June 20, 2008

Senarai 288 Nama Ahli Majlis Telah Diserah Kepada YDP PBT


Teka-teki mengenai senarai akhir ahli majlis yang akan menggangotai 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) terjawab apabila kerajaan negeri mengumumkan pelantikan seramai 288 orang.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media tengah hari tadi berkata nama-nama ahli majlis berkenaan telah dihantar kepada Yang Dipertua (YDP) di setiap PBT.Bagaimanapun, nama mereka yang berkenaan tidak diumumkan kepada media hari ini.Abdul Khalid menyifatkan pemilihan itu dibuat secara telus, beretika dan amanah dalam memastikan urusan pentadbiran PBT sentiasa mengambil kira kepentingan orang ramai.Beliau berkata daripada jumlah itu, hampir 25 peratus terdiri daripada ahli profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) manakala selebihnya adalah anggota parti PKR, DAP dan Pas.“Jumlah itu juga termasuk ahli majlis lama iaitu Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Orang Besar Daerah,” katanya.Turut dilantik sebagai ahli majlis ialah 49 wanita dan orang kurang upaya (OKU).Dato’ Menteri Besar turut mencadangkan lima ahli ex-officio yang terdiri daripada kumpulan profesional dilantik di setiap PBT.“Mereka boleh datang untuk meneliti mesyuarat bulanan dan memberi sumbangan idea. “Walau bagaimanapun mereka tidak boleh mengundi atau membuat keputusan untuk majlis,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang turut hadir dalam sidang media itu berkata semua ahli majlis itu akan mengikuti kursus di Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan (ILPBT) di Morib.“Kita harap ahli majlis ini akan mencuba yang terbaik dalam memberi khidmat dan orang ramai juga diharap memberi sokongan kepada mereka dalam menjadikan Selangor lebih bersih dan selamat,” katanya yang menghargai sokongan daripada YDP dan kakitangan PBT kepada kerajaan baru.Ahli majlis yang dijangka mengangkat sumpah sebelum akhir bulan ini diberi kontrak selama setahun berbanding tiga tahun sebelum ini. Prestasi mereka akan dinilai sebelum kontrak perkhidmatan dilanjutkan.


SU: TAHNIAH PADA YG BARU DILANTIK !!!!!

2 comments:

Unknown said...

kalo setahun,sempat ke nak tunjukkan krebiliti masing2...yang 3 tahun pn tak nampak2 prestasinya...Berkhidmat Untuk Rakyat...

jdm rasa said...

Krebiliti tak bolih nak ditunjuk tunjuk,dia nya bakat semula jd,memang elok di tukar andai tak mampu..Yang 3th tak nampak prestasi tu bkn nya bekeja tapi PAK TURUT.(suruh angguk angguk,suruh geleng geleng,suruh diam diam,ada mata tengok ada mulut diam).