August 02, 2009

Anak Yatim di Bandar Tasik Puteri di beri pemeriksaan kesihatan




Wanita Keadilan Bandar Tasik Puteri dan Sukarelawan Perubatan dari Yayasan Kasih Sayang telah menjalin "kasih sayang" dengan seramai lebih 50 orang anak-anak yatim di Rumah kasih Syang, Bandar Tasik Puteri apabila mengadakan program pemeriksaan kesihatan kepada mereka hari ini.
Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong, Ahli Majlis MPS, Datuk Mazlan Hassan, Ketua Wanita PKR Selayang, Datin Aminah Yasin serta Ketua Wanita PKR BTP, Norsiah Abd Rahman dan Ketua Jawatankuasa Penduduk, Hj Kamaruddin turut hadir di dalam majlis yang berlangsung hampir 3 jam di perkarangan rumah kasih Sayang tersebut.
Menurut Ketua dan Koordinator Program, Sdr Taharuddin Said, pemeriksaan yang diberikan termasuklah pemeriksaan kulit, mata dan tekanan darah disamping fisikal anak-anak yatim tersebut. Kemudian, mereka dibekalkan dengan ubatan untuk kulit, dan sabun untuk kesihatan anak-anak. Beliau berharap ada lagi rumah-rumah anak yatim yang mahu menerima perkhidmatan sukarelawan seperti mereka.
Penduduk di kawasan tersebut, Blok 8, Bandar Tasik Puteri, Sdr Shaiful Anuar Sulaiman amat berbangga dan berterimakasih diatas kesudian wanita PKR yang sensitif keadaan anak-anak yatim tersebut. Seorang dari anak-anak yatim tersebut, adik Mohd Umar Abd Aziz, 10 tahun amat berterima kasih diatas bantuan sabun dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan itu.

No comments: