August 31, 2009

Kerajaan Negeri Cadang Ibu Tunggal Mengikuti Latihan Kemahiran

Sunday, 30 August 2009
BESTARI JAYA, 30 Ogos - Ibu tunggal di kawasan luar bandar disarankan mengikuti latihan kemahiran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai usaha menambah pendapatan mereka.
Untuk tujuan itu, Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor atau INPENS, diberi tanggungjawab menyediakan latihan kemahiran kepada ibu tunggal, khususnya di daerah Kuala Selangor bagi melahirkan usahawan di luar bandar.
Ianya juga selaras dengan agenda kerajaan negeri menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dalam membantu golongan ini keluar daripada cengkaman kemiskinan.
“Saya juga ingin mencadangkan kalau ibu-ibu tunggal yang boleh mengikut latihan kemahiran saya minta ibu-ibu tunggal mendaftar supaya dia boleh kursus kemahiran. Jadi nak saya terangkan kerana inilah peluang dan kalau negeri Selangor dapat menggunakan semua guna tenaga ini, kita dapat menyelesaikan dua masalah, satu masalah meningkatkan pendapatan rakyat di negeri Selangor kedua kita dapat mengurangkan kita terpaksa gunakan buruh asing yang begitu ramai di Selangor ini”, kata Tan Sri Khalid.
Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Awwabin, Bestari Jaya, petang semalam.
Pada majlis itu, 50 penduduk Ijok menerima cermin mata, sumbangan syarikat Vistawave Management.
Manakala 160 ibu tunggal daerah Kuala Selangor menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut.

August 30, 2009

Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu kuil: PKR


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menjaga keamanan dengan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam serta hubungan kaum. Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, polis Selangor gagal menghalang kejadian penduduk mengarak kepala lembu berkenaan daripada berlaku dengan alasan hanya boleh bertindak sekiranya mendapat laporan terlebih dahulu. Menurutnya, hal ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini. “Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penduduk Seksyen 23, di sini yang berarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di kawasan mereka. Latheefa berkata, tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. Katanya, beliau percaya bahawa tindakan tersebut satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana tegang “Keadaan ini memberi peluang kepada UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama,” katanya. Bagaimanapun, PKR meminta semua pihak berkenaan bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.
Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”
(Al-An’am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.
Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.
Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

Dr.Muhammad Nur Manuty (dr_manuty@hotmail.com)
PengerusiBiro Pemahaman Dan Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
30hb.Ogos, 2009

Lagi demo puak UMNgOk..




Atas nama apa mereka melakukan Demostrasi ini. Jika dilakukan atas nama Islam maka kesilapan besar yang mereka lakukan kerana Islam tidak pernah menyuruh ummatnya menghina mana-mana agama.
Firman ALLAH S.W.T: "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." Surah al-An'aam:108

August 28, 2009

Arak kepala lembu bantah pindah kuil




Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22"."Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka. Polis hanya memerhatiKira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api."Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam. "Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur. "Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya.Tidak hina HinduMahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci."Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya (foto bawah).
Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri

Friday, August 28, 2009

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.Saya berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik. "Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu,"
Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.
Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).
Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.
Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.
Ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.
"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri,"
Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.
Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).
Saya akui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.
"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar,"

Posted by MahfuzOmar

DS ANWAR - Menghayati Ramadhan di Bumi Mekah


Sebaik selesai menghadiri upacara perasmian seminar bank Islam di Jeddah, saya bersama dengan Lembaga Bank Barakah, di antara bank Islam ulung dengan rangkaian 300 cawangan di 12 buah negara.
Saya dan Azizah seterusnya menunaikan umrah seawal pagi. Suasana malam di Mekah hening walaupun sesak dengan jutaan umat bersempena Ramadhan. Penghayatan ibadah tawaf dan sa’i menyebak perasaan.
Ada beberapa nukilan mengenai ibadah tersebut dan ibadah haji yang diolah olih Dr. Ali Shariati, sarjana Iran dan El-Hajj Malik El-Shabazz (Malcolm X) yang memaparkan sosok keruhanian dan masyarakat yang menyegarkan.
Alhamdulillah, berbakikan beberapa hari lagi di Mekah, kami berdua terus dengan amal tanpa diganggu dengan acara lainnya.

ANWAR IBRAHIM

August 27, 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan - Presiden PAS

Kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

August 25, 2009

ISU AIR DI BUKIT BERUNTUNG 3..WIDURI..


BUKIT BERUNTUNG – Rentetan isu air yang dibangkitkan penduduk di Bukit Beruntung 3 di sini yang sehingga hari ini tiada usaha serius diambil pihak bertanggungjawab, terus menjadi perbualan penduduk. Terbaru, penduduk membangkitkan mengenai kebimbangan mereka sekiranya berlaku kejadian seperti kebakaran dan kesukaran mengadakan sebarang aktiviti komuniti kerana bimbang air tidak ada.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Widuri, Ahmad Nasir Mohd Salleh, 42, berkata, kebimbangan itu wujud ekoran dakwaan penduduk pili bomba yang terdapat di kawasan perumahan mereka juga tidak berfungsi. “Kalau ada air pun, bila berlaku kebakaran pasti lambat padam atau dah musnah semuanya baru api padam. “Apa tidaknya dengan ketiadaan air macam man nak padam api. Kalau ada pun, tekanan air rendah dan sudah pasti mengalami kesulitan memadam api,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini. Pelbagai masalah dilontarkan penduduk berhubung masalah air yang sudah lebih lapan tahun tidak selesai. Suasana hangat juga tiba-tiba berlaku apabila ada pihak yang menyatakan bahawa penduduk kawasan terbabit sebenarnya tidak mengalami sebarang masalah air. Manakala isu yang pernah dilontarkan media berhubung tindakan penduduk yang terpaksa mengambil air dari lombong berhampiran dikatakan bukan untuk tujuan itu. Sebaliknya, pihak tersebut menyatakan penduduk datang dan berkumpul beramai-ramai di tepi lombong terbabit hanya bertujuan mengambil angin dan berkelah dan bukannya untuk mengambil air seperti dilaporkan media. Pihak berkenaan juga dengan sinis mengeluarkan kenyataan mahu bertindak menyaman media sekiranya melaporkan berita palsu. Penduduk dengan lantang bersuara, sekiranya kenyataan pihak terbabit benar, mereka mencabar supaya pihak terbabit tampil bersemuka dengan mereka.
Haidzir Omar, 49, berkata, bagaimana seorang pemimpin di peringkat bahagian boleh mengeluarkan kenyataan tersebut, walhal merekalah yang sepatutnya tampil membela. “Jangan sampai kami solat hajat,” katanya yang berang mendengarkan kata-kata itu. Beliau berkata, solat hajat itu bertujuan menjatuhkan kredibiliti dan imej pemimpin terbabit selain bertujuan menyelesaikan masalah mereka. Menurutnya, penduduk di kawasan berkenaan hidup ibarat pendatang asing yang tidak terbela. Malah katanya, pendatang asing juga tidak senasib seperti mereka dan boleh dikatakan agak mewah jika dibandingkan penduduk Taman Widuri yang sehingga kini tidak menikmati air bersih.
Penduduk juga musykil dengan kenyataan Ahli Parlimen yang mengatakan masih tidak menerima laporan daripada penduduk berhubung masalah itu. Menurut mereka, bagaimana seorang pemimpin di peringkat atasan boleh mengeluarkan kenyataan itu sedangkan isu itu sudah berlarutan hampir sepuluh tahun. Malah, sudah pelbagai usaha dilakukan penduduk sejak Kerajaan Negeri dipimpin Barisan Nasional lagi, sehinggalah kini ditakluki kerajaan pembangkang.
Justeru, penduduk berharap ada pihak akan tampil menyelesaikan isu itu sebelum tibanya Syawal.

APA KATA BN BILA MASIH TIDAK MENANG DLM PRK PERMATANG PASIR ...


Keputusan pilihanraya kecil N11 Dun Permatang Pasir berpihak kepada Pas yang menang dengan majoriti 4,551 undi.

Tahniah buat seluruh tenaga kerja serta penyokong Pakatan Rakyat memenangkan calon Pas, Ustaz Salleh Man.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengundi Permatang Pasir yang telah membuat pilihan yang bijak dan tepat di dalam bulan mulia Ramadhan ini.
Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir
Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

August 24, 2009

Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Menggamit Jalan Buntu

By Anwar Ibrahim
Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.

Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.

Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.

Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)

Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.

Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?

ANWAR IBRAHIM

August 21, 2009

Mantan MB Sgr Terkantoi ??

Baca lah di sini http://amkshahalam.blogspot.com/2009/08/berita-tergempak-1-malaysia-wak-botox.html

Haruskah kita semua percaya apabila tiada DNA dikenalpasti di talipinggang TBH atau di pakaian TBH.....

Mengapa ini semua terjadi dan berapa orang telah menjadi mangsa SPRM ??

Adun Pelabuhan Klang masuk UMNgok?

SHAH ALAM, 20 Ogos - Pakatan Rakyat Selangor akan terus memantau pergerakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang dilaporkan masih tidak sihat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Badrul dilaporkan menghidap beberapa penyakit dan memerlukan rawatan berterusan.
“Saya difahamkan beliau menghidap beberapa penyakit yang mana beliau di rawat, oleh sebab itu kita memberi masa untuk perkara itu dilakukan,” katanya.
Mengenai ura-ura Badrul akan keluar daripada parti Keadilan Rakyat, Tan Sri Khalid berkata, setakat ini beliau masih lagi Adun Pelabuhan Klang.
“Kita masih tak tahu lagi, tapi beliau tidak hadir dalam persidangan yang ke 50 persidangan dewan negeri baru-baru ini dan mengikut enakmen kalau dia tak hadir dua persidangan, dan tiada memberi sebab yang munasabah, status dia sebagai adun akan luput sebagai ahli dewan undangan negeri,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, beberapa ADUN dan ahli Parlimen PKR telah ditugaskan untuk membantu Badrul dalam melaksanakan tugas-tugas di kawasan berkenaan.
“Kita memantau keadaan tersebut supaya kita tahu dia boleh samaada menjalankan tugas sebagai ahli dewan atau tidak, status dia sekarang masih ahli dewan undangan negeri.
“Beberapa ahli dewan negeri telah diminta untuk memantau, termasuk setiausaha politik saya, nik nazmi, puan rodziah dan ahli parlimen angkat dari ampang, Zuraidah,” katanya.

August 20, 2009

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.
Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas."Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

August 19, 2009

Rakyat Selangor Dipelawa Sertai Majlis Dialog Bajet 2010

SHAH ALAM, 19 Ogos - Kerajaan negeri akan mengadakan Majlis Dialog Bajet 2010 bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk turut serta dalam perbincangan belanjawan negeri bagi tahun 2010.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia bertujuan menyediakan kertas belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri Selangor pada persidangan dewan akan datang.
“Dengan cara ini, kita akan mengadakan Majlis Dialog Belanjawan dan mengambil kira pandangan dan cadangan masyarakat negeri Selangor.
“Tujuan majlis dialog ini untuk menyediakan kertas belanjawan yang dibentangkan di dewan negeri Selangor pada persidangan November tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Tan Sri Khalid berkata, jika ada persatuan yang ingin turut serta dalam perbincangan belanjawan tersebut, mereka boleh menghubungi Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Kewangan Negeri Selangor.
Dialog berkenaan akan diadakan pada 12 dan 13 Oktober depan di Selangor Convention Centre, Shah Alam.

Apa tujuan SPRM buka semula siasatan ke atas bekas TKM1 Pulau Pinang??

19/08/2009 10:09pm
PULAU PINANG 19 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah membuka semula siasatan ke atas dakwaan kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pengarahnya, Latifah Md. Yatim berkata, keputusan untuk membuka semula siasatan dibuat setelah SPRM menerima bukti baru berhubung kes berkenaan.
“Kami menutup siasatan sebelum ini berikutan tidak cukup bukti tetapi sekarang kita telah menerima bukti baru daripada orang awam dan meneruskan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Bertimbang rasalah - MB Selangor

KUALA SELANGOR 17 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta penduduk Seksyen 23, Shah Alam. bertimbang rasa menerima keputusan kerajaan negeri membina kuil di atas tanah seluas 0.2 hektar berhampiran kawasan perumahan tersebut.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi penjelasan kepada penduduk terbabit selain berbincang dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mengenai isu itu.
''Kita hidup dalam masyarakat majmuk, bertimbang rasalah,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 330 fakir miskin di Masjid Nurul Iman, Kampung Batu 8, Ijok di sini semalam.
Semalam, kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 berkumpul secara aman bagi menyatakan bantahan berhubung pembinaan kuil tersebut yang terlalu dekat dengan surau.
Bantahan juga dibuat kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam sedangkan orang India hanya 40 orang.
Mereka berkumpul di hadapan tapak kuil tersebut kira-kira pukul 10 pagi sambil membawa sepanduk mencemuh pemimpin pakatan pembangkang kerana meluluskan pembinaan kuil itu.
Menurut Abdul Khalid, kuil itu sebenarnya dialihkan dari kawasan lain dan selepas beberapa perbincangan dibuat, ia diputuskan dibina di Seksyen 23.
''Jadi bila kena alih, boleh jadi penduduk di tempat yang kena alih senang hati dan orang yang di tempat yang kita nak bawa itu pula yang tidak suka,'' katanya.

Rakaman percakapan Teoh bakal dikemuka di mahkamah

SHAH ALAM 18 Ogos — Rakaman percakapan Teoh Beng Hock yang diambil pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal dikemukakan di Mahkamah Koroner bagi membantu siasatan berhubung kematian setiausaha politik itu Julai lalu.
Koroner Azmil Muntapha Abas yang mendengar prosiding inkues itu akan membacanya dahulu esok sebelum memutuskan sama ada ia relevan atau tidak untuk diserahkan kepada semua pihak yang turut membantunya mengendalikan kes itu.
Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia Tan Hock Chuan sebelum itu mencadangkan supaya rakaman percakapan Teoh diserahkan kepada mahkamah dan cadangan itu disokong Pengarah Perundangan SPRM Datuk Abdul Razak Musa.
- Bernama

Teoh mencangkung ketakutan sebelum jatuh

SHAH ALAM 18 Ogos — Teoh Beng Hock berada dalam ketakutan semasa ditahan dalam kedudukan mencangkung pada belebas tingkap di tingkat 14 Plaza Masalam di sini sebelum dia jatuh dan mati di tingkat lima, mahkamah koroner diberitahu hari ini.
Terdapat kesan kotor pada tingkap dan kesan calar menegak, dipercayai sebagai cap jari, yang menunjukkan bahawa Teoh melawan sebelum dia jatuh, peguam bela Gobind Singh Deo, yang menjadi peguam pemerhati bagi keluarga Teoh, berkata pada inkues mengenai kematian Teoh.
Gobind Singh memberikan cadangan itu kepada pathologis forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar, yang berkata “Ianya mungkin.”
“Pertimbangan saya ialah mangsa berada dalam kedudukan mencangkung. Saya berpendapat tidak mungkin si mati berdiri pada belebas tingkap memikirkan ketinggiannya 178sm,” kata Dr Samberkar yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam forensik pathologi.
Katanya beliau menjumpai tanda garis berukuran 3mm pada satu-satunya kasut Teoh yang dalam pendapat saya, adalah konsisten dengan kemungkinan Teoh mencangkung di belebas tingkap. - Bernama

Video Gobalakrishnan dikasari PDRM..

August 18, 2009

Pembinaan Kuil Di Seksyen 23 Tetap Diteruskan : Khalid

Pembinaan kuil di Seksyen 23 akan tetap diteruskan mengikut perancangan asal, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada masa yang sama, katanya, beliau akan memberi penerangan kepada penduduk Seksyen 19 dan 23 berhubung isu ini dan mahu semua pihak bertimbang rasa serta bertolak ansur. “Ia akan dapat diselesaikan jika semua pihak bertimbang rasa tentang usaha untuk menyelesaikan masalah.
“Untuk masa ini kita akan meneruskan usaha itu dan memberitahu penduduk Seksyen 23 dan meminta penjelasan dari penduduk Seksyen 19 bagaimana kita boleh dapat menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan merasmikan kempen Kibar Jalur Gemilang, di Dewan Jubli Perak, pagi tadi.
Katanya, masalah kuil ini telah timbul sejak pemerintahan Barisan Nasional dan kini kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat cuba menyelesaikannya dengan cara baik. “Dari segi politik, masalah kuil ini adalah masalah dari kerajaan BN sebelum pakatan rakyat. Sebelum ini masalah ini sudah ada. Dan pakatan rakyat berusaha menyelesaikan masalah ini. Saya rasa ini masalah UMNO, UMNO telah membenarkan pembinaan kuil di Seksyen 19, tetapi oleh kerana kerajaan negeri berpendapat tempat itu tidak sesuai dan diterima oleh jawatankuasa kuil untuk memindahkan,” katanya.
Khalid bagaimanapun kesal dengan tindakan penduduk mengadakan demonstrasi sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang dipercayai di dalangi pengikut UMNO-BN.
“Ini menunjukkan terdapat kerjasama diantara pakatan rakyat dengan rakyat kaum hindu untuk memindahkan dan dipersetujui juga oleh masyarakat di persekitaran Seksyen 19.
“Dan kita juga telah mencari tempat-tempat yang sesuai untuk dimana kita boleh alihkan kuil tersebut. Dan tempat yang kita rasa sesuai ialah Seksyen 23.
Protes yang dilakukan mereka ini adalah protes dari UMNO yang tidak ingin mana-mana kuil didirikan di Shah Alam,” katanya.
Menurut Tan Sri Khalid, pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 itu adalah dari persetujuan penduduk di Seksyen 19 dan mengalihkannya ke Seksyen 23 dengan alasan kepadatan penduduk.
Katanya lagi, pembinaan sesebuah pusat kematian atau ibadat adalah berpandukan kepada permintaan penduduk.
Terdahulu, Jawatankuasa Bertindak penduduk Seksyen 23 telah menghantar memorandum bantahan pembinaan kuil di kawasan perumahan itu kepada kerajaan Selangor dan mengadakan demonstrasi bantahan.

Beng Hock Was Squatting In Fear Before Falling, Court Told

SHAH ALAM, Aug 18 (Bernama) -- Teoh Beng Hock was in fear while being held in a squatting position on the window ledge at the 14th floor of Plaza Masalam here before he fell and died on the fifth floor, the Coroner's Court heard Tuesday.There were smudge marks on the window and a vertical scratch, believed to be fingerprint, showing that Teoh resisted before he fell, counsel Gobind Singh Deo, who is holding a watching brief for Teoh's family, said at the inquest into his death.Gobind Singh put the suggestion to Dr Prashant Naresh Samberkar, forensic pathologist from the Universiti Malaya medical Centre, who said: "It is possible.""I would consider the victim to be in a squatting position. In my opinion it was unlikely that the deceased was standing on the window ledge considering his height at 178cm," said Dr Samberkar, who has more than 10 years experience in forensic pathology.He said he also found line marks measuring 3mm on the sole of Teoh's shoe which, in his opinion, was consistent with the possibility of Teoh being squatting on the window ledge.However, when asked by government-appointed counsel Tan Hock Chuan, as to whether it was possible for Teoh to squat on the window on his own, Dr Samberkar said: "Possible."He said the smudge marks on the window glass could also be found in cases of someone falling accidentally.Teoh, political aide to Selangor state executive councillor Ean Yong Hian Wah, was found dead on the fifth floor corridor of Plaza Masalam on July 16, after giving a statement as a witness in investigations into alleged misuse of state governent funds.Earlier, Dr Samberkar, who conducted the post-mortem on Teoh's body, said it was unlikely that this was a homicidal case, based on a few reasons, including that there was no restraining injury, no defence wound, no injury to the tongue, which could occur in the case of a struggle, and no pressure to the neck.It was also unlikely that the death was caused by a accident al fall because, he said, Teoh was not under the influence of drug or alcohol."It is unlikely that the victim would have fallen accidentally by opening the window because the barrier of the window was above the centre of the body's gravity, and the floor on the 14th floor was carperted and not slippery," he further explained."The most likely cause of death in the present case, in my opinion, would be suicidal," he said.However, he admitted that he was not in a position to say whether Teoh had any reason to commit suicide.

August 16, 2009

Ust Akhil Hayy akhirnya menikahi Penyanyi Waheeda hari ini....



Ustaz Akhil Hayy akhirnya menikahi penyanyi Waheeda di Mesjid Jamek Al Rahimah, Kuala Kubu Bharu tengahari tadi dengan disertai sanak saudara dari kedua-dua pihak dan anak-anak Akhil. Selamat Pengantin Baru Ustaz Akhil dan Waheeda !! semoga bahagia sehingga akhir hayat... Media Rakyat/SAS

Program Mesra bersama penduduk Bakawali....






Dari jam 3 petang, hari Sabtu..penduduk disekitar perumahan dan pangsapuri Bakawali, Bukit Sentosa telah keluar beramai-ramai menyertai program khidmat rakyat kawasan Dun Batang Kali, dimana 20 orang OKU dan Ibu TUnggal telah diberikan sumbangan, dalam satu majlis ringkas di Bakawali. Selepas solat Maghrib, juga diadakan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Wahab, manakala sebelah malamnya diadakan sesi penerangan yang dihadiri oleh Timbalan Ketua DPP, Ustaz Azman Shapawi dan Sdr Iskandar Ismail, Biro IT/Penerangan Cabang Ampang. Terimakasih kpd JWK penduduk - Rozain, Azhar, Adnan, SU Cabang dan pejabat khidmat rakyat - Media Rakyat/SAS

August 14, 2009

Selangor Keluar Pekeliling Beri Cuti Khas Kepada Pekerja Punya Simptom H1N1

SHAH ALAM, 14 Ogos - Wabak Influenza A H1N1 atau selesema babi semakin mengganas di Negara ini dengan Selangor telah mencatat kematian seramai 14 orang daripada 584 kes yang disahkan positif virus itu sehingga semalam.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, surat pekeliling akan dikeluarkan kepada pejabat-pejabat di bawah kerajaan negeri untuk memberi cuti khas kepada pekerja yang mempunyai simptom-simptom H1N1.
“Siapa-siapa datang ke pejabat dengan demam kita akan terus hantar balik, walaupun tiada cuti, dah habis, itu tidak diambil kira, mereka di paksa duduk di rumah dan ini kita akan keluarkan satu pekeliling dari setiausaha kerajaan negeri Selangor kepada semua pejabat di bawah kerajaan negeri Selangor untuk mereka ambil tindakan-tindakan demikian atas pekerja-pekerja di pejabat masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua pegawai kerajaan Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan, dan Pejabat Kesihatan daerah-daerah di Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam hari ini.
Menurut Xavier, dengan adanya perbincangan bersama ketua-ketua ini, segala maklumat berkaitan pencegahan wabak ini akan dapat disalurkan terus kepada rakyat.
Katanya lagi, kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan diri dan bahaya selesema babi turut penting bagi memastikan penularan wabak berkenaan tidak semakin kritikal.
Yang penting sekali dalam mesyuarat ini kepada DO, dan ketua-ketua jabatan ialah untuk sebarkan maklumat terperinci kepada penduduk-penduduk di kawasan ini melalui risalah, perjumpaan di semua peringkat dan inilah cara yang terbaik dimana boleh gunkan tenaga untuk kekurangkan infection in, separate of infection dalam kawasan,” katanya.
Disamping itu, kata Dr Xavier, penutupan sekolah-sekolah di Selangor yang disebabkan H1N1 tidak perlu merujuk kepada Kementerian Pelajaran tetapi merujuk terus kepada Pejabat Pendidikan dan Kesihatan Selangor untuk dipertimbangkan.
Beliau turut menyarankan kepada ibu bapa supaya menyediakan jangka suhu di rumah bagi memeriksa suhu anak-anak atau ahli keluarga yang mengalami demam dan memastikan suhu tidak melebihi 38 darjah celcius.
Setakat ini, sebanyak 35 buah sekolah di Selangor ditutup sejak penularan wabak ini dan dua sekolah lagi masih ditutup sehingga kini

Pergi takkan kembali lagi..Alfatihah buat Ust Asri Rabbani..



Rakan masyarakat yang prihatin dan bertanggongjawab di Perumahan Bakawali, Bukit Sentosa 3 kini meninggalkan kita semua dan dunia ini buat selamanya tapi peninggalan lagu "Pergi tak akan kembali lagi" untuk kita akan dikenang dan dihayati... Semua jasa dan kenangan bersama masyarakat Bakawali dan Bukit Sentosa (pernah menjadi imam) akan dikenang oleh kami di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa..AlFatihah.. (Bersama Azhar - Roszin dan ramai ahli komuniti bakawali, ketika di rumah Kg Bkt Lancung, Shah Alam... dirumah emak almarhum..)

August 12, 2009

Tengku Puan Pahang dan anak selamat di wad ...



ANAKANDA Tengku Puan Pahang (dari kiri), Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menerima rawatan di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.Tengku Puan Pahang tak mahu penyakit berjangkit
KUALA LUMPUR: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bersama lima anaknya, rela ditahan di wad dan tidak dikunjungi suami serta pelawat kerana tidak mahu wabak itu menjangkiti orang lain.Tunku Azizah berkata, baginda tidak berkecil hati kerana terpaksa tinggal dalam wad pengasingan bersama anak-anak, malah turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) melarang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melawat selepas kembali dari London, petang semalam."Saya bersyukur kerana rawatan yang diberikan doktor berjaya mengurangkan kesakitan, tetapi kami perlu ditahan di wad sehingga pulih sepenuhnya. Biarlah kami saja di sini bersama doktor dan jururawat sebab saya tidak mahu penyakit ini berjangkit kepada orang lain."Ketika sakit seperti ini, semestinya saya mengharapkan kehadiran suami dan anak-anak memerlukan bapa di sisi, tetapi saya tidak berkecil hati jika Tengku Mahkota tidak dapat bersama kerana kesihatan baginda lebih utama," katanya ketika dihubungi Berita Harian.Lima anak baginda - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, dimasukkan ke wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Jumaat lalu.Tengku Puan pula disahkan menghidap H1N1 sehari selepas itu. Baginda dan Tengku Mahkota sebelum itu berada di London bagi menyaksikan perbarisan tamat latihan anak sulung mereka, Tengku Amir Nasser Ibrahim di Royal Military Academy, Sandhurst, tetapi terpaksa pulang awal, Sabtu lalu, bagi menemani lima anak baginda di HTAA.Menceritakan saat cemas apabila dimaklumkan lima anak baginda dijangkiti H1N1, Tengku Puan berkata:"Saya menangis apabila diberitahu lima anak di Kuantan menghidap H1N1, terutama apabila mengenangkan seorang daripada mereka mengalami asma yang mungkin menerima risiko tinggi akibat penyakit maut itu, sedangkan ketika itu saya dan suami berada di London."Memang sukar menerima kenyataan yang akhirnya anak saya turut menjadi mangsa, terutama apabila mengetahui H1N1 boleh menyebabkan kematian jika penghidapnya mengalami penyakit seperti asma dan radang paru-paru."Saya tidak henti berdoa semoga semua anak selamat dan sepanjang dalam penerbangan pulang ke Malaysia, fikiran saya berkecamuk memikirkan nasib mereka," katanya. Tengku Puan berkata, baginda bergegas pulang untuk memberi sokongan moral dan menenangkan lima anaknya yang ketika itu sangat lemah akibat jangkitan H1N1. "Tengku Mahkota yang terkejut dengan berita itu menawarkan diri untuk pulang, tetapi saya melarang kerana baginda turut mengidap asma dan berisiko tinggi jika dijangkiti H1N1. Sebaik sampai di Kuantan, saya terus melawat anak di HTAA dan keadaan mereka ketika itu sangat lemah, muntah dan tidak berselera makan."Apabila tidur malam, mereka meracau kerana bermimpi yang bukan bukan. Paling membimbangkan, suhu badan mereka tinggi sehingga mencecah 40 darjah selsius. Akibat berada di sisi mereka, saya akhirnya turut dijangkiti H1N1 dan wad ini tidak boleh dikunjungi orang ramai," katanya.Mengenai keadaan baginda dan anak-anaknya, Tengku Puan bersyukur kerana suhu badan mereka sudah menurun selepas diberikan antiviral, Tamiflu."Cuma Tengku Hassanal yang masih panas badannya, tetapi keadaan semua anak, termasuk Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma, sudah semakin stabil walaupun mereka belum berselera makan," katanya.Mengumpamakan diri baginda dan anak-anak bagaikan makhluk asing disebabkan semua doktor dan jururawat perlu memakai pakaian khas daripada kaki hingga ke kepala ketika merawat mereka, Tengku Puan berkata, pengalaman dilaluinya kali ini sungguh mencabar kerana lima anak dan dirinya diserang sakit serentak."Saya bagaikan hilang arah kerana H1N1 bukan penyakit biasa, sebaliknya banyak kematian dilaporkan di negara kita. Ketika itu, perasaan pilu melanda kerana terbayang sukarnya saya mendapatkan cahaya mata, tetapi kini semua mereka diserang penyakit maut itu," katanya.Tengku Puan berkata, seorang daripada pengasuh anaknya turut dijangkiti H1N1 dan dirawat di hospital sama, manakala tujuh lagi dikuarantin di rumah selepas mendapat tanda diserang penyakit berkenaan."Ketika mula dijangkiti H1N1, saya menghubungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan keadaan kami dan setiap hari, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menelefon untuk bertanyakan perkembangan kesihatan kami."Saya juga bimbang kerana adik, Tunku Mariam yang turut menghidap asma dan anaknya, yang membantu menjaga lima anak saya sementara menunggu ketibaan saya ke HTAA, kini sakit dan mempunyai simpton H1N1 dan mereka sudah menjalani pemeriksaan di Kuala Lumpur tetapi belum mendapat keputusan lagi," katanya.Tengku Puan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak bersikap lewa dan menganggap H1N1 seolah-olah tidak berbahaya dengan membawa anak ke tempat awam yang dikunjungi ramai."Malah, pada ketika Kuantan dilanda wabak ini, masih banyak pihak yang menganjurkan pesta keraian."Sepatutnya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan termasuk memakai topeng muka dan selalu mencuci tangan. Paling menyedihkan, sekolah masih terus dibuka walaupun ramai murid yang sakit."Guru hanya mengarahkan mereka pulang, sedangkan langkah paling tepat yang patut diambil ialah menutup sekolah bagi menghalang wabak penyakit itu menular," katanya.

