June 16, 2008

APA YANG SHAHRIR NAK TUNJUK......

Gimik YB. Shahrir menaiki ERL ke Putra Jaya dan disiarkan dalam akhbar utama bukannya menambat hati rakyat tetapi sebaliknya menyakitkan hati mereka kerana ini tidak ‘real’. Pertama, ERL itu memang untuk orang yang mampu. Kedua, masa YB Shahrir sepatutnya diguna secara maksimum untuk memastikan harga-harga barangan turun atau sesekurang-kurangnya tidak naik.
Seorang sahabat dari Kota Baru menelefon saya supaya meminta YB Shahrir duduk di Kota Baru selama seminggu dan melawat Kelantan dengan ‘kereta sapu’ yang pemandunya mengeluh bila terpaksa menaikkan sewa individunya lebih 50 sen seorang kampung pergi atau balik dari bandar. Kereta-kereta sapu tersebut berbakti setiap hari membawa peraih ke pasar-pasar untuk menjual barangan, kanan-kanak kesekolah dan sebagainya. Kos kenaikan harga minyak menghimpit para pemandu kereta sapu tersebut.
Jurucakap-jurucakap Bank Negara dan EPU, tak payak berlapik-lapik. Harga barang memang telah naik dan inflasi memang sedang berlaku. Laksanakan polisi-polisi yang munasabah untuk rakyat dan kerajaan tidak dilihat sebagai kejam. Pemimpin-pemimpin UMNO dilapangan sudah tidak terdaya untuk mempertahankan tidakan-tindakan kerajaan menaikkan harga ini.

SU Bahagian.

No comments: