PAS melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan jahat melibatkan peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan niat membusukkan nama baik, maruah dan kredibiliti beliau. -->
"Ternyata konspirasi ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dari pelbagai krisis yang sedang melanda negara.
"Kenaikan kos saraan hidup akibat penarikan semula subsidi bahan bakar sebanyak RM13.7 bilion mencetuskan kesan berantai paling kritikal dalan krisis ekonomi negara sekali gus membebankan rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Menurutnya, rakyat boleh melihat bagaimana kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) saling bercakaran sesama sendiri akibat kegagalan mengurus tadbir negara, justeru isu hangat seperti ini ditimbulkan untuk mengalih perhatian rakyat.
"Kerajaan BN juga begitu tertekan dengan pelbagai isu yang wujud kesan daripada ura-ura peralihan Kerajaan Pusat ke tangan Pakatan Rakyat yang bertiup kencang," katanya.
No comments:
Post a Comment