August 21, 2009

Adun Pelabuhan Klang masuk UMNgok?

SHAH ALAM, 20 Ogos - Pakatan Rakyat Selangor akan terus memantau pergerakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang dilaporkan masih tidak sihat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Badrul dilaporkan menghidap beberapa penyakit dan memerlukan rawatan berterusan.
“Saya difahamkan beliau menghidap beberapa penyakit yang mana beliau di rawat, oleh sebab itu kita memberi masa untuk perkara itu dilakukan,” katanya.
Mengenai ura-ura Badrul akan keluar daripada parti Keadilan Rakyat, Tan Sri Khalid berkata, setakat ini beliau masih lagi Adun Pelabuhan Klang.
“Kita masih tak tahu lagi, tapi beliau tidak hadir dalam persidangan yang ke 50 persidangan dewan negeri baru-baru ini dan mengikut enakmen kalau dia tak hadir dua persidangan, dan tiada memberi sebab yang munasabah, status dia sebagai adun akan luput sebagai ahli dewan undangan negeri,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, beberapa ADUN dan ahli Parlimen PKR telah ditugaskan untuk membantu Badrul dalam melaksanakan tugas-tugas di kawasan berkenaan.
“Kita memantau keadaan tersebut supaya kita tahu dia boleh samaada menjalankan tugas sebagai ahli dewan atau tidak, status dia sekarang masih ahli dewan undangan negeri.
“Beberapa ahli dewan negeri telah diminta untuk memantau, termasuk setiausaha politik saya, nik nazmi, puan rodziah dan ahli parlimen angkat dari ampang, Zuraidah,” katanya.

No comments: