Apabila anda mengendalikan sesuatu kerja, pasti kerja itu mestilah yang terbaik mungkin. Namun, apabila ada orang lain membuat penilaian, ada yang tidak menepati citarasa mereka, mula lah cerita2 yang tidak senang tentang segala kelemahan. Beginilah terjadi apabila hasil kerja terdedah kepada umum dan orang ramai, maka kritikan bukan untuk membina, tetapi menjadi serangan peribadi untuk menjatuhkan sesaorang.
Justru, sesaorang mesti menerima hakikat bahawa, kita semua tidak sempurna dan harus memperbaiki diri agar tidak lari dari kesilapan dan belajar sesuatu dari kesilapan itu.
Justru, berikanlah pendapat dan pandangan agar tidak ianya berulang, tetapi jangan menabur fitnah.
Justru, jangan adakan kritikan peribadi dan menjatuhkan airmuka atau memalukan sesaorang.
Justru, jangan sampaikan dendam kesuma, tumpuan hanya pada kerja, kesilapan harus dibetulkan bukan dendam semata.
Justru, setiap insan mungkin tidak sedar kesilapannya, atau tidak mendapat gambaran yang sebenarnya. Jika ada yang tidak menepati, jangan cepat melenting, beranilah menerima teguran dengan terbuka dan barulah dapat kita maju ke hadapan.
Tidak guna kita hanya "syok sendiri" dengan hasil kerja kita, jika orang ramai tidak puashati dengan hasil tersebuT.
Individu tidak penting, organisasi harus dipelihara dan dipertahankan. Biarlah semua orang dapat menafaatnya.
Shaiful Anuar Sulaiman.
No comments:
Post a Comment