih pada kadar harga 3 kuih satu ringgit.........


Mat Sabu: "Turunkan harga barang, hari ni saya makan nasi kosong, pada harga RM1.50, ikan dan sayur pada harga RM6.00.... mana public transport, harga begini akan menyusahkan pekerja bawahan, satu hari makan RM10.00 sekali makan, isteri menteri masih pergi shopping ke London, Paris.... rasuah sampai 500 juta tetapi puak2 yang memrintah tidak insaf walaupun rakyat telah berubah, memberikan kuasa kepada pemerintahan pakatan rakyat ke 5 buah negeri, kita akan perjuangkan untuk memerintah negara Malaysia ini"

Kunjungan kerumah Sdr Mustafa - Sabtu 14 Jun 10mlm


Selepas dari jamuan, kami bergerak terus ke rumah Sdr Mustafa Abdullah, bekas ketua cawangan Kg Rasa Tambahan menderita akibat kemalangan, Sdr Nashruddin bersama-sama dgn Timb Ketua, Sdr Kasim Yakub, Naib Ketua Sdr Devan, AJK Sdr Adnan, Sdr David, dan jiran-jiran berdekatan rumah YB Isa. Kebetulan YB Isa tiada kerumah. Nampaknya sikap prihatin jiran tetangga tidak ada pada YB Isa yang tidak pernah melawat jirannya yang cuma 20 meter sahaja di depan rumah.
SU: Syabas kepada Ketua Bahagian PKR yang prihatin dan datang memberikan sumbangan kepada keluarga Sdr Mustafa. Terimakasih Sdr Adnan, memang layak jadi Ketua JKKK yang sentiasa peka kepada masalah setempat. Semoga cepat semboh Mustafa!

Jamuan Makan Malam Kelab Yik Kuen - Sabtu 14 Jun 7 mlm




Jamuan Makan Malam Ulang Tahun ke 90 Persatuan Yik Kuen, Kuala Kubu Bharu

pada malam Sabtu 14 Jun 2008 amat meriah, dengan kehadiran YB Datuk Dr Zainal ABidin, Sdr Nashruddin Abd Aziz (Ketua mailto:Bhagian@Ketua Penerangan PKR Negeri), Sdr KA Ramu (Calon DAP Kuala Kubu Bharu) dan kedatangan YB Tian Chua, Ahli Yg Berhormat Parlimen Batu memerangkap Ketua Penerangan PKR Pusat (boss Sdr Nashruddin).


Sdr Nashruddin sempat menghubungi YB Chua ketika YB baru sampai ke jamuan tersebut. Sdr Nashruddin sedang melawat jiran YB Isa di Rasa Tambahan, yang mengalami kemalangan jalanraya (Berita penuh selepas ini).


SU: Terimakasih daun keladi kepada pengerusi kelab Yik Kuen dan setiausahanya, Sdr Adam yang menjemput bahagian ke jamuan tersebut. Ada juga orang yang datang macam satu kapal masuk ke jamuan tersebut, yang dijemput cuma seorang, yang datang penuh satu meja.

June 13, 2008

Air percuma... lepas ni apa lagi percuma...


Anak syarikat kerajaan negeri Selangor ,Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) telah diarah tanggung program air percuma untuk orangramai yang dijanjikan kerajaan negeri.Keputusan ini diumum oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di pejabatnya di Shah Alam Rabu.Sebelum ini syarikat air Selangor, Syabas enggan beri air percuma sebanyak 20 meter padu pertama bernilai RM11.40 kecuali kerajaan negeri bayar. Program ini akan mula dilaksanakan Ahad ini.Ia dijangka melibatkan kos hampir RM 11 juta sebulan.
SU: Nampak sangat media arus perdana memainkan isu Syabas tidak jadi atau tidak bersetuju, sedangkan Syabas sendiri dimiliki oleh KDEB, anak syarikat kerajaan Pakatan Rakyat... Nampaknya, ada lagi sakibaki yang berkepala "UMNO" dan tidak mahu ditukar.....

June 12, 2008

PROTES - MESJID JAMEK, KG BARU

Himpunan Rakyat 13 Jun Dipimpin Oleh Pemuda PAKATAN
Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara akan hadir dan memimpin Demontrasi Rakyat yang akan diadakan pada 13 Jun 2008 di ibu negara. Program ini pada asalnya bermula dari kalangan pemudawilayah diangkat ke peringkat nasional sebagai membuktikan keseriusan Pemuda PAKATAN dalam menghadapi isu kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik.
Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat. Cadangan asal, perhimpunan akan bermula dari Bangunan City Bank. Walaubagaimana pun, bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat maka tapak mula perhimpunan aman ini ditukarkan ke Masjid Kg. Baru hingga ke Bangunan Suria KLCC.

SU: MANA2 PUN BOLEHHH... JANJI DEMO...

harapan baru hulu selangor


PROTES - TERMINAL ONE, SEREMBAN

Sekretariat Gabungan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) peringkat Negeri Sembilan yang diketuai oleh, Zulkefly Mohamad Omar menyatakan komitmen akan mengadakan himpunan aman pada 14 Jun ini.
Dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan di Seremban semalam, jawatankuasa bersetuju dengan Himpunan Aman yang bakal diadakan di Terminal One, Seremban pada 14 Jun 2008.

PULAU BATU PUTIH, PULAU PUTIH MATA...


luas 0.2 hekter, 12.8 km dari Pengerang, Johor dan 46 km dari Singapura. Ikut sejarah, milik Kesultanan Johor. Pada 23.5.08 kedaulatannya diberikan kepada jiran yang tidak ada asas sejarah ke atasnya. Awas. Apa lagi selepas ini? Pulau Pisang? Wilayah Iskandar?

SU: APA LAGI NAK TERLEPAS....

Sana Bola, sini bola.... EURO2008 is back....




SU: ramai mengeluh mintak di buat sesi bola Euro2008
..mungkin dapat duduk ramai2 di tapak pasar malam kaa...

Petronas ditubuh untuk pastikan harga minyak rendah

Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.
Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.
"Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.
"Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam.
Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.
Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.
Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8),
"Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini," ujarnya.
Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya.
Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya.
"Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.
"Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas," katanya.
Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya.
"Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya.
Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.

SU: Dah lama dahhh..

June 11, 2008

Gambar Pertandingan Bola 9 Sebelah Piala Ketua Bhg PKR 7 Jun Sabtu



Ada orang kata main bola perlukan permit.....


Kenyataan Media berkenaan Sinar yang tidak bersinar lagi......

Salam,YAB Tan Sri,

KENYATAAN MEDIA

Berhubung dengan laporan Polis dan BPR yang disiarkan di SINAR HARIAN 6 dan 8hb Jun 2008 , disini Parti Keadilan rakyat Bahagian Kuala Selangor mengesahkan bahawa REMY ISKANDAR BIN MUSTAPAR adalah bukan wakil dari Bahagian Kuala Selangor, Bukan Ketua AMK Cawangan Pasir Tuntung dan BUKAN ahli Keadilan sebagai dakwanya. Selaku Setiausaha saya mengesahkan.
Disertakan Daftar Keahlian UMNO REMY ISKANDAR BIN MUSTAPAR. Beliau boleh dihubungi melalui 013-6407888 @ 03-32648059 di alamat Batu 22 1/2, Pasir Tuntung, 45700 Bukit Rotan,
Saya yakin usaha ini dibuat bagi tujuan memburukan nama YAB Tan Sri dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat umumnya. Saya mohon perkara ini disiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam sebarang penyelewengan fakta.
Yang Benar
Arijan Osman
SetiausahaParti Keadilan RakyatBahagian Kuala Selangor

Semakan Keahlian UMNO Sehingga 31 Dis 2007
Masukkan No KP :
(Sila masukkan No Kad Pengenalan Baru atau No Kad Pengenalan Lama)
MAKLUMAT UMUM
Nama
REMY ISKANDAR BIN MUSTAPAR
No KP
A2727720 / 740409055335
KEAHLIAN UMNO
DAFTAR PEMILIH
Keahlian
02199509 / PEMUDA
Kod Lokal
0961108002
Cawangan
TELOK PULAI
Petiundi
TUAN MEE
DUN
KOTA ALAM SHAH
DUN
IJOK
Bahagian
KLANG
Parlimen
KUALA SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Negeri
SELANGOR
---------------------------------------------------------
Jangan Beli
jangan Jual
Jangan Iklan
Jangan Layan pun…
next SINAR, jika tidak berubah perangainya…kita akan lancarkan BOIKOT, mereka ada edaran antara 70-80K sahaja, dan kebanyakkan pasarannya ialah pencari berita alternatif. Iaitu "KITA”, sekali kita lancarkan Boikot mungkin tidak bertahan lama, akhbar tu…
Operasinya di Shah Alam, dan saya mohon kepastian adakah SINAR dibayar oleh kerajaan terdahulu dalam bentuk kontrak..sejumlah RM470,000 setahun?
Kebelakangan ini pengisian beritanya seolah-olah utusan juga, jadi kita belum mengambil tindakan untuk memboikot namun, tindakan ini akan bergantung kepada sikap ikhlasnya yang akan ditunjukkan.
Semalam saya ada menegur sikap wartawan SINAR yang tidak merujuk sumber maklumat yang diterima, mereka hanya mengesahkan dari orang yang memberitahu…umpama jika orang itu menyatakan beliau Perdana Menteri, sinar akan bertanya kepada orang yang memberi kenyataan itu, jika orang berkenaan mengatakan ia, SINAR akan siarkannya, tidakkah ini tindakan yang tidak masuk akal, Tanya sipencuri , diakah yang mencuri?, sudah tentu dia tidak mengaku, yang mengesahkan mencuri dalam konteks ini hanya Makhamah.
Saya kesal setelah maklumat diberi manipulasi maklumat masih berlaku seolah olah tidak menghormati maklumat yang kita beri. Saya faham, wartawan tidak akan rasa bersalah (tidak boleh menarik balik tulisannya) tetapi tindakan SINAR mengurangkan kredibiliti akhbar itu sendiri. Akhir akhbar ini hanya akan diisi dengan berita berita sampah, jika dikutipnya berita seluruh pelusuk Selangor dengan hanya siapa yang sanggup buat kenyataan tanpa usul periksa punya atau kebenaran berita itu.
Saya teringat satu hadis tidak silap saya, (maklumlah bukan alim sangat), jika kamu menerima berita dari orang munafik hendaklah disiasat dulu kebenarannya, dengan erti kata lain, juga orang yang tidak mencari kebenaran berita dan maklumat (tanpa usul periksa) juga tergolong dari orang yang menyebar berita palsu atau fitnah. Maka fitnah itu lebih buruk dari dosa orang membunuh.Saya berpendapat, janganlah sampai SINAR mempunyai sikap sebegini, peganglah pada etika kewartawanan dengan penuh keinsafan bahawa Allah s.w.t mempertanggungjawabkan dengan apa yang anda tulis.

SU: mintak tolong bagitau wartawan/editor sinar....

June 10, 2008

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim- "tidak membawa sebarang makna menjadi seorang pemimpin & kerajaan sekiranya tidak membela nasib & hak rakyat"

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkata tidak membawa sebarang makna menjadi seorang pemimpin dan kerajaan sekiranya tidak membela nasib dan hak rakyat .
Katanya, Pakatan Rakyat akan memberi jaminan membela nasib rakyat, serta beliau sekali lagi mengulangi bersedia untuk menurunkan harga minyak sekiranya berjaya membentuk kejayaan.
Beliau menyelar keutamaan kerajaan dalam menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit sedangkan pemberian subsidi untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah telah ditarik balik.
“Subsidi kepada rakyat miskin ini dipandang rendah” katanya di hadapan lebih 10, 000 yang hadir dalam program himpunan rakyat, Menuju Harapan Baru di Padang AU2, Keramat malam tadi, Anwar, secara rasional tidak bersetuju pemberian subsidi yang berlebihan sehingga membebankan ekonomi negara namun merasa kesal dengan pengurusan ekonomi yang membebankan rakyat.
“Subsidi gas diberi kepada syarikat-syarikat kaya. Subsidi kepada TNB diberi sebanyak 5.6 bilion ringgit, subsidi kepada IPP yang dipunyai oleh syarikat2 besar yang kaya sebanyak yang untung berbilion ringgit setahun 6.7 billion. Selain Anwar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden KeADILan, YB Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, YB Saari Sungib turut menyampaikan ucapan.

DATO SERI ANWAR .. BAKAL PM MALAYSIA

Teka-teki penyertaan beberapa ahli Parlimen BN hampir terjawab dalam masa terdekat apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim melaungkan keyakinan rancangannya akan menuju kejayaan.
Kali ini Anwar menyatakan bahawa kemasukan ahli-ahli Parlimen BN itu seperti yang dirancangkan dimana tarikhnya ialah 16 September 2008 seiring dengan tarikh pembentukan Malaysia.
Kini dengan kenyataan Anwar itu, usaha Pakatan Rakyat yang hanya memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat hamoir pasti berjaya.
Namun Anwar enggan menjelaskan serba lanjut berhubung jumlah ahli Parlimen BN terbabit atas alasan keselamatan.
SU: suasana amat menyemangatkan......

June 08, 2008

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah- Pertandigan Bola- 9sebelah


Malam tadi (7 Jun) telah berlangsung majlis penutup & penyampaian hadiah di Komplek JKKK Rasa, sekalung tahniah kepada team pengurusan dan penganjuran, yang banyak memperlihatkan kematangan dan pengalaman. Piala pusingan kali ini dimenangi pasukan "Makhal Sakti"

SU: Gambar lain akan menyusul kemudian

June 06, 2008

Still ... oil price up, reformasi sure up too.....

I was wrong; my informer told me it would only be 40sens rise.
It will be 78 sens; 40% increase in the price of petrol and RM1.00 increase for the price of diesel which will now cost RM2.58.
Any way, Prime Minister Abdullah says we are still the cheapest in Asia. Yekahh.....
I met Mrs. Ah Soh just now and she told me the price of rice which costs her RM22.50 per 5kg will now cost RM45.00 per 5kg which is a 100% increase.It is observed that essential food will/have increase 100%.
I asked Ah Beng, the supervisor of a massage parlour, how about the business cost and pricing for a massage and he told me that he expected the price to increase by about 30-40% in tandem with the rise of fuel cost. "But, massage don't use petrol or diesel," I quipped. Ah Beng: "You also stupid! The massager comes to work by car or taxi and their cost to work has increase and soon they will be asking for a pay rise or else they will mogok." I see!
Another consolation is that my Ah Loong friend just told me that he is going to reduce the borrowing rates from 10% to 8% as a social responsibility to assist the people and bumis will get extra 1% discount. hahaha .. What will be the repercussions? Transportation cost & school buses - what will be the increase?What about the chain effect on all other businesses and what is the total impact on the people?Will this be a trigger of calamities? I darn dare to think about it.

SU: Whateverlah! ..... we cant move...and yet we still have to eat.... Can Pak Lah understand or at least sits in our shoes..

Lihatlah Harga2 di negara pengeluar minyak !!! Rakyat tolonglah sedar....


Najib Menipu Lagi......



Pengumuman kenaikan semalam membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menipu dalam kempen pilihanraya yang lepas. Pada 25 Febuari semasa melancarkan Manifesto BN PRU 12 beliau menafikan minyak akan naik selepas PRU dan bebberapa kali menyebut bahawa minyak tidak akan naik 'tahun ini' dalam ucapan PRUnya. Jelas manifesto dan janji Pengarah Pilihanraya BN tipu !

SU: Sekarang jelas siapa yang menipu? Khir Toyo, tolong lah jumpa Si Najib tu....

June 05, 2008

PROTES 12 July 2008 SUNDAY



Thousands of people would be mobilised for a mass protest against the shocking increase in fuel prices at the iconic KLCC Twin Towers on July 12 Sunday

SU: Baru tahu negara pengeluar minyak tak sampai RM1.00 per liter..... jangan lah dibandingkan dengan negara pengimport minyak..... Sepertilah juga dengan pengeluar kereta seperti Malaysia sepatutnya tidak menjual dengan harga yang tinggi.... Di Amerika, kerje sebulan sudah dapat membeli sebuah kereta 1000cc, berbanding dengan di negara kita yang terpaksa berkerja selama 5 tahun sekurang2nya utk bayar duit keter..