August 12, 2009

MB Minta Najib Curahkan Pelaburan Kepada Rakyat Selangor


Kalau nak beli Selangor, curahkan pelaburan kepada rakyat bukan kepada pemimpin Umno, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, rakyat mengharapkan pembangunan yang boleh dinikmati untuk keselesaan hidup mereka dan telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan itu.
Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merancang merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
"Jadi saya berharaplah saudara najib akan mencurahkan pelaburan-pelaburan yang banyak ke negeri Selangor supaya jangan curahkan kepada bahagian umno dan habis duit tu dimakan secara haram,"katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina, Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor, petang tadi.
Katanya, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional lebih 50 tahun lalu di Selangor, tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Malah, jelasnya, kebanyakan projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan merakyatkan ekonomi Selangor seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini.
"Saya memang sertuju dengan pendapat Datuk Najib Tun Razak, Selangor ini sangat berharga, itu sebab rakyat telah menunjukkan bahawa harga ini boleh dibeli kerana rakyat percaya kepada pemimpin yang boleh merakyatkan ekonomi",katanya.
Menteri Besar menegaskan, Pakatan Rakyat bukan hanya berjanji atau bercakap, tetapi melaksanakan semua dasar-dasar yang telah dirancang untuk faedah rakyat yang berbilang bangsa di negeri ini.

No comments: