June 20, 2008

Ahli majlis baru ..........

Seramai 288 orang yang terdiri dari ahli Pakatan Rakyat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan prosional hari ini diumumkan sebagai Ahli Majlis untuk 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.
Pengumuman yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, turut menyatakan bahawa 49 daripada 288 adalah terdiri daripada wanita dan beberapa Orang Kurang Upaya (OKU) turut dilantik.
Hanya Yang Dipertua, Dato Bandar dan Orang Besar Daerah sahaja dikekalkan didalam PBT sekarang.
Kesemua mereka akan dilantik mengikut kontrak selama satu tahun dan kesemua mereka akan hadir untuk menjalani latihan dan kursus selama 2 atau 3 hari di Morib.
Majlis angkat sumpah akan diadakan pada akhir bulan ini. Turut hadir dalam sidang media tengah hari tadi ialah Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

No comments: