SHAH ALAM 18 Ogos — Rakaman percakapan Teoh Beng Hock yang diambil pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal dikemukakan di Mahkamah Koroner bagi membantu siasatan berhubung kematian setiausaha politik itu Julai lalu.
Koroner Azmil Muntapha Abas yang mendengar prosiding inkues itu akan membacanya dahulu esok sebelum memutuskan sama ada ia relevan atau tidak untuk diserahkan kepada semua pihak yang turut membantunya mengendalikan kes itu.
Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia Tan Hock Chuan sebelum itu mencadangkan supaya rakaman percakapan Teoh diserahkan kepada mahkamah dan cadangan itu disokong Pengarah Perundangan SPRM Datuk Abdul Razak Musa. - Bernama

No comments:
Post a Comment