MB Minta Najib Curahkan Pelaburan Kepada Rakyat Selangor


Kalau nak beli Selangor, curahkan pelaburan kepada rakyat bukan kepada pemimpin Umno, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, rakyat mengharapkan pembangunan yang boleh dinikmati untuk keselesaan hidup mereka dan telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan itu.
Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merancang merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
"Jadi saya berharaplah saudara najib akan mencurahkan pelaburan-pelaburan yang banyak ke negeri Selangor supaya jangan curahkan kepada bahagian umno dan habis duit tu dimakan secara haram,"katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina, Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor, petang tadi.
Katanya, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional lebih 50 tahun lalu di Selangor, tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Malah, jelasnya, kebanyakan projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan merakyatkan ekonomi Selangor seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini.
"Saya memang sertuju dengan pendapat Datuk Najib Tun Razak, Selangor ini sangat berharga, itu sebab rakyat telah menunjukkan bahawa harga ini boleh dibeli kerana rakyat percaya kepada pemimpin yang boleh merakyatkan ekonomi",katanya.
Menteri Besar menegaskan, Pakatan Rakyat bukan hanya berjanji atau bercakap, tetapi melaksanakan semua dasar-dasar yang telah dirancang untuk faedah rakyat yang berbilang bangsa di negeri ini.

Anwar kesal serangan peribadi Muhyiddin

PETALING JAYA - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memilih cara berpolitik menggunakan serangan secara peribadi. Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya akan berhujah dari sudut dasar sahaja. “Ramai mahu saya serang balas (Muhyiddin). Tetapi saya rasa masih tidak perlu berbuat begitu untuk masa sekarang, saya akan menjelaskan isu-isu pokok yang perlu dijawab oleh mereka (Barisan Nasional),” katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, semalam. Anwar berkata, Muhyiddin semestinya mengetahui bahawa terdapat di kalangan mereka yang tidak selesa seterusnya menimbulkan perasaan marah sekiranya isu tersebut dimainkan. Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin tersebut, Anwar berkata, pimpinan UMNO sengaja mencipta propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. “Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak. “Kita mempunyai hujah-hujah yang jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolokkan simbol-simbol bangsa, agama dan raja semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya. Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat lain iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (PR) bersetuju menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Dalam pada itu ketika ditanya mengapa isu tersebut digunakan ketika ini, Anwar berkata, UMNO sedang mengalami krisis sokongan rakyat selain mahu sokongan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir. Sehubungan itu katanya, kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu terus-menerus melabelkannya pengkhianat bangsa Melayu. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu desakan supaya Pas keluar dari PR tidak menjadi satu perkara yang besar kerana kenyataan tersebut dikeluar daripada Pemuda UMNO yang mahukan PR berpecah. Anwar turut menafikan bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu semasa sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah blog.

August 10, 2009

PRK PERMATANG PASIR 25 OGOS - BERTAMBAH PAHALA PEMBANGKANG NANTI

10 August 2009

PRK Dun Permatang Pasir nampak gayanya akan berlangsung dalam bulan puasa.Tarikh penamaan calonnya pada 17 Ogos manakala pengundian pula 25 Ogos.Itu keputusan yang dibuat oleh SPR.Ini juga bermakna sebahagian musim kempen akan jatuh dalam bulan Ramadan.Kita tengoklah setakat mana kemampuan mereka yang terlibat melaksanakan kerja-kerja kempen tanpa melanggar hukum-hakam dan adab peraturan yang dituntut oleh bulan yang mulia itu.Mampukah mereka menahan lidah, menahan jari dan menahan hati?
Posted by jeanbara

SERIBU KENANGAN DIPROGRAM SPIES REMAJA - KEM AMPANG PECAH - 8-9 OGOS 2009




Ahad (9 Ogos 2009), sampai sahaja di Kem Binasemangat, Ampang Pecah, majlis penutupnya (jam 3 petang), ternampak remaja yang berusia dari 13 hingga 17 tahun begitu riang dan ceria jika dibandingkan di hari pertama. Mungkin setelah bangun awal malam tadi, ada sesi qiamulail membuatkan mereka dapat merasa, begitu "united", setelah dua hari satu malam. Namun, program yang ke 5 ini, masih mampu menarik lebih 80 peserta dari sekitar Hulu Selangor, dan walaupun tiada "tarian poco=poco" atau "karaoke", ianya membawa seribu kenangan. Tahniah kepada pengelola, Smart Training. Kiriman - SAS.

August 09, 2009

Apa orang Batu Caves kata - Replika Najib...


Election mungkin awal... bila polimek Muhyiddim Yassin menjadi-jadi

(Bernama) - The opposition Pakatan Rakyat (PR) coalition is on the verge of implosion, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
He said the polemics and squabbles amongst its component members showed the coalition would not last long.
“By my estimate, it (the coalition) will be history in a year or two. I doubt they will be able to sustain the coalition till the next general election,” he said when asked about the conflicts taking place in the opposition coalition, among them PAS and DAP in Selangor openly quarrelling about the sale of alcohol in the state.
Speaking to Malaysian journalists covering his official visit to Western Australia here today, Muhyiddin said that looking at the pattern of conflicts in PR-controlled states like Kedah, Penang and now Selangor, PR was not able to discharge its responsibilities as mandated by the people.
The Barisan Nasional (BN) deputy chairman said PR was merely a loose coalition unlike the BN, which had an effective constitution and practised collective responsibility.
“I had seen the cracks from early on. They (the components) are unable to agree on many things, which is having a very negative effect on the people,” he said.
As such, he said, the people should be aware and understand that they should not be sacrificing their and children’s future by supporting PR just because they were dissatisfied or did not agree on some issues.
The BN, Muhyiddin said, was always taking steps to improve itself and correct whatever weaknesses it may have.
“Don’t sacrifice the future just because you have been promised the sun, moon and stars,” he said.
On the upcoming state by-election in Permatang Pasir in Penang, Muhyiddin, who is also Umno deputy president, said BN still had a chance of winning it though the constituency was a PAS stronghold.
“Though it is said to be a PAS strong hold, in the past we have won the seat. We have proven no matter how strong PAS is purported to be, it can also be vulnerable,” he said, adding that voters there should make a wise choice as PAS was just incapable of bringing development as proven in Kelantan.Answering a question, Muhyiddin said the Election Commission had fixed the date for the by-election and that if it was to be held before the fasting month started, this would not pose a problem for the BN.

August 06, 2009

TS KHALID HARUS DIBIAR MENGATUR DAN MENGURUS EKONOMI DAN MELABUR UTK MASA DEPAN NEGERI, BILA ADA DUIT SEMUA BOLEH JADI !!


Ada dalam pemikiran sesetengah ahli politik dan kebijaksanaannya terserlah apabila ianya menggunakan rukun 4C yakni manipulasi, eksploitasi, kontroversi dan hipokrasi. Mungkin setengah dari kita menggunakannya di dalam mengurus, mengatur strategi dan taktik didalam kehidupan seharian ataupun didalam kehidupan berpolitik. Itu masing-masing. Semua itu untuk kemenangan parti dan bukan kemenangan lawan. Jadi sesiapa pun berada dalam politik demokrasi akan berfikir ke arah itu. Tidak kira dari puak mana dan aliran mana. Hanya ahli yang gila sahaja akan berbincang ke arah untuk meruntuhkan parti dan mengkhianati perjuangan.Kekuatiran penyokong untuk meledakkan kepimpinan untuk menyahut dan menurut naluri penyokong bukanlah cara yang berhemah untuk terus mengukuhkan parti.
Sekarang masa untuk menguatkan parti dan berkerja didalam pasukan walaupun mimpi yang lain-lain, parti politik ditubuhkan untuk memenangi piliharaya bukan mengaut dan mengenyangkan kantong masing-masing (walaupun ternampak jugak kadang-kadang) tetapi harus kita mendukungi kepimpinan yang ada misi dan visi untuk menambahkan kekayaan kerajaan negeri sekarang.
Kepimpinan TS Abd Khalid harus disokong. Ekonomi negeri harus dijana untuk 2-3 tahun akan datang. Kek di negeri Selangor terlalu besar, semua ada sahamnya, semua akan mendapat kempiasnya, cuma masa dan ketikanya akan menentukan.
PRU13 memerlukan dana setidaktidaknya untuk membayar kos memasang dan menaikkan bendera.. Dulu idealisme dan patriotik bertahan didada penyokong kita, harap begitulah sehingga satu ke dua dekad. Malangnya, situasi ketika ini, semua insan sudah mula mengeluarkan tanduknya, semua akibat dari kemenangan. Cuma tolenrasi dapat menahan setiap insan untuk bersabar.. Sekian.
@MySAS http://www.shaiful-hulusgr.blogspot.com/

EKSPEDISI UTK MEMBUKTIKAN KELANTAN MESTI DAPAT ROYALTI DARI PETRONAS !




Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan semua mereka-mereka yang terlibat didalam mengatur XPDC ini. mungkin ada yang berfikir apa rasionalnya mengadakan lawatan seperti ini tapi bagi aku XPDC ini telah mencapai matlamatnya...Para peserta dapat melihat sendiri apa yang diwar-warkan dan yang lebih penting ialah, pihak penganjur XPDC ini telah berjaya membuktikan bahawa Pelantar Minyak Cakrawala memang berada didalam perairan Kelantan setelah dilakukan pengukuran oleh juru-ukur bertauliah yang didatangkan khas dalam XPDC ini.Seterusnya kita akan menunggu laporan penuh dari juru-ukur yang telah dipertanggungjawabkan dalam XPDC ini untuk di bawa ke pihak Kerajaan Pusat dan juga Petronas.
MEDIARAKYAT- Tahniah Perisik Rakyat yang bersama dalam expedisi, kita tengok nanti apa Pak Najib komen.... :)

Persidangan Ahli Majlis PBT Selangor Pada 13 Ogos Ini

SHAH ALAM, 6 Ogos - Kerajaan negeri bakal mengadakan Majlis Persidangan Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2009/2010 pada 13 Ogos ini di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat Kerajaan Selangor, Shah Alam.
Persidangan yang dijangka bermula dari jam 9.45 pagi hingga 5.00 petang itu merupakan kali kedua diadakan setelah senarai Ahli Majlis penggal 2009/2010 baharu dilantik baru-baru ini.
Pada majlis itu nanti, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka merasmikan dan menyerahkan surat pelantikan tersebut kepada 288 ahli majlis.
Kira-kira 20 peratus daripada ahli majlis tersebut adalah muka-muka baru manakala selebihnya adalah ahli majlis tahun lalu yang dikekalkan.
Di samping itu, mereka juga turut membaca ikrar penerimaan jawatan tersebut sebagai tanda komitmen untuk berkhidmat untuk rakyat dan mendokong visi kerajaan negeri khusus dalam kebajikan melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Dalam pada itu, dua kertas kerja turut dibentangkan bagi memberi pemahaman kepada ahli majlis dan memperkasakan sistem penyampaian pentadbiran PBT di Selangor.
Persidangan ini merupakan program anjuran Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor).

August 03, 2009

THE NEW YORK TIMES :MALAYSIA CRACKS DOWN ON PROTESTS


Malaysia Cracks Down on Protests_New York TimesSaeed Khan/Agence France-PresseDemonstrators ran as Malaysian anti-riot police fired tear gas shells near Merdeka Square in Kuala Lumpur on Saturday.

By THOMAS FULLER
Published: August 2, 2009BANGKOK — Soon after coming to power four months ago, Najib Razak, the Malaysian prime minister, vowed to temper the country’s repressive laws and respect civil liberties in a country where they have often been ignored.But Malaysia’s honeymoon of liberalism hit the rocks over the weekend, when the police broke up a large rally in Kuala Lumpur, arresting nearly 600 people and reaffirming the governing party’s longstanding policy of zero tolerance toward street protests.Opposition parties, which organized the rally, were calling for the repeal of a law that allows the government to jail its critics indefinitely without charge. The opposition is also pressing the government to expand an inquiry into the recent death under mysterious circumstances of a political aide after a late-night interrogation by anti-corruption officials.News services estimated that the rally on Saturday, which was broken up by thousands of police officers using tear gas and water cannons, drew about 20,000 protesters, making it the largest demonstration in two years.“We can provide them stadiums where they can shout themselves hoarse till dawn, but don’t cause disturbance in the streets,” Mr. Najib said Sunday, according to the Malaysian news media.Since taking office in April, Mr. Najib has gained favor with investors and businesspeople by partly dismantling a system of racial preferences that long caused resentment among the country’s minorities.He also released 13 political detainees held without trial. An opinion poll conducted in June showed 65 percent of respondents were happy with his performance. But more recently, Mr. Najib’s government has been criticized for reverting to the authoritarian tactics of previous administrations.A former health minister and stalwart of the governing coalition, Chua Jui Meng, defected to the opposition in July, saying that Mr. Najib represented an “iron fist behind the velvet glove.”Lim Kit Siang, a prominent opposition politician, said in a blog entry on Sunday that the large number of people detained “underlines” that the “greatest violators of human rights are often the police and the law enforcement agencies.”The death of the political aide, Teoh Beng Hock, in July has galvanized opposition parties and caused widespread outrage, especially among the minority Chinese community.Mr. Teoh, a 30-year-old legislative aide in the opposition-controlled state of Selangor, was found dead beneath the 14-story window of the offices of the country’s anti-corruption commission after a nightlong interrogation.A government minister initially said that Mr. Teoh committed suicide, but his belt and back pockets were torn, adding to speculation that he may have been forced out the window.After initial resistance, the government bowed to public pressure and ordered an inquiry into Mr. Teoh’s death as well as the interrogation tactics of the anti-corruption officers.Deaths in police custody have increased in recent years, according to Suaram, a human rights group. According to the Malaysian Home Ministry, 1,535 people died in police custody between 2003 and 2007, the latest year for which data is available.

Sivarasa freed, others at courtroom (Update)

KUALA LUMPUR: Subang Member of Parliament R. Sivarasa, who was detained after allegedly taking part in an illegal assembly on Saturday, was freed at the Sessions Court here on Monday.
At a press conference inside the courtroom at about noon, Sivarasa said he had been released on police bail, but is required to report to the Dang Wangi police station on Aug 17.
The courtroom had been packed since 8am with reporters, family members and lawyers of the nearly 600 people arrested over the weekend for marching against the Internal Security Act (ISA).

UMNO LAHIR DARI PERHIMPUNAN HARAM !!!


Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan HaramPerhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.Peristiwa 1946 dibahasa di DUN KelantanHujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.
Penutup- Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan

August 02, 2009

Anak Yatim di Bandar Tasik Puteri di beri pemeriksaan kesihatan




Wanita Keadilan Bandar Tasik Puteri dan Sukarelawan Perubatan dari Yayasan Kasih Sayang telah menjalin "kasih sayang" dengan seramai lebih 50 orang anak-anak yatim di Rumah kasih Syang, Bandar Tasik Puteri apabila mengadakan program pemeriksaan kesihatan kepada mereka hari ini.
Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong, Ahli Majlis MPS, Datuk Mazlan Hassan, Ketua Wanita PKR Selayang, Datin Aminah Yasin serta Ketua Wanita PKR BTP, Norsiah Abd Rahman dan Ketua Jawatankuasa Penduduk, Hj Kamaruddin turut hadir di dalam majlis yang berlangsung hampir 3 jam di perkarangan rumah kasih Sayang tersebut.
Menurut Ketua dan Koordinator Program, Sdr Taharuddin Said, pemeriksaan yang diberikan termasuklah pemeriksaan kulit, mata dan tekanan darah disamping fisikal anak-anak yatim tersebut. Kemudian, mereka dibekalkan dengan ubatan untuk kulit, dan sabun untuk kesihatan anak-anak. Beliau berharap ada lagi rumah-rumah anak yatim yang mahu menerima perkhidmatan sukarelawan seperti mereka.
Penduduk di kawasan tersebut, Blok 8, Bandar Tasik Puteri, Sdr Shaiful Anuar Sulaiman amat berbangga dan berterimakasih diatas kesudian wanita PKR yang sensitif keadaan anak-anak yatim tersebut. Seorang dari anak-anak yatim tersebut, adik Mohd Umar Abd Aziz, 10 tahun amat berterima kasih diatas bantuan sabun dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan itu.

August 01, 2009

HARI INI POLIS RAJA DI MALAYSIA !






Mkini - Yb Sivarasah & Yb Mujahid Yusuf Rawa masih ditahan..



MKini - Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa ditahan polis bersama hampir 450 penentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam demonstrasi yang disertai 20,000 orang.
Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak dapat dipastikan.Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Himpunan MANSUH, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka belum mendapat maklumat lanjut, setakat ini.Penunjuk perasaan anti-ISA dipercayai dibawa ke beberapa balai polis tempat, antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Jalil dan IPD Cheras.Sementara dua penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - penganjur perhimpunan hari ini yang dibuat bersempena ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta kontroversi itu - ditahan menjelang pukul 1 tengah hari dekat Sogo dalam percubaan mereka berarak ke Istana Negara mulai 2 petang. Dua anggota jawatankuasa GMI Norlaila Othman dan Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi. Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu ke IPD Cheras. Norlaila, ketika dalam tahanan, memberitahu Malaysiakini bahawa 18 tahanan wanita dibawa ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 7 petang.
Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai. Seramai 438 orang ditahan berkaitan perhimpunan anti-ISA antara 7 pagi hingga 6 petang ini, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak.Semuanya kecuali tiga orang berbangsa Melayu, kata Muhamad Sabtu kepada Malaysiakini awal malam ini.Individu lain yang akan disiasat: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar; ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Kamarulzaman .

7 years and counting under ISA for being a Muslim!!!



Mat Sah was arrested under ISA on 18 April 2002. From day one of the arrest, he had never been brought to the court .There was no hearing , no lawyers, no judge and no evidence produced to prove the accusations. He was alledged the member of terrorist group Jemaah Islamiyyah (JI) the name labelled by the Malaysian government.In 2002, he was detained along with 50 other "members' of JI, but as time flies, in 2009 almost 98 percent of the JIs had been taken out of Kem Kamunting under yearly selected releases .Now in 2009, Mat Sah is still occupying one of the blocks in the Kem. There is no specific reason given by the authority as to why he is still detained there. May be these facts can explain why he is detained further.....
1- He is not a Hindraf member.
2- He is not a Chinese.
3- He is not an Indian.
4- He is not a Non Muslim.
5- He is not a foreigner ie Indonesian or Filipino or Siamese or a Pakistani.
6- After 7 years, there's no hearing, no testified, no evidence produced in court, infront of the Judge to support the accusations that he is one of the Muslim terrorists.
7- After 7 years,there's no proof that he is the member of JI.But, one clear thing for sure,from 2002 until now, he is a Muslim.
The end of the puzzle showed that , as long as he IS a Muslim, he would be or could be forever being accused as the member of Jemaah Islamiyyah(JI) that gave threat to the National Security...that made him eligible to be detained further and longer....