December 31, 2008

Mike letak jawatan Timb Pengerusi PKR Selangor....belum kelaur parti lagi..


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini mengumumkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Selangor berkuat kuasa serta merta.
Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu telah pun dihantar kepada Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya merasa kecewa terhadap kerajaan negeri selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui PKR yang tidak menilai jasa-jasa ahli Parlimen yang dipilih rakyat," katanya dalam satu sidang media di sini, sebentar tadi.
Sejurus selepas sidang akhbar yang berakhir dalam masa 20 minit itu, Manikavasagam menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menyertai satu pertemuan yang dihadiri pemimpin-pemimpin PKR nasional.
Pertemuan itu sepatutnya diadakan di hotel yang sama di mana sidang akhbar Manikavasagam diadakan tetapi telah diubah di saat-saat akhir.
Ketika ditanya mengapa beliau tidak meninggalkan parti tersebut seperti yang dinyatakan sebelum ini, Manikavasagam yang juga Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR berkata, beliau mahu mengadakan perbincanga dengan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri konvensyen Parvasi Bharatiya Divas di Chennai, India bulan depan.
Ketika di Chennai, Manikavasagam juga akan mengadakan perbincangan dengan bekas pemimpi Hindraf yang telah diharamkan.
"Saya nak mengadakan perbincangan dengan Anwar dulu. Lepas itu, saya akan buat keputusan sama ada akan keluar atau tidak. Tunggulah," katanya.

No comments